10 Julai 2012

Kueh Buah Melaka @ Onde-onde

Hai kenkawan..
entry kali ni masih lagi pasal makan..he..he..he, Nasib baik la bukan part yang aku suka pergi "jalan-jalan cari makan".Kalau part yang tu..hurmmm..memang semuanya tentang makanan je la jawapanya dalam blog ni.Aku adalah pencinta makanan taw..peace!
Walaupun balik kerja dah lambat tapi still sempat lagi nak buat kueh ni tengah-tengah malam. Ni la namanya kalau dah gatal tangan asyik nak masak dan terperuk kat dapur..hukhuk *buat muka manja.
Amatla senang nak membuat kueh buah melaka ni ye kenkawan kalau tak silap aku ada jugak yang panggil kueh onde-onde.Aku tak tahu la kenapa di panggil kueh buah melaka,ada kene mengena dengan MELAKA ke.? cuma yang aku tahu kueh ni bila masak akan timbul keatas..macam satu teka-teki ni,
"banyak-banyak buah,
buah ape bila masak jatuh keatas bukan kebawah?"
(eh..betul ke ni.? belasah je la..ha..ha..ha..)
Abaikan..jom cuba,try dan test buat kueh ni,

Bahan-Bahan :
tepung pulut (ikut suka nak banyak mana)
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

Cara-cara :
- Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
- Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
- Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
- Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
- Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
- Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
- Siap untuk dimakan.

Comel-comel kan.? he..he..he

Therapy diri dengan memasak pasti akan menemui ketenangan.Best taw lepak kat dapur sebenarnya..nak pulak dapat dapur yang  macam dalam rancangan masak-memasak kat tv tu kan..ofcoze 24hr aku nak lepak kat dapur...hari-hari kepala ligat cari resepi nak memasak je kerjenya..dapat plak future husband yang suka makan..fuhh,confirm sihat tubuh badan..ha..ha..ha..chaiyok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..