09 Disember 2014

Cookies Homemade Ala Famous Amos

Hollaaa!!!!
Assalamualaikum,
Last weekend main masak-masak lagi..memandangkan My BFF ada bagi oven lama dia so ape lagi aku pun cuba try test la oven tersebut. Apa benda yang aku buat? Jeng..jeng..jeng..aku try buat cookies ala Famous Amos uolls :)
Then kat sini aku share kan resepinya >>>>>>

Bahan A
1/4 Cawan gula halus/Castor
1/2 Cawan gula perang
1/2 Cawan mentega
1 Biji Telur gred A/B
Sedikit Garam
1 Sd Susu Segar
1 Sdk Esen Vanilla
Bahan B
2 Cawan tepung gandum *diayak
1 Sdb Serbuk Koko *diayak
1 Sdb tepung jagung *diayak
1/2 Sdk soda bikarbonat *diayak
1 Cawan rata biji bunga matahari
1 Cawan rata choc chip
Nota : Juga boleh tambah oat/hazelnut or sebagainya mengikut selera masing-masing

Cara-Caranya :
- Satukan bahan A kedalam mangkuk besar.Pukul sehingga sebati menggunakan whisk
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan yang telah diajak tadi. Kacau sebati boleh gunakan spatula sahaja.
- Apabila semuanya sudah sebati boleh masukkan biji matahari dan choc chip.
- Setelah semuanya sebati boleh masukkan dulu kedalam peti sejuk dalam 30minit bagi mengelakkan cookies terlalu kembang/leper.
- Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat-bulat ke dalam loyang.
- Panaskan suhu 160'c (api bawah sahaja) dan masak selama 10minit

Untuk percubaan pertama ni cookies tak berapa nak comel-comel la..lagipun baru 1st time cuma oven ni.Itu pun dah kurangkan suhu dari 180'C ke 160'C bagi cookies jangan hangit...hahaha dan gambar dibawah adalah hasil percubaan pertama buat cookies.So raya nanti boleh main masak-masak..yeaaahhh!!
Apa-apa pun selamat mencuba!

picture from google



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..