Ok girls, this is special for you!
So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka.?
Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…
The truth …LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!
Mana ada complicated? Lelaki ni senang untuk difahami, contoh :-
Contoh 1 :
Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…
Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.
Contoh 2 :
Lelaki kata,“Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya awak bertemu dengan lelaki yang lebih baik, saya redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “saya tak nak kat awak, jadi awak pergi dengan orang lain je lah!”
Contoh 3 :
Kamu syok kat mamat ni, dia okay la layan kamu. Pastu dia sangat rapat dengan kamu dan kamu suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada kamu. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat kamu. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang apa perasaan dia pada kamu. So kamu beranikan diri kata kamu suka dia, and dia pun kata dia suka kamu. TAPI.!, kamu still confused, samada kamu dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan kamu ke…kamu confused.
Isi hati lelaki : TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat kamu, dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat kamu. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan kamu setiap masa.Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan kamu setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat kamu lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.
Contoh 4 :
Lelaki ni selalu call kamu, dia juga selalu ajak kamu keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact kamu dah menceritakan segala masalah dia kat kamu. kamu dah mula confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”
Isi hati lelaki : Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan kamu, dia suka shopping dengan kamu, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!
Contoh 5 :
Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi kamu, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. kamu pulak yang asyik call dia, kamu pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah saya? Apa yang saya dah buat?”
Isi hati lelaki : “It isn’t you! It’s me…hehe” – Ya, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat kamu, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara kamu membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!
Contoh 6 :
Kamu rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam kamu rindu kat dia? Confused! Confused!
Isi hati lelaki : RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! ;))
Contoh 7 :
Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan kamu makan dan minuman. Selalu belanja kamu dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat kamu dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari kamu. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat kamu? Adakah dia berminat dengan kamu, tapi MALU nak cakap?
Isi hati lelaki : YES, lelaki itu berminat dengan kamu tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you walaupun dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe JUST BEING NICE saja
Contoh terakhir :
Kamu sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI kamu confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilangkan diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal kamu gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap kamu dan mahu perbetulkan.
Isi hati lelaki : TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh saya nak berpisah dengan awak!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat kamu dia tak suka, atau dia dah bosan dengan kamu? nanti kamu melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha
So..that simple lelaki ni...Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat kamu. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.
Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu
IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? So tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe