03 Julai 2012

Mengenali Lelaki Yang Belum bersedia Untuk Bernikah


Jom check apa status kamu :


MASIH TERINGAT-INGAT kepada bekas kekasihnya atau masih bercakap-cakap tentang bekas kekasihnya. Masih nak bercerita, berbual mesra dan mengenang kenangan terindah bersama ex-nya, sedangkan dia sudah couple/berkawan dengan kamu.
Jawapanya untuk kamu : Maknanya si dia BELUM betul-betul bersedia untuk ada sebuah perhubungan cinta/serius dengan kamu.

SELALU BERALASAN Orang sebegini lebih baik buang saja. Dia hanya akan mengheret kamu terjerumus ke lembah kesulitan yang mendalam. Sehingga kamu tenggelam tanpa arah tujuan. Kejayaan dan kebahagiaan juga sukar untuk dicapai kerana terlalu BANYAK ALASAN darinya.
Jawapanya untuk kamu : Selagi dia tidak sedar perkara itu, selagi itu dia belum bersedia untuk mempunyai sebuah perhubungan cinta.

TIDAK PASTI samada perhubungan itu adakah cinta atau persahabatan. Dia juga TIDAK PASTI samada boleh bercinta atau tidak. Malah dia tidak dapat membuat keputusan apa-apa lagi.
Jawapnya untuk kamu : Kesimpulannya dia belum bersedia kerana dia sendiri pun tidak yakin dengan perasaan dirinya sendiri.

TIDAK DAPAT MEMILIH! Antara kamu dan yang seorang lagi tu, kedua-duanya dia sayang, kedua-duanya dia cinta. Dia siap cakap..nak teruskan jua dengan kamu berdua…hehe..bunyi macam best je kan? belum kahwin pun dia nak pasang dua. Dan kamu pun terima lah kerana sayang kan.?...haisshh~
Jawapannya untuk kamu : Jelas sangat dia tidak bersedia untuk mempunyai masa depan bersama kamu.

MALU dan TAKUT untuk mengaku kamu adalah kekasihnya. Dia juga takut untuk beritahu kepada keluarganya yang kamu adalah orang yang dia cintai/sayang buat masa sekarang. Sehinggakan dia sanggup sembunyikan perhubungan kalian dari pengetahuan sesiapa sahaja.
Jawapannya : Dalam Islam, kita menggalakkan setiap perkahwinan, atau perhubungan, diwar-warkan umum agar tidak berlaku FITNAH!
Jika sembunyi-sembunyi, takut dan malu, itu hanya mengundang “KETIDAK PERCAYAAN”..jadi, nampak sangat dia tidak bersedia.

ORANG YANG BELUM BERSEDIA ni selalunya :

Tidak mahu berkahwin dengan kamu...percayalah! Macam-macam jawapan yang dia bagi untuk mengelak dari berkahwin.Jika dia benar-benar sudah bersedia, tak perlu tunggu kamu, dia yang akan bersungguh-sungguh, dia yang akan tergila-gila dan asyik syok nak bersama dan nak cepat-cepat kahwin!..hehehe (benda yang baik jangan di lengah-lengahkan)

Apa lagi.? sekiranya kamu pernah mengalami perkara-perkara diatas..ha! cepat-cepat la angkat kaki ye..or jangan menyimpan perasaan yang terlalu dalam terhadapnya..sesuatu perkara tu takkan datang bergolek tanpa usaha.Kuat dan tabah dalam membuat KEPUTUSAN dan jangan membazirkan masa/tenaga kamu terlalu lama untuk menunggu..cari dan usaha mencari peluang yang lain :)



2 ulasan:

  1. Salam sis, sy nak tnye mcm mane plak nak tahu lelaki yg dah bertunang tp blom bersedia nak memberi komitmen? Seakan blom nampak yang dia dah bersedia hendak menjadi seorang suami?

    BalasPadam
  2. Bf saya blm bsedia utk berkahwin,dah 7tahun bercinta, dia jenis penakut,tidak tahu buat keputusan, mungkin terlalu di manjakan, ada masalah akan minta orang selesaikan, macam mna lar nak hidup dengan suami macam ni, sebab dah bosan dengan si penakut, saya tinggalkan dia tapi dpt pula bf tlalu berani dan lelaki jahat yg suka kikis duit, last2 balik juga dgn si penakut, sekurang-kurangnya si penakut baik dan jaga. Bila dah tinggalkan dia cuba beranikan diri, dtg jumpa fmly, bedepan dengan fmly wlp saya tahu dia dah gugup sgt, kerana syg dia usaha. Yg penting dia usaha, skrg da bjinak2 solat wlp masih merangkak mendalami agama. Kalau ini jodohku.. permudahkanlah Ya Allah..

    BalasPadam

Sila tinggalkan jejak anda disini..