25 Julai 2012

Mimpi Ular..Motif.?

Ekeke..(eh..apesal memula dah gelak.? sengal!)
Actually aku nak cerita yang malam tadi aku ada bermimpi..jeng..jeng..jeng!
Aku bangun sahur pukul 4.00pg,tu pun aku cuma minum air masak dan kurma 2biji (ok la kan.?)
pastu aku sambung balik tidur..dalam pukul 5.40pg aku terbangun pastu dalam masa yang sama aku macam terpikirkan sesuatu..apa ye.? haaa..aku ada mimpi kene lilit ular sawa batik dan kene gigit kat tapak tangan.Apa maknanya ye.? Tapi selalunya bila mimpi ular je mesti orang akan cakap tentang pasangan hidup..kalau betul alhamdulillah..tapi aku tak berapa percaya sangat sebab sebelum-sebelum ni pun aku pernah mimpi ular.Ular nak masuk umah..ular datang jumpa arwah bapak aku la..(kene gigit/patuk tak pernah lagila..yang ni baru 1st time) tapi sampai sekarang aku still single and available..kuikuikui

Dah alang-alang aku pun google la dalam internet..dan inilah hasilnya..jom tengok dan baca,

Mimpi melihat binatang berekor.
Alamat sangat baik. Anda akan bergembira kerana segala kesukaran akan terhapus.

Mimpi melihat seekor binatang liar didalam sangkar.
Alamat akan mendapat warisan yang banyak.

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang.

Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu.

Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.

Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita.

Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.

Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.

Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda


Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana.

Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

Haaa..nampak tak.? perkara buruk akan berlaku..huhu.Harap semuanya berjalan dengan lancar dan aku dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Apa yang aku post ni hanya sekadar renungan dan rujukan semata-mata..sekiranya benar mungkin itu hanya secara kebetulan.Segala-galanya hanya TUHAN yang menentukan..Waallahu'alam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..