23 Julai 2012

Agar-agar Roti Butterscotch

Hai..salam ramadhan,
Dah masuk hari ke-3 kita berpuasa..insyaALLAH,
So..aku nak share sikit misi aku kali ni iaitu "Agar-agar roti butterscotch"
Sedap!bila masuk mulut terus lebur..hehehe..
Dan kalau nak tahu jugak agar-agar ni aku buat untuk dijual kat bazar ramadhan (seksyen 20&seksyen 17).
Memula niat cuma nak buat hujung minggu je tu pun just nak letak kat tempat kakak ipar aku niaga tapi last minit dia tak jadi...barang dah beli..kesudahannya aku letak kat gerai anak sedara kawan baik aku.Tapi masa tu niat still lagi untuk hujung minggu,
alih2 dapat permintaan suruh buat agar-agar ni hari2..kuih takpe la hujung minggu je.
so, aku pun buat je lagipun senang..lepas balik kerja boleh buat sambil-sambil melayan tv.
Apa lagi jom cuba,try test ye kawan-kawan,

Bahan-bahan A :
6 keping roti butterscotch (aku guna 4 keping je)
1 tin susu cair
1 biji telur
1 sudu essen vanilla

Bahan-bahan B :
20g agar-agar (rendam dan toskan)
6-6 1/2 cawan air
1 cawan gula (boleh kurangkan manis)
3 sudu besar susu pekat (tak nak letak pun takpe)

Cara-caranya :
1- Satukan semua bahan A dan biarkan sehingga kembang.Kemudian blender bahan A tadi dan ketepikan
2-Masakkan bahan B (air+agar-agar).Kemudian masukkan gula dan kacau hingga sebati.
3-Masukkan bahan A tunggu hingga mendidih dan padamkan api
4-Bahagikan kepada 3 warna (ikut citarasa lagi banyak warna lagi menarik).
5-Masukkan kedalam loyang selang seli sehingga habis.
6-biarkan sejuk dan boleh masukkan kedalam peti sejuk.

Menarik kan.?

Yang Dah Siap dipotong


Apa lagi cepat-cepat beli barang dan buat.Sangat sedap bila dimakan sejuk-sejuk.
Selamat mencuba..chaiyok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..