HIDUP ini bagaikan dua permukaan syiling yang berbeza dan perbandingan itulah yang melengkapi kehidupan kita. Begitu juga dengan kisah percintaan yang ditempuhi setiap orang berpijak di muka bumi ini. Kisah percintaan yang dilalui setiap orang berbeza dan secara semula jadi ia bergantung pada sikap pasangan masing-masing. Ada lelaki agresif meluahkan perasaan dialami manakala tidak kurang sebaliknya. Ada lelaki pasif dan sukar meluahkan ungkapan cinta terhadap insane tersayang lalu menyebabkan tidak semua wanita mampu menerima kenyataan itu.
Perlakuan jejaka sukar menyatakan isi hatinya kadang-kadang membuatkan keadaan bertambah sukar, hingga ada ketika wanita meragui perasaan sebenar pasangan terhadapnya. Alasan lelaki, mereka lebih selesa menunjukkan cinta dalam bentuk aksi atau tindakan. Perkara ini berlaku kerana mereka didorong faktor hormon kelelakian.
Perkara itu juga tidak terbatas kepada wanita, golongan yang terkenal dengan sikap ingin sentiasa dimanjakan tetapi tidak semuanya berhati lembut. Ada juga wanita sukar menerima kenyataan cinta yang disampaikan lelaki yang belum cukup dikenalinya atau mahu mendengar ungkapan itu dilafazkan pada waktu sesuai.Perhubungan akan lebih indah jika dimulakan dengan persahabatan. Ketika itu, setiap individu akan lebih mengenali hati budi rakan serta perangai mereka yang sebenar.
Cuba kenali hati budi pasangan masing-masing. Jangan mudah terpedaya dengan luahan hati lebih-lebih lagi jika hubungan terjalin itu terlalu segar dan fahaman mengenai diri masing-masing masih samar. Bagi wanita, anda juga perlu bijak menilai sejauh mana kesungguhan lelaki. Usah hidup di atas janji manis ditaburkan pasangan.Lelaki perlu berfikiran matang sebelum berani tampil meluahkan perkataan sayang terhadap kekasih. Ini kerana tidak semua wanita suka kata-kata hikmah yang dilafazkan melulu.Jadi jangan terlalu percaya pada kata-kata manis.Lebih baik bertindak daripada bercakap banyak wahai lelaki..hehehe
Elakkan hati kamu daripada terluka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..