09 Julai 2012

Kuew Tiaw Kung Fu Homemade


 
Boring-boring hujung minggu tak tahu nak buat ape..so ni la keje aku..MASAK~
dan menu tuk kali ini ialah kuew tiaw kungfu homemade..he..he..he..he
nak kata pandai sangat masak tu tak la tapi practise make perfect!  

kalau aku boleh buat korang pun mesti boleh kan.? kat sini aku sertakan sekali cara-cara macam mana nak buat kuew tiaw kungfu ni,

Bahan A :
2 biji telur
kuew tiaw (agak2)
sedikit garam

Nampak tak kuew tiaw yang digoreng dengan telur.?
Bahan B :
Bawang putih 6 ulas
Sedikit halia
Mix seafood
lobak
bunga kobis
putik jagung
cendawan
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan air
cara-caranya :
- pukulkan telur hingga kembang dan masukkan sedikit garam.
- kemudian masukkan kuew tiaw dalam telur yang telah dipukul tadi dan gaul sebati.
- panaskan minyak dan goreng kuew tiaw yang telah digaul dengan telur tadi.Pastikan minyak betul-betul panas.
untuk kuah :
- Goreng kan bawang putih dan halia sehingga naik bau
- kemudian masukkan lobak,bunga kobis dan putik jagung.
- masukkan mix seafood
- setelah anda pasti semuanya agak masak masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dahulu dengan air.
- masukkan garam,gula,lada sulah dan serbuk perasa
- sekiranya kuah masih pekat boleh tambahkan air



haaa..tadaaa...dah siap..rasa2 membantu tak menu ni..hukhuk
tapi misi kali ni berjaya..chaiyok!

p/s : bahan2 diatas ni semua boleh ikut diri sendiri nak banyak mana..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..