Minggu lepas (03/03/2012) aku dengan adik aku g jalan-jalan pergi KL (excited sebb jarang lepak KL). Niat memula nak g Berjaya Time square..tapi tak jadi hanya di sebabkan nak makan laksa kat SOGO..haha.Parking kereta kat KTM padang jawa n terus naik KTM.Sampai kat KL nak dekat pukul 12pm.Perut mase tu memang dah lapar so terus je naik kat SOGO tu cari food court.
|
Chicken Chop + Asam Laksa
Blackpapper Chicken Chop
Adik Aku makan asam laksa n aku makan chicken Chop. Bagi aku makanan kat sini boleh tahan sedapnya dan berbaloi dengan harganya.Lain kali kalau datang lepak sini nak cuba try test kuew tiaw pulak.hehe (my favourite).
Bila dah makan baru boleh pikir n bertenaga nak berjalan..haha.Actually adik aku yang nak cari barang,maklum la duit bulanan dia tertunggak 2 bulan so dia nak lepaskan gian dia bershopping..huhu.Benda yang dia nak cari kasut dan beg tapi kami pergi salah masa la..SOGO tak de sale..:(
So..pusing-pusing dulu kat bawah cari kasut dia..penat gak nak cari kasut dia ni sebabnya kaki dia besar,saiz susah nak ada lain la macam aku saiz kaki cinderella..haha.
Dah penat cari kasut dia kitorang g ukur jalan pulak kat JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN (TAR).
Kat sini just cuci-cuci mata je..sebab tak berniat nak cari apa-apa pun.Rasanya aku tak de beli apa pun masa tu. Bila dah sampai rumah baru perasan tangan kosong,semuanya barang adik aku je..huhu
Excited betul Minah ni..haha
Macam-macam ada
Makanan kat JALAN TAR ni pun boleh tahan gak..haha..macam-macam ada! dah macam rancangan jalan-jalan cari makanan plak.Bila dah penat jalan kat JALAN TAR ni kitorang masuk balik kat SOGO.Nak tahu kenapa.? ambik angin dan sejukkan balik badan dengan
air-cond..hakhak.
Duduk dan minum sekejab sebelum kitornag balik Klang.
Yam Ice Blended
Dalam KTM kitorang agak bernasib baik time pergi n balik dapat tempat duduk.Sempat gak tido sebelum sampai ke destinasi yang di tuju.Sebenarnya aku lagi suka naik public transport berbanding dengan drive sendiri..huhu
Maybe sebab hari-hari aku drive jadi aku bosan..kalau naik MY YAMAHA EGO S pun syok..hehe(tapi dah lama sangat tak bawak motor). Dulu nak jejak kaki g KL pun tak berani n tak tahu (kesian kan.?).Sekarang dah boleh la sikit-sikit tu pun kene pergi berdua,kalau sorang alamatnya tak de la.Aku ngn adik aku belajar gunakan public transport yang ada untuk pergi tempat-tempat yang kitorang teringin jelajah.So..hasilnya dah semakin mahir..hehe. Naik public transport senang walaupun kadang kala kene berebut-rebut tapi ada sentimental value tersendiri..haha (apa-apa je la)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..