Bila ALLAH cepat makbulka doamu, Maka DIA menyanyangimu.. Bila ALLAH lambat makbulkan doamu, Maka DIA mahu mengujimu.. Bila ALLAH tidak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.. Oleh itu, Sentiasalah berprasangka baik kepada ALLAH dalam apa jua keadaan pun.. Kerana, KASIH SAYANG ALLAH itu mendahului kemurkaan-NYA. sometime, people choose to leave not because of selfish reason but they just know that things will get worse if they stay.
11 September 2012
10 Petanda DIA Jodoh kamu
Apabila bersama masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kamu :
1. Bersahaja
bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian,cara percakapan,cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Jawapan : Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang bila bersama,kamu dapat mengesan yang dia sedang berlakon.Tapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat maka dia adalah calon hidup kamu yang sesuai.
Jika tidak apa lagi mungkin bukan jodoh kamu.
2. Selesa dan Senang bersama
Bila selalu bersamanya tidak ada sedikit pun perasaan bosan,jemu atau tertekan dengan diri kamu.Semakin hari semakin sayang kepadanya.Kamu sentiasa tenang,gembira dan dia menjadi pengubat duka kamu.
Jawapan : Dia juga merasainya.Rasa senang dan selesa bila bersama.Apabila berjauhan terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kamu lakukan dia tidak ambil peduli seboleh-bolehnya biarkan ia berlalu dan terkubur dengan sendirinya tanpa perlu diungkit kembali.
Jawapan : Dia juga tidak mengambil kisah siapa kamu sebelum ini. Yang penting siapa kamu sekarang.Biarpun dia tahu yang kamu pernah mempunyai kekasih sebelumnya dan dia tidak ambil hati langsung yang dia tahu kamu adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kamu.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kamu. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kamu dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kamu.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,kebahagiaan menjadi milik kamu. Apabila berjauhan,kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Jawapan : apabila tidak jujur sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kamu. Apabila dia jujur semakin hangat lagi hubungan cinta kamu.Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kamu selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh,sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Jawapan : Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kamu tidak berahsia apa pun kepadanya dan kamu pasti rahsia kamu selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kamu dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kamu dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara samada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting,kamu dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Jawapan : Kamu dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kamu senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kamu pada masa hadapan.Jika tiada kerjasama sukar bagi kamu hidup bersamanya kerana kamu yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang ada jodoh dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kamu sakit dia bawa ke klinik. Semasa kamu berduka dia menjadi penghibur. Apabila kamu mengalami kesusahan dia menjadi pembantu. Dikala kamu sedang berleter dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kamu dalam sebarang situasi tidak kira kamu sedang gembira ataupun berduka dia sentiasa ada untuk kamu.
Jawapan : Apabila dia sentiasa bersama kamu melalui hidup ini dikala suka dan duka,senang dan susah dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kamu.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kamu dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kamu.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kamu.
Jawapan : Apabila kamu dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kamu hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati..Kadangkala manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kamu dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kamu dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Jawapan : Apabila kamu yakin dengan pilihan hidup kamu tanyalah sekali lagi..Adakah dia ditakdirkan untuk kamu? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.Serahlah segalanya pada Yang ESA untuk menentukanya
10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya dalam memainkan peranan sebagai pelakon diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk insyaAllah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita buatlah keputusan sebaiknya.
Jawapan : Jika tidak tolaklah dia dengan baik. Semua yang kamu lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Fikir-fikirkankanlah adakah dia jodoh kita..?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..