24 Jun 2012

Mee Rebus Homemade

Memandangkan aku ni suka masak..so ada je yang aku masak setiap hujung minggu..
Actually dah masak tak tahu minggu bila tapi baru nak upload..ha..ha..ha

Dipendekkan cerita aku suka makan mee rebus,mee bandung or mee jawa (3 mee ni sekawan) tapi tak suka makan mee goreng..huhu WHY.? aku pun tak tahu kenapa tapi yang pastinya tekak aku akan kembang bila tengok mee goreng..kalau makan panas-panas masih boleh diterima okey..dah sejuk mintak ampun..memang tak makan. Janji mee yang aku makan berkuah tapi bukan sup..(banyak betul songehnya..peace!!)

So, macam selalu aku sertakan sekali resepinya :

Untuk Kuah :

3 biji keledek (sederhana besar)
cili kering / cili giling
udang kering (kalau nak sedap udang segar)
1 sudu sedikit gula merah / gula putih (aku guna dua2 dan agak2 la)
garam secukup rasa
Bawang putih (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Halia (dikisar)
1 mangkuk kacang tanah (digoreng dan dikisar)

Untuk Isi Kandungannya (dicelur) :

Tauhu
sawi
telur rebus
Daun Bawang
cili merah
bawang goreng
mee (sebungkus) 

Isi kandungan yang aku letak
-
-
-

 boleh tambah ikut cita rasa sendiri
Cara-caranya :
- kupas keledek dah rebus bersama udang sehingga empuk
- sesudah empuk tapis dan sejukkan (ambik secawan dari air rebusan tadi
-Blender keledek dan udang bersama menggunakan air rebusan tadi.
- panaskan minyak dalam periuk yang sederhana 
- tumiskan bawang merah,putih,halia hingga naik bau.Kemuadian masukkan cili kering/cili giling
(masak hingga cili betul2 masak)
- kemudian masukkan keledek yang telah dibender tadi dah biarkan mendidih
- masukkan air sekiranya kuah agak pekat dan masukkan kacang yang di kisar tadi
- masukkan garam secukup rasa,gula putih dan gula merah.Biarkan kuah cukup basak baru hidangkan bersama rencah2 yang lain.

Ni la hasilnya
Kalu kelapangan sesekali jom cuba,try dan test masak mee rebus ni..tak payah sibuk beli kat kedai sebab kita pun mampu masak sedap seperti di kedai..hua..hua..hua..chaiyok!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..