Apabila sudah mula kenal, kamu ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya.Namun adakalanya kamu hanya menyimpul impian.Jejaka yang kamu minati itu umpama *main tarik tali*. Dia nampak seperti menyenangi kamu tetapi sebenarnya dia hanya menganggap kamu tidak begitu istimewa di hatinya.
Berikut adalah tanda-tanda si jejaka yang sebenarnya *menolak* pelawaan kamu untuk menjadi pasangan kamu. Kalau kamu sudah terlihat tanda begini berhati-hati..jangan terlalu menaruh hati.
1. Dia tidak membalas panggilan kamu
Siapa yang tidak riang bila si dia menelefon.Sekalipun hanya bertanya khabar berita ia sesuatu yang ditunggu-tunggu.Tapi tatkala kamu menelefon dan dia mengelak menjawabnya ia petanda awal kamu bukanlah istimewa sangat. Lebih buruk jika kamu meninggalkan mesej dan dia tidak membalasnya.
2. Dia cuba menjodohkan kamu dengan kawannya atau orang lain
Jika kamu menyuarakan isi hati tiba-tiba si jejaka memberitahu kamu nampak sepadan dengan kawannya atau si polan dan si polan. Dia makin bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan kamu bahawa kamu tersilap memilihnya. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan kamu.
3. Tiada bahasa tubuh
Selain kata-kata,bahasa tubuh memberikan banyak petanda. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia. Kalau tiada semua itu, bermakna kamu hanya kawan biasa baginya.
4. Menolak pelawaan kamu dengan baik
Apabila sudah sayang sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan kamu tatkala kamu mengajaknya keluar faham-faham sajalah penting atau tidak kamu di sisinya.
5. Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat
Dari salam perkenalan kamu ingin menjalin perhubungan yang lebih erat. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati. Namun kalau dia sudah menolak kamu awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius fahamlah sendiri maksudnya.
6. Dia berikan perhatian lebih kepada kawan kamu.
Dalam satu sesi perjumpaan bersama kawan-kawan tatkala kawan kamu membuat lawak si dia beria-ria ketawa seakan memberitahu menyenangi lawak tersebut. Malah setiap kali kawan kamu membuka mulut si dia nampak begitu tertarik. Tapi saat anda bercakap si dia kurang memberikan perhatian malah sering memotong percakapan kamu dengan sepantas mungkin.
7. Dia bercakap tentang wanita lain
Si dia tidak begitu teragak-agak bercerita tentang wanita lain di hadapan kamu setiap kali kamu keluar berdua.Si dia akan mengatakan dia begitu tertarik dengan karisma si dia tanpa langsung mempedulikan perasaan kamu. Jika inilah hal yang berlaku faham sajalah siapa kamu disisinya. Lebih baik jangan terlalu perasan!
8. Dia sentiasa bawa kawan bersama
Bayangkan situasi kamu setiap kali kamu mahu mengajaknya keluar, si dia bersetuju dengan pelawaan kamu itu. Dia bertemu kamu tetapi malangnya dalam pertemuan tersebut dia turut membawa kawannya bersama. Ini menunjukkan dia bukan jenis mahu menghampakan perasaan kamu dan sebab itulah dia bersetuju membawa kawan menemaninya. Kamu pula tidak boleh marah-marah sebaliknya perlulah sedar dia bukannya mahu keluar dengan kamu.
9. Si dia tidak memperkenalkan kawan-kawannya atau berkenalan dengan keluarga kamu
Satu lagi petanda bahawa si dia tidak berminat untuk meneruskan perhubungan dengan kamu adalah apabila si dia tidak pernah mahu memperkenalkan siapa kawan baiknya kepada kamu.Dia mungkin boleh berbual atau berborak dengan kamu tetapi dia tetap menyembunyikan kawan-kawannya dari kamu. Begitu juga bila si dia sikit pun tidak mahu mengenali serba sedikit tentang keluarga dan latar belakang kamu. Bermakna si dia memang tidak berminat pun untuk mengenali kamu dengan lebih dekat.
10. Dia tolak pelawaan anda keluar
Ini mungkin perkara akhir yang perlu kamu ambil perhatian.Setiap kali kamu mengajaknya keluar, si dia sengaja memberi pelbagai alasan asalkan tidak keluar dengan kamu. Justeru itu, kalau 10 kali kamu mengajaknya tetapi cuma sekali dua disambut itu bermakna dia tidak berminat langsung dengan kamu.

Pernah mengalami situasi diatas.? Ape lagi renung-renungkan dan selamat beramal..hikhik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..