13 Disember 2014

Berkelah Di Air Terjun Serendah


Assalamualaikum,
Ni nak gosip mak jemah sikit..hehe
Masa cuti Hari Kelahiran Sultan Selangor 11/12/2014 aku dengan my sis family pergi bermandi manda dekat Air terjun Serendah...siap bawa khemah dan nak ber BBQ kononnya..hehe
Air terjun serendah ni bagi aku okay la untuk yang ada anak-anak kecil. Airnya tidak terlalu dalam dan tidak deras.Kawasan tempat air terjun ni pun tak ramai sangat orang so..privacy dan selesa sikit..tak perlu nak berebut-rebut tempat untuk mandi..hehe
So jom layan >>>>>
Gazebo



Surau

Kami sampai sana agak lewat sedikit dalam 1.30ptg sebab abang ipar ada perkara perlu diselesaikan.
Cuaca juga agak mendung..risau dalam hati hujan pasti turun membasahi bumi.Tapi kami buat hati kering je..haha nak mandi manda punya pasal.Memula sampai terus port tepi sungai, bila dah start macam renyai kami pindah bawah gazebo yang disediakan.Mandi punya mandi tak lama lepas tu air dah semakin keruh dan air terjun pun semakin deras..jadi kami naik dan bersiap-siap untuk tukar baju and berangkat pulang.

2 ulasan:

Sila tinggalkan jejak anda disini..