23 Mei 2014

Bubur sum-sum Pandan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah this weeks dapat puasa direct from isnin sampai khamis.Actually last weeks pun dah start puasa. So dapat bayar habis dah untuk tahun lepas punya..yeaahhh! yang tak berapa nak best bila puasa tekak ni macam-macam nak makan..so google resepi tetiba teringat bubur sum-sum. Kira mengidam jugak la nak makan benda ni..tahan punya tahan semalam gak aku cuba try test..and berjaya! Bunyi macam misi besar padahal nak masak benda ni kacang je..dan ini lah hasilnya..

Picture from google

Selepas dibedah siasat

Then aku share kat sini resepinya..

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
6 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
Daun Pandan (blend & tapis)
sedikit garam

Bahan Untuk Sirap Gula
1/2 cawan gula merah
4 sudu gula pasir
*Yang ni aku guna mana yang ada kat rumah je..huhu

Cara-Caranya :
Satukan kesemua bahan dan sentiasa kacau sehingga likat.
Kemuadian boleh tuang kedalam bekas dan biarkan sehingga sejuk
Boleh dihidang bersama sirap gula.

Selamat Mencuba!!! :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..