HyE..assalamualaikum~
Macam mana dengan cuti HARI RAYA AIDILADHA anda semua.? Best.?
Masa balik kampung tu memang best tapi bila nak balik selepas bercuti tu yang tak best..sebab.?
sebab jalan raya sesak sangat!Eh..tu bukan jamed tapi orang ramai sesaje je parking kereta-kereta diorang kat tengan jalan..haha..
amek kaw..nak patah kaki aku dibuatnya..
tersangkut dalam kesesakan jalan raya berjam-jam~
Bayangkan la..aku keluar je dari kampung pukul 4.45 petang lepas solat asar. Lepas je sekinchan kenderaan dah mula bergerak perlahan..masuk je Tanjung Karang..ngrrrr..boleh tido dulu..huhu
Sudahnya aku sampai kat umah sewa pukul 10.30 malam..*pening kepala~
Tutup topik raya..nak buka topik tentang perhubungan (perhubungan lagi..hehe)
Ni hanya apa yang aku rasa taw..bukan suruh korang rasa bila lepas baca taw..huahuahua
Sesuatu perhubungan itu akan menjadi hambar..renggang..suram..dll bila kamu kurang berkomunikasi antara satu sama lain.Komunikasi bukan sekadar melalui perbualan tetapi juga melalui bahasa tubuh iaitu sikap atau perlakuan dan juga memek muka.
Tanpa disedari ia mungkin mengundang masalah besar kemudian hari..salah satunya tidak memberi respon atau tindak balas kepada cerita atau perbualan yang disampaikan oleh pasangan termasuk SMS yang dikirimkan. Paling tidak pun jadilah PENDENGAR yang setia sekiranya buntu untuk memberi tindak balas.
Suka Mengelak daripada membincangkan hala tuju perhubungan kamu dengan si dia.
Juga kurang melakukan aktiviti bersama,
tapi ingat bukan aku sarankan korang buat perkara-perkara yang terlarang dan berdosa taw~
ambil la sedikit ruang untuk meluangkan masa bersama..
yang jauh kita dekat-dekatkan,
yang dekat kita rapat-rapatkan
Mana yang jauh tu kan boleh berSMS,skype,Facebook,twit-twit dan macam-macam lagi la,
sekarang kan semuanya dihujung jari..
Andai benar kasih dan sayang..jangan jadikan semua itu sebagai alasan yang boleh menyuramkan perhubungan kamu bersama insan tersayang.
Hakikatnya, betapa uniknya hati ciptaan ALLAH..Walau berkali disakiti dan dilukai, masih mampu untuk terus dicintai dan mencintai.Masih ada ruang untuk memaafkan dan memberi peluang kali kedua..tapi nak memaafkan biarlah berpada-pada jangan sampai hak sendiri diketepikan dan dikhiananti.
P/S untuk diri sendiri : Andai anda menghulur dan memberi tapi tidak disambut dan dihargai..tetapkan kedudukan dan berdiam diri seketika untuk memcari kembali kekuatan yang hilang..chaiyok!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..