22 Mac 2012

Hadiahkan Ku Sekeping Doa

Actually tak ade apa yang nak di update..jari ni  asyik nak menaip je dari tadi..Semalam balik kerja terus pick-up My BFF than pergi puchong hantar kek.Tiap hari aku berharap yang kehidupan diowang akan berubah..Aku akan cuba setakat mana yang mampu untuk tolong diorang..walaupun sometime aku sedih bila tengok orang-orang yang ada disekeliling aku sedih..tapi bila aku sedih..aiyak!!..naik banjir bilik tu..suffer sensorang sebab aku tak nak orang tengok aku nangis dan nampak akan kelemahan aku nanti jadi isu KESIAN tapi still mencari someone untuk share sikit suffer aku walaupun someone tu tak kat tempat aku.Hahaha..kalu dulu selalu cari MR.DIARI..tapi sekarang dah maju la..(rasanya dari dulu dah maju,aku je yang ketinggalan..haha)

Selama ni aku buat sesuatu mengikut gerak hati.Selagi aku rasa benda2 yang aku buat tu tak salah dari segi hukum..aku teruskan je..tak tahulah betul atau tak..sebab tak ada yang menegur..huhu
Tapi apa yang berlaku semalam betul-betul menaikkan kemarahan aku..dah la aku ni jenis yang tak suka tunggu lama2..tak pun buat something terkedek-kedek..haih..elok2 ambik masa 5 minit boleh jadi 1/2 jam.Pastu terkial-kial dok pikir lagi..masa tak tunggu kita taw tapi kita yang kene kejar masa (EH..betul ke.?),Bila aku diam tandanya aku tengah MENYABARKAN diri aku sendiri,jangan la simbah minyak plak confirm kene sambar api punya..huhu.Memang aku ni aktif dan agresif tapi bila bab hati sangat cepat sensitif.Dalam bab makan@seangkatan dengannya aku tak pernah berkira kot..cuma bila aku ni berbaik hati nak payung a.k.a belanja..so..u all niat dan doa la dalam hati tu "Semoga aku ni dimurahkan rezeki"..tu je yang aku minta bukan ada niat lain.Aku hanya perlukan doa kalian..

Aku ni pun bukannya sempurna mana..dan belum tentu apa yang aku buat orang suka..tapi aku akan cuba buat yang terbaik agar orang tak menyampah dengan PEEL kita.Lagi satu jangan cabar kesabaran aku dan nak tunjuk lagi besar kepala bila aku dah mengalah tak nak memperbesarkan sesuatu perkara bila kata MAAF dah aku lafazkan. Dalam erti kata lain JANGAN MEMBULI.! kalau buat jugak memang nak mendapat la jawapanya.Masa tu jangan salahkan aku taw..bila KEGANASAN berlaku..haha.Peduli apa orang kata aku garang..yang penting yang berkata tu bukan MAK+ABAH+SUAMI aku yang perlu aku dengar.Syurga anak dibawah tapak kaki EMAK..Syurga isteri dibawah tapak kaki SUAMI.Dan ABAH adalah syurga dunia dan akhirat..(Al-Fatehah MAK+ABAH) Kalau tak kenal jangan la nak menilai seseorang hanya dari luaran sedangkan belum menilai hatinya.Setiap orang pasti ada baik dan ada buruknya.Jadi pucuk pangkalnya datang dari HATI terimalah seseorang dengan SEADANYA~

Kenali Diri Seseorang melalui Bulan Kelahirannya..Bukan untuk percaya 100% tapi just sebagai panduan dan rujukan..Seandainya benar-benar sama,anggapla ianya hanya sekadar satu kebetulan
FEBUARI
-       berfikiran abstrak
-       sukakan benda yang reality dan abstrak
-       inteligent,bijak dan genius
-       berpesonality yang mudah berubah
-       mudah menawan orang lain
-       agak pendiam (tapi suka menyakat)
-       pemalu dan rendah diri
-       jujur dan setia pada segalanya
-       keras hati untuk mencapai matlamat
-       tidak suka dikongkong (tak setuju..hehe)
-       mudah memberontak apabila dikongkong (muda2 dulu ye la kowt)
-       suka kegiatan lasak
-       emosi yang terluka dan sensitif
-       mudah mempamerkan marahnya
-       tidak suka benda yang remeh temeh
-       suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
-       sangat berani dan suka memberontak
-    bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
-       pemerhatian yang tajam
-       suka hiburan dan sukan
-       suka benda yang bersifat seni
-       sangat romantic pada dalaman tapi tidak pada luaran
-       amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
-       belajar untuk mempamerkan emosi

p/s: malam ni nak repeat buat solat hajat + solat sunat taubat..mudah2an semuanya dipermudahkan..amin~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..