20 Julai 2012

Azam Bulan Ramadhan

Hai,
Wahhh..pepagi dah update blog dan menaip..makan gaji buta betul la kan aku ni..hehe,
Sepertimana yang kita semua tahu..esok umat islam seluruh negara akan menyambut
BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.
Waktu dah saat ini (cewah!) aku sangat rindukan arwah mak dan abah aku.Ni gara-gara aku tengok cerita malam tadi 7Ramadhan kat TV3.Pastu mula la touching lelebih..sapa yang pernah lalui apa yang aku lalui je dapat rasa apa yang aku rasa.Sampaikan aku rasa macam nak telefon arwah mak dan abah aku untuk bagitahu yang aku rindu sangat dekat diorang (berapa banyak rasa da.?).
Semalam,dalam perjalanan aku nak balik rumah,
Kat suria.fm..Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood ada berpesan:
"sekiranya kita rindu pada ibu bapa kita apetah lagi mereka sudah tiada..rasa rindu sangat pada mereka..anak2 perbanyakkanlah beristighfar ye..secara lansung ibu bapa kita dan kita akan dianugerahkan pahala..insyaALLAH,
Maniskan iman,Maniskan senyuman"
(lebih kurang macam tu la bunyinya..hehe)
 
 
Aku pernah janji tak nak menangis lagi tapi aku tak tahu macam mana air mata aku boleh jatuh.
Dan aku tahu ramai yang kecil hati dengan aku..sebenarnya aku bukan berdendam cuma aku nak menjarakkan diri daripada disakiti oleh orang2 yang pernah melukakan a.k.a menguriskan hati aku.
Sebab hati aku sangat sensitif dan mudah terluka.Aku takut bila aku terluka aku pulak akan melukakan hati orang lain jadi jalan yang terbaik,aku berdiam diri atau menjarakkan diri dalam kata lain menjauhkan diri buat seketika.(kira merajuk la ni ye..hehe)
Bila aku rasa aku bersendirian (sebenarnya aku tak pernah bersendirian..ALLAH sentiasa ada bersama aku) aku akan perbanyakkan membaca Surah Yassin.Dengan cara macam tu je aku dapat melepaskan rindu dan menenangkan hati aku.
Azam untuk bulan puasa ni pun..kalau boleh aku nak bangun tengah malam..nak khatam
Al-Quran..boleh ke.? insayaALLAH..walaupun agak perlahan membaca sebab dah lama tak mengaji tapi aku kan cuba jugak..chaiyok!
(Asyik baca surah Yassin je setiap kali lepas solat)


ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

 kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang selalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan kunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
Pada-Mu

Aku bukan mencari yang sempurna..cukup sekadar DIA yang dianugerahkan dapat menjadi imam buat aku.Dan sama-sama belajar memperbaiki apa yang kurang serta dapat mendidik aku menjadi lebih sempurna.Amin!
Mudah2an aku lebih tabah dan cekal dalam menharungi kehidupan seorang diri~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..