Jauhi rokok
Nikotin yang terdapat di dalam rokok
mempermudahkan selaput lendir sel-sel bereaksi atau terangsang, baik pada paru-paru
mahupun serviks. Tetapi, masih tidak diketahui jumlah nikotin yang boleh
menyebabkan kanser rahim.
'Douching' vagina
Kebiasaan membersihkan vagina boleh
menyebabkan kanser serviks sama ada dengan menggunakan antiseptik mahupun
deodoran. "Douching" atau mencuci vagina boleh menyebabkan jangkitan
pada serviks. Jangkitan berlebihan akan merangsang terjadinya perubahan sel,
yang akhirnya menjadi kanser. Oleh itu, elakkan membeli sembarangan ubat
pembersih vagina terutamanya yang boleh mengekalkan pH vagina anda.
Menyapu bedak
Jangan sekali-kali menyapu bedak pada vagina yang gatal
atau merah-merah. Pemakaian bedak pada vagina (sewaktu subur) boleh menyebabkan
terjadinya kanser ovari. Ketika ovulasi terjadi luka pada vagina dan apabila
disapu bedak, ia akan melekat di atas luka tersebut. Kelebihan sel ini akan
berubah menjadi sel kanser.
Berganti-ganti pasangan
Kanser serviks juga boleh terjadi pada wanita yang gemar
bertukar pasangan seks. Virus seperti "Human Papilloma Virus (HPV)"
akan mengubah sel-sel di permukaan 'mukosa' dan terus merebak menjadi kanser.
Lambat kahwin
Mana-mana wanita yang lambat atau tidak berkahwin turut
berisiko untuk mendapat kanser ovari dan 'endometrium'. Ini disebabkan mereka akan terus-menerus mengalami
ovulasi (kesuburan) tanpa henti. Rangsangan terhadap 'endometrium' akan terus
terjadi dan sifatnya akan berubah menjadi kanser. Apabila haid pertama terjadi
di bawah usia 12 tahun, tempoh atau perjalanannya semakin panjang. Jadi,
kemungkinan untuk terkena kanser ovari semakin besar. Cara terbaik untuk
mencegahnya adalah dengan berkahwin dan hamil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..