25 Jun 2012

Rindu Bukan Teman

Yang pertama ku bukakan mata
Dari pejamku yang tiada lena
Bayang wajahmu menyentak
Jantungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya
Yang terakhir ku pejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Berdenyut resahku menanti malam tiada hujung

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan di kala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka di kala kau berjauhan
Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya

Kerinduan membara
Menjadi dendam yang tak daya ku pujuk ragam
Lalu berpusar bagai ribut
Yang melanda di jiwa

P/S: RINDU yang teramat sgt..AL-FATEHAH buat arwah mak dan abah terchenta~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..