11 Julai 2012

Western Food Homemade

Hai..maaf ye. menu yang ni sebenarnya aku dah lupa buat bila tapi baru nak showoff kat dalam ni.Tak kisah la yang penting aku nak share ngan kenkawan..he..he..he.Untuk pengetahuan anda semua menu-menu yang aku masak adalah dalam versi "bujang" ye..erti kata lain janji misi berjaya walaupun main cincai-cincai je..hu..hu..hu
Gambar yang 1st ni aku buat masa kat rumah dan gambar 2nd tu aku buat masa mandi manda dekat Hutan Lipur Lentang. So..tak nak cakap banyak jom cuba,try dan test..nak buat senang je..aku rasa korang pun boleh buat dan pikir ikut "kekreatifan" korang sendiri nak buat macam mana.Aku punya ni simple-simple je janji sedap untuk dimakan..he..he..he..

Bahan-bahan :
kubis (parut / cincang halus)
lobak parut / cincang halus)
susu cair
mayonis
kentang (rebus)
sosej (rebus)
daging burger

cara-caranya :
- kubis dan lobak sekalikan.Gaul bersama mayonis dan letakkan sedikit susu cair (untuk menambahkan lemak). Jangan lupa letak sikit garam dan pak aji-nomoto taw.
- rebus sosej (kurangkan masin,masa aku buat tu aku goreng je)
- goreng daging burger tanpa minyak
- semua bahan dah siap boleh la deco dan makan.

Sosej + daging burger + kentang + coslow + baked bean

 Ayam (b.b.q) + coslow + baked bean

Taraaaaa...senang je kan.? pejam mata pun boleh buat! Eh..kalau pejam macam mana nak nampak..ha..ha..ha..*gelak jahat.
Apa lagi lepas ni masuk dapur buat menu ni taw..selamat mencuba..chaiyok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..