Hai..actually tak tahu nak story ape..cuma nak luahkan ape yang terbuku di hati je sebenarnya..
Semenjak dua menjak ni asyik moody je..murung..walaupun aku dah cuba cari masa untuk meceriakan keadaan dengan jejalan bawa kembar..masak..tapi semuanya still sama bila dah sampai kat rumah a.k.a merap dalam bilik..mata aku tetap berair macam nak nanges..bukan macam tapi dah nanges pun..huhu,
dalam kepala ni macam-macam aku pikir..rindu? biasalah tiba-tiba menyerang..teringat arwah mak..abah..abang..pakcik..opah..(uitt..banyaknya).Diam tak diam 12tahun membesar tanpa mak...
2tahun hilang tempat bergantung setelah pemergian abah terchenta..dan 27tahun tanpa kasih sayang hak muthlak.(macam mana tu.?)
Berdosakah aku bila asyik meratap kesedihnya terhadap ujian yang telah TUHAN turunkan keatas aku.? Tak ikhlaskah aku dalam mengharunginya.? Nope! cuma sesekali aku teramat rindu pada mereka (al-fatehah) ingin sekali bila aku bersedih mak peluk dan tenangkan aku..ingin sekali mendengar dileteri oleh abah..tapi hakikatnya semua tu takkan lagi dapat aku lalui.Apa yang aku tahu sentiasa terbayang saat akhir aku menjaga arwah mak dihospital..terbayang dan terdengar-dengar arwah abah meminta tolong dan melaungkan kalimah ALLAHUAKBAR ketika arwah bertarung nyawa seorang diri disaat akhir hayatnya..so..dapat banyangkan apa yang aku lalui.? hanya mereka yang pernah melalui sejarah hitam dalam hidup mereka sahaja tahu apa perasaan aku saat ni..hehe ketakutan sentiasa menghantui diri..takut kecewa..takut terluka..
Sering kali aku berdoa, kurniakan aku seseorang yang bisa memahami keadaan dan kemahuan hati ini.Yang sudi memberikan telinga untuk aku membebel,memberikan bahu kala aku sedih,memberikan tangan kala aku terjatuh dan memberikan ketenangan kala tersenyum.Mampukah.?
Bukan mencari kesempurnaan..tapi cukup sekadar sudi menerima kekurangan dan kelebihan diri.
Eh..aku bukan nak cerita tentang mencari pasangan hidup..haha
Sebelum ni memang aku ada family angkat..memang rapat dalam masa yang sama aku berkawan dengan anak terunanya..ooo..ambik kesempatan ya.?..ekeke..bukan macam tu,aku berkawan dan dalam masa berkawan dia kenalkan pada familynya,dalam hati berbunga riang sebab aku dapat apa yang aku inginkan..berada dalam pelukan seorang mak..kasih sayang adik beradik sampaikan nama aku meniti disetiap bibir keluarganya.Ingatkan panas hingga kepetang..rupa-rupanya hujan ditengahari. Selama ni JUST A FRIEND.? habis bagi kenal dengan keluarga untuk apa.? untuk aku menikmati erti kasih sayang seorang mak yang aku terlalu inginkan..haha..kelakarkan jawapnya.? tapi amat memedihkan dan melukakan hati!
Dan sejak itulah bermulanya HATI BATU..aku cuma tak nak berulang untuk kali kedua,ketiga,keempat dan seterusnya melainkan ada ikatan yang sah dalam erti kata lain HALAL.Apa yang berlaku sebelum ni aku jadikan ikhtibar dalam menempuh kehidupan yang mendatang (biasala dah terhantuk baru nak ternada..bha..ha..ha).Kekecewaan tu meninggalkan parut yang dalam..dan akhirnya semua aku tinggalkan perlahan-lahan..bukan bermakna melupakan..tapi sekadar mencari kekuatan untuk kembali bersendirian..(agak2nya ada orang faham keadaan dan perasaan aku masa ni.? tanye lagi! ishk..ishk..) hakikatnya aku tidak pernah bersendiri..TUHAN sentiasa ada bersama aku..hanya aku yang kadang kala melupakannya.Astaghfirullahala'zim~
Menaruh Harapan-Zaiton Sameon
Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...
Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...
Masa aku menaip ni tetiba dengar lagu ni (dari penulisan2u online radio)..laju je air mata ni nak jatuh tapi aku tahan..harap-harap bulan ramadhan yang akan tiba ni dapat aku mengumpul lagi kekuatan,ketabahan dan kesabaran dalam menempuhi kehidupan yang akan datang.
Aku redha seandainya DIA yang sekarang ada didepan ku bukan untuk diriku..chaiyok!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..