28 Mei 2014

Kek Pisang Kukus Dan Mudah

Assalamualaikum..
Lagi beberapa hari nak memasuki bulan jun..
Ya..ramadhan bakal tiba..entah kenapa dan mengapa..hati sangat sensitif sejak kebelakangan ini. Dan semalam rasa down yang teramat sangat! Teresak-esak dalam BLA then baru balik rumah.
Nak hiburkan hati aku main masak-masak..buat kek pisang..:)
Terubat sikit rasa "down" yang menyelubungi hati.
So malas nak tulis banyak..Aku share resepinya kat bawah hokeyyyh!
Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 cawan (5 ulas) pisang berangan
3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus
Sedikit essen vanilla
Sedikit soda bikarbonate
Secubit garam
Cara-caranya :
Blend pisang bersama minyak (ketepikan)
Blendkan telur bersama gula sehingga kembang.
Kemudian tuang kedalam bekas dan masukkan pisang yang telah di blend bersama minyak tadi kemudian kacau sehingga sebati.
Then masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau lagi,
jangan lupa masukkan essen vanilla untuk mewangikan kek.
Tuang kedalam loyang dan kukus selama 45minit.

Picture from Google

Done!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..