Semenjak dua menjak ni glamer pulak tentang diet/kurus dengan cuka apple ni.Jadi aku pun ape lagi..google dan research. Memang ramai rupanya yang dah mengamalkan minum cuka apple ni..(aku yang ketinggalan..haha) And my Housemate pun tengah berdiet bersama cuka apple ni. So..mungkin lepas ni aku pun nak cuba..hehe by the way aku bukan nak kurus sangat tapi nak kurangkan obesisti aku ni je. (bukan sama ke maksudnya *tepuk dahi).
Pengetahuan Am
Cuka epal telah digunakan secara tradisional oleh masyarakat Mesir dalam usaha merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Mereka telah mempercayai sejak sekian lama bahawa cuka epal bertindak sebagai tonik yg melancarkan peredaran darah dalam badan.
Antara khasiat & manfaat Cuka Epal untuk kesihatan
* Menggalakkan fungsi metabolisma berjalan dengan lancar - (lawas, pantas membakar kalori, menukar lemak menjadi tenaga, berpeluh, buang toksin).
* Menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) - kolesterol jahat ini akan menyumbat saluran darah jika tersimpan berlebihan & tidak digunakan.
* Mengimbang kadar air di dalam sel & tubuh - (terlebih air = boroi, muka sembab, pipi tembam, mudah kebas kaki & tangan).
* Mengurangkan masalah pembendungan air di dalam tubuh - (kadar air seimbang = langsing + cantik + sihat).
* Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
* Mengeluarkan sodium berlebihan dalam badan melalui perpeluhan & perkumuhan.
* Melancarkan peredaran darah - (jadi, lebih banyak oksigen & nutrien disalurkan ke sel-sel badan & otak).
* Mengelakkan berlakunya kekejangan otot & sakit sendi.
* Membantu meningkatkan konsentrasi & daya ingatan.
* Mengawal suhu badan - (lepas keluar peluh, anda akan rasa lebih segar & badan terasa ringan).
* Meng'alkali'kan tubuh - (badan bersid = lemah, letih, mengantuk, menguap, lenguh-lenguh & sengal-sengal badan. (badan beralkali = cergas, sihat, extra bertenaga).
* Mengawetmuda & menaikkan seri kulit - (kenapa? kerana tubuh bebas toksin = darah jadi bersih, usus bersih, oksigen mudah sampai ke otak & sel-sel tubuh jadi segar.. awet muda lah!).
* Boleh mencegah masalah cirit-birit kerana mempunyai bahan anti-diarrhea.
* Boleh membunuh parasit & bakteria dalam perut (usus kecil & usus besar).
* Melegakan masalah saluran pernafasan - (membantu meringankan masalah yg dihadapi oleh pesakit asthma / lelah).
* Membantu merawat masalah resdung - (melegakan simptom-simptom resdung seperti gatal-gatal pada kawasan mata, hidung & telinga).Bagaimana cara pengambilan Cuka Epal ?
Bagaimana cara pengambilan Cuka Epal?
Cuka epal boleh dimasukkan ke dalam sebarang minuman jus buah-buahan atau dicampur dengan madu.
Cara 1:
1 gelas jus + 1 sudu besar cuka epal, kacau & minum seperti biasa.
Cara 2:
1 gelas air suam + 1 sudu besar cuka epal + madu , kacau & minum seperti biasa.
Untuk mereka yang nak kurus dan langsing..boleh la mencuba dari sekarang..bulan puasa pun dah tak lama lagi..apa lagi? nanti raya boleh melaram.. :)
selamat mencuba..!!!
Salam,boleh try 'Pati Herba Madu'yg mengandungi cuka apel,madu,air leman utk mengurangkan berat badan,jaga jantung Dan buang kolestrol jahat.hubungi sya Puan Fyda tel 0194452572.penghantaran seluruh Malaysia
BalasPadamthanks 4 ur info
Padam