01 Julai 2012

Agar-agar milo + Oreo

Hai,
Seperti biasa la..asal hujung minggu je ada je menu yang nak di buatnya.
Ni agar-agar "bujang" namanya..ekeke..main campak-campak je dah jadi.
Tapi misi kali ni tak berapa nak berjaya..sebabnya, aku nak buat oreo tu berterabuh kat tengah-tengah tapi sebab aku tak tunggu lapisan yang first keras oreo tu berkumpul kat bawah dan atas je..huhu tapi ape2 pun sedapppp taw hingga menjilat jari..*perasan! Eh betul apa..aku bawa kat office sekejab je dah licin maknanya sedap la tu kan.?..ha..ha..ha,
Jom cuba,try dan test kenkawan..

Bahan-bahan 
 1 paket agar-agar *cap apa pun bolehlah*
 12 sudu besar gula *kencing manis tanggung sendiri.hehe*
 setengah tin susu sejat *aku rekemen susu cap ideal*
 15 sudu besar milo/serbuk koko *aku guna milo aje*
 1 paket biskut oreo *tumbuk jangan sampai terlalu hancur*
 Air

Cara buatnya:
1. Masak agar-agar dengan air sampai mendidih
 2. Masukkan gula dan susu, kacau hingga mendidih.
 3. Masukkan milo/serbuk koko, kacau sebati.
 4. Tuang separuh daripada bancuhan dalam loyang dan biarkan sekejap. Lebih kurang 5 minit atau sampai beku sedikit. *aku takde loyang, guna tupperware je*
 5. Taburkan biskut oreo atas bancuhan tadi.
 6. Panaskan semula balance bancuhan yang ada dalam periuk tadi, kemudian tuang atas biskut oreo.
 7. Sejukkan sebentar sebelum masuk dalam peti sejuk.
Tunggu sejuk

Dah boleh makan~



Amacam.? senang je kan..hehe..sometimes bila masak ni satu therapi buat diri aku.Orang lain tak tahu la kan..apa-apa pun nak buat sesuatu atau nak sedapkan lagi masakan kita tu kene lah tambah perisa semula jadi iaitu ikhlas + kasih sayang = sedap!..chaiyok!

3 ulasan:

Sila tinggalkan jejak anda disini..