09 Mac 2012

Diantara tidur yang mendapat pahala dengan tidur kosong

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang.Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang.Bukan itu sahaja,tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam islam antaranya :-

1-Berwuduk
Sebaik-baiknya gosok gigi anda sebelum masuk tidur.Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati.InsyaALLAH tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis.

2-Perut tidak terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam.Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu.Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.

3-Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal,cuba ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang hari.Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik,tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik.Tetapi sekiranya anda banya melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar,berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada ALLA s.w.t

4-Membaca doa dan surah tertentu
Ketika ingin melelapkan mata,amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu.Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya mengadap kiblat.
-Rasullullah s.a.w sering mengamal membaca surah al-ikhlas,al-falaq dan al-Nas dan lemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok keseluruh badannya dimana tangannya dapat sampai.Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak 3x berturut-turut.

5-Berazam bangun awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah al-kausar sebanyak 3x sambil berniat didalam hati mahu bangun awal.Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

6-Bangun pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya,ucaplah rasa syukur kepada ALLAH kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami.Kepada-NYA kami akan dibangkitkan.Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.


SELAMAT MENCUBA~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..