Ekeke..(eh..apesal memula dah gelak.? sengal!)
Actually aku nak cerita yang malam tadi aku ada bermimpi..jeng..jeng..jeng!
Aku bangun sahur pukul 4.00pg,tu pun aku cuma minum air masak dan kurma 2biji (ok la kan.?)
pastu aku sambung balik tidur..dalam pukul 5.40pg aku terbangun pastu dalam masa yang sama aku macam terpikirkan sesuatu..apa ye.? haaa..aku ada mimpi kene lilit ular sawa batik dan kene gigit kat tapak tangan.Apa maknanya ye.? Tapi selalunya bila mimpi ular je mesti orang akan cakap tentang pasangan hidup..kalau betul alhamdulillah..tapi aku tak berapa percaya sangat sebab sebelum-sebelum ni pun aku pernah mimpi ular.Ular nak masuk umah..ular datang jumpa arwah bapak aku la..(kene gigit/patuk tak pernah lagila..yang ni baru 1st time) tapi sampai sekarang aku still single and available..kuikuikui
Dah alang-alang aku pun google la dalam internet..dan inilah hasilnya..jom tengok dan baca,
Mimpi melihat
binatang berekor.
Alamat sangat baik. Anda akan bergembira kerana segala kesukaran akan terhapus.
Mimpi melihat seekor
binatang liar didalam sangkar.
Alamat akan mendapat warisan yang banyak.
Jika bermimpi melihat
kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
Sekiranya bermimpi naiki
kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
Bermimpi naik
gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
Jika bermimpi
harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang.
Jika bermimpi melihat
babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau
tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
Jika bermimpi
pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
Jika bermimpi
lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
Bermimpi
memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu.
Jika bermimpi melihat terlalu banyak
ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
Jika anda bermimpi bermain dengan
burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
Sekiranya anda bermimpi
burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.
Jika bermimpi
burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita.
Bermimpi
burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.
Bermimpi
mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.
Jika bermimpi
lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
Jika bermimpi menunggang
naga menandakan semua kehendak diperoleh
Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
Bermimpi
kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana.
Bermimpi disengat
binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
Bermimpi
memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
Haaa..nampak tak.? perkara buruk akan berlaku..huhu.Harap semuanya berjalan dengan lancar dan aku dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Apa yang aku post ni hanya sekadar renungan dan rujukan semata-mata..sekiranya benar mungkin itu hanya secara kebetulan.Segala-galanya hanya TUHAN yang menentukan..Waallahu'alam~