Entah macam mana hati aku memberontak nak sangat makan laksa macam laksa style Old town or Pak li.Then ape lagi misi meng'google' terjumpa la satu resepi ni. Tak sabar nak tunggu 5.30ptg..huhu
balik je rumah aku terus cari barang-barang yang diperlukan. Tapi masa cari barang kay Mydin tak ada pulak barang yang aku nak.So pergi singgah kat kedai runcit bawah flat tu..Alhamdulillah ada. Jangan disangka kedai cikai takde barang taw! hahaha
Sampai je rumah aku terus jalan kan misi..jeng..jeng...jeng..tadaaaaaa!
Bahan-bahannya :
1 bungkus laksa
1 tin sardine (Besar)
1 tin sardine (kecil)
Daun Kesum
Pess asam pedas
Bunga Kantan*
Bawang putih*
Bawang merah*
5 biji cili padi*
cili giling/boh*
Sedikit garam & gula
Bahan tambahan:
Timun
Bawang
Cili Padi
Bahan bertanda * perlu di blend
Cara-Caranya :
Hancurkan sardin dalam periuk
masukkan bahan yang sudah di blend
Masukkan pess asam pedas,daun kesum,garam dan gula
Gaulkan kesemuanya sehingg sebati
Panaskan di atas api yang sederhana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..