09 Februari 2012

Kisah Hidup Ku Seperti Bawang Merah Bawang Putih

Diam tak diam dah masuk 2012..entry ni agak panjang..(memang panjang pun)
banyak gak cerita suka dan duka yang terjadi sepanjang tempoh aku tak update blog aku ni.Lagi pun masih belum mahir dan baru nak berjinak-jinak ngn benda alah ni..hehe.

Keadaan aku dah tak seceria dulu. Kisah cintan aku tak kesampaian, orang yang berjaya singgah dalam hati aku cuma anggap aku as a FRIEND je rupanya (arrrgghh..furst tertonggeng-tonggeng gak mase tu).Maknanya aku ni cuma bertepuk sebelah tangan (2 tahun tu..huhu). Tapi aku pujuk hati aku sendiri,mungkin belum masanya untuk aku berteman..sebab bila aku dah berteman mungkin aku lupa akan tanggungjawap yang ada di bahu aku sekarang.Aku sentiasa mendoakan dia bahagia tapi dia pernah cakap kat aku "walaupun abang dah kahwin kite tetap KAWAN, kalau ada apa2 masalah bagitahu lah abang insyaALLAH abang akan tolong" alahai..best je bunyinya kan.? tapi siapa yang nak lukakan hati sendiri tengok insan yang singgah dihati kita jadi milik orang lain??..so,aku dah mula menjauhkan diri dari dia dan keluarganya apa yang berlaku pada diri aku pasti mempunyai
sebab tersendiri.

Eh..aku bukan nak cerita sgt pasal mamat ni..! (buat semak blog aku je..hehe)
Syawal.!! tapi yang tak bestnya baju raya aku ngan adik aku tak siap..nak mengamuk je rasanya padahal aku dah hantar awal bulan jun lagi. Nak tak nak kena cari baju raya yang lain.
10/09/2010 (1syawal) takbir raya kat surau depan rumah aku berkumandang.Aku tengah sibuk siapkan apa yang patut kat dapur.Tahun ni tak ramai adik beradik aku yang balik beraya sebab giliran rumah mertua2 diorang. Abah pergi sembahyang raya..tetiba hati aku terdetik..kenapa abang aku yang kat pahang tu tak telefon lagi ye.?selalunya pepagi dia dah telefon mintak maaf zahir batin. Kring..kring..ambik kau..baru aku mengumpat dalam hati telefon dah bunyi..mak tiri aku yang angkat..kakak ipar aku rupanya yang telefon, dia bagitahu abang aku pengsan kat tempat kerja.Aku ngan adik aku yang tengah sibuk kat dapur borak berdua.."mungkin abang penat sangat la tu sampai pengsan-pengsan".
Tup-tup telefon berbunyi lagi..kakak ipar aku cakap "abang ewan dah takde"..huwarrggg...aku kehilangan seorang abang yang aku sayang (walaupun aku tak tunjukkan sayang aku), sekali tengok mcm cerita drama tv1 sebb dapat panggilan telefon pepagi raya dan dapat berita buruk (abang aku seorang anggota polis yang bertugas di pahang)..jeng!..jeng!..jeng!..mcm tak percaya je masa tu..tapi tu la hakikat dan realiti kehidupan aku.Orang lain seronok menyambut syawal tapi aku sekeluarga sambut kenduri tahlil.Abah.? siape yang tak sayang anak.? walaupun abah tak tunjuk kesedihannya tapi aku tahu abah menangis dalam hati dan paling tak lupa bila abah cakap "kenapa la kau yang muda ni pergi dulu.? sepatutnya abah yang pergi dulu".Huhu syahdu sgttt..sebb arwah abang sgt rapat ngn abah.Mase arwah abang belum jadi polis dia kerja kat kampung tolong abah..kadang2 pergi mancing ikan or udang sama2..sebb tu bila arwah abang takde abah paling terasa.Genap hari ke-40,abah buat kenduri tahlil arwah abang.Lepas kenduri lepak reramai makcik-makcik aku pun ada,kalau duduk ngan abah mesti ada adegan sakat menyakat..best.!!!..abah la orang yang paling sporting dan penyabar pernah aku jumpa (ofcoze la sebab dia abah aku..dan kalu boleh kurniakan lah aku insan sepertinya sebagai suami/kawan/kekasih/bapa yang PENYAYANG,PENYABAR dan BERIMAN..hehe)

tetapi....
29/10/2010...(cuba teka apa yang aku nak cerita.?)
dalam pukul 6.00pg adik aku dapat panggilan telefon dari mak tiri aku kat kampung, dia cakap abah aku dah tak ada..(korang percaya tak ni.?) adik aku ketuk pintu bilik aku (macam nak roboh.!) sambil menangis-nangis..dia cakap "abah dah takde.." aku yang tengah mamai2 buat muka blurr tanya balik kat dia "ape.?"adik aku jawap lagi "abah dah takde.!! mak kate abah meninggal time tidur"..terus lemah lutut aku,terduduk sekejab kat tepi katil..mase tu air mata aku dah mengalir macam air paip (aku rase masa abang aku meninggal tu pun belum kering lagi air mata aku..huhu).Dunia aku gelap dan yang ada dalam kepala aku "macam mana aku ngan adik.?" aku siap post kat FB yang aku kehilangan abah tersayang (dunia dah maju) dan sempat jugak aku hantar msg kat kawan2 terdekat bagitahu akan musibah yang menimpa aku sekeluarga.

Akak aku suruh aku ngan adik aku siap-siap balik kampung (perak).Dalam perjalanan nak balik perak tu abang aku yang atas 2 tahun dari aku telefon akak aku,dia cakap abah bukan meninggal time tidur tapi kemalangan jalan raya.Kereta yang abah bawa kena rempuh dengan lori 10 tayar..aku yang duduk kat belakang masih diam.Dalam hati masa tu TUHAN je yang tahu.Tapi aku cuba tabah dan cekalkan hati yang aku tak nak menangis.Berita terbaru yang disampaikan arwah abah terus dibawa ke Hospital Sabak Bernam dan aku dengan yang lain terus kesana.Sampai je kat Hospital Sabak Bernam tu petugas kata arwah belum sampai sebab polis bawa mayat arwah abah ke Balai Polis Sungai Besar dulu. Masa tu ada sedikit saudara mara aku yang dah sampai terutamanya pakcik aku (satu-satunya adik lelaki arwah abah).Sebab polis hubungi dia dulu tentang kemalangan yang meragut arwah abah ni. Tak lama lepas tu petugas hospital kata "siapa-siapa yang nak melihat mayat/arwah boleh masuk kedalam sebelum pihak hospital memulakan pengurusan jenazah." Buka je plastik hitam (yang selalu pihak polis guna untuk tutup mayat) muka arwah abah sgt bersih..tiada apa-apa cacat celanya..SEMPURNA!.

Cuma ada sikit calar-calar pada bahagian muka..aku tengok ada darah yang kuar dari telinga arwah abah dan naluri aku mengatakan arwah abah meninggal sebab lemas.! (kereta yang abah bawa diseret masuk kedalam parit yang dipenuhi air) kalu pihak berwajib cepat sampai pasti arwah abah dapat diselamatkan..tapi dari cerita yang sebenar, sewaktu pihak bomba sampai arwah abah masih bernyawa dan masih melaungkan ALLAHUAKBAR! dan memang sudah tertulis arwah abah akan kembali kepada-Nya dalam keadaan yang sebegitu sebab 2x bomba cuba menarik kepala lori yang menghimpit kereta arwah abah mengunakan kren tapi tidak berjaya.Kali ke-3 pihak bomba cuba menarik kereta yang arwah abah bawa..berjaya! tapi masa tu arwah abah dah takde (sumber daripada saksi yang berada ditempat kejadian).Dari keputusan postmortem yang dilakukan arwah abah mengalami kecederaan parah pada dalaman.Ada keretakan pada tempurung kepala..keseluruhan tulang rusuk patah dah tulang kaki remuk..YA Allah..besar sungguh kebesaran-Nya..macam tak percaya..




Alhamdulillah,Lepas solat zohor arwah abah selamat dikebumikan..dapat anda semua bayangkan tidak sampai 1 bulan kami kehilangan 2 insan yang disayangi.Mahu tidak mahu kehidupan mesti diterusan,memandangkan aku yang masih bujang secara tidak langsung adik dibawah jagaan aku(aku ni harap je ada abang,tapi serupa tak ada..daripada adik aku terabai,biarlah dia dengan aku).Pening dan tungang-langang jugak masa mula-mula nak uruskan itu dan ini tentang peninggalan arwah..ha! yang ni pun satu hal sebab aku ada mak tiri(mcm cerita bawang merah bawang putih) tapi kesemua kebaikan yang ada telah hilang bersama pemergian arwah abah. 
(Malas aku nak cerita pasal mak tiri aku.!)

Dipendekkan cerita..genap setahun arwah abah pergi (bulan oktober 2011).Sekali lagi aku di uji bila aku dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan pakcik aku (satu-satunya adik lelaki arwah abah) meninggal dunia akibat kayap. Hidup aku kembali dipenuhi tangisan.Baru nak stabilkan keadaan dah lemah balik..

Tempat kejadian (singgah balik dari balai polis)
Lory yang rempuh kereta arwah abah
Sekarang alhamdulillah..semakin pulih..aku harap 2012 ni lebih mendewasakan aku..adik still dengan aku.Dimana ada dia insyaALLAH pasti ada aku,yang lain2 buat masa sekarang aku tolak ketepi sebab dia tengah belajar kat POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM..kalau ada rezeki aku pasti ada,cepat dah lambat sahaja.AJAL,MAUT,JODOH dan PERTEMUAN semuanya ditangan TUHAN.Sekiranya itu yang DIA mahu..tidak pernah menunggu walau hanya sesaat.Ini lah kisah hidup aku,saban hari aku berdoa supaya TUHAN mempermudahan segala urusan ku didunia mahupun diakhirat kelak dan tak lupa menemukan aku dengan seorang JEJAKA yang baik hati yang boleh terima kekurangan dan kelebihan aku.Amin Ya Rabbal Alamin~











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..