08 Mac 2012

Istilah Hanya KAWAN

Renung-renungkan dan selamat beramal~
Hidup tanpa rasa CINTA pasti diselubungi rasa sunyi.Jangan pernah menolak persoalan ini.! Setiap daripada kita sentiasa ingin DIKASIHI dan MENGASIHI.Cuma mungkin masanya belum tiba (di pendekkan belum seru) untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap CINTA.Mungkin hanya selesa dengan sebuah hubungan "PERSAHABATAN".Namun setiap daripada kita pasti mempunyai "TEMAN tapi MESRA" kan? Jika ia,harus bijak menangani "PERSAHABATAN" tersebut agar tiada pihak yang terluka dan jangan biarkan dirimu menjadi mangsa. Mari baca tips ini:

Pertama,
Si dia mengatakan kepada kamu secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana si dia menganggap kamu adalah sahabat karib dunia dan akhirat (So..lupakan saja si dia..huhu)

Kedua,
Si dia mengatakan kepada kamu, sekiranya kamu menjadi kekasihnya..kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak,arahan dan permintaannya.(senang cerita bukan kamu ciri-ciri yang dicari)

Ketiga,
Kamu dengan Si dia tidak sesuai selama ini kerana Si dia bersikap sambil lewa bila bersama kamu dan tiada ciri-ciri kekasih yang sejati (kamu memang "hanya KAWAN" bagi Si dia)

Keempat,
Si dia tidak pernah terpikir untuk bercinta dengan kamu, kerana ketika bersahabat pun si dia tidak peduli dengan kehadiran kamu.(dah memang bukan kamu yang dipandang..aishh..lagi tak faham..hehe)

Kelima,
Menerangkan kepada kamu bahawa masih ramai jejaka yang/wanita diluar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan oleh kamu.(ni tanda reject secara sopan)

Keenam,
Cuba mengelakkan diri daripada bertembung dengan kamu di tempat kerja,sekolah atau di tempat kamu dan rakan-rakan lain selalu berkumpul/berjumpa.

Ketujuh,
Si dia sering menjelaskan kepada kamu bahawa Si dia lebih sayangkan ikatan "persahabatan" daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

Kelapan,
Si dia sering menjelaskan kepada kamu bahawa Si dia lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana si dia sudah tahu perangai kamu ketika menjadi sahabatnya dulu.

Kesembilan,
BERTEGAS dengan pendiriannya kita "hanya KAWAN"..huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..