" Kamu adalah apa yang selalu aku tulis,
Tetapi..Aku adalah apa yang tak pernah kamu baca dan faham,
Kerana..mengetahui isi hati seseorang adalah hal yang mustahil.
Tetapi..ia boleh tergambar melalui "sikap" dan "perkataan".
Ketahuilah..selalu yang membuatkan kita kecewa bukan disebabkan sikap seseorang,
Tetapi..sebab kita menaruh harapan terlalu tinggi terhadapnya "
Adakah anda faham maksud yang tersirat disebalik ungkapan diatas?
Kadangkalanya ada masa-masa hati kita sangat cepat terusik dan ada masa-masa yang kita akan menjadi seorang yang sangat tabah dan dingin.Apa yang aku nak luahkan dan kongsi ialah "KEKECEWAAN". Aku berharap supaya tidak mengungkapkan kata-kata yang akan menyakiti hati orang lain..memang kita berhak untuk berkata-kata..tapi jangan sampai ianya melukakan hati seseorang.
Mungkin sekarang ALLAH sedang ingin menguji tahap kesabaran aku dan mungkin juga ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku.
Masa dan peluang sudah banyak kali terbentang..jadi kenapa mesti menunggu masa yang terlalu lama untuk bertindak dan pasif? Bila sesuatu mula menghilang dari pandangan baru nak menghargai.Bagi aku senang je..if you don't want know about me..so for what I know and care about you? (ececeh speaking..entah betul entah tidak..haha). Tapi jangan pula sakit hati bila aku dah mula mendiamkan diri, menjarak dan bersikap dingin. Bukan bermakna tak nak memahami keadaan/situasi dan diri orang lain tapi siapa pula nak memahami keadaan diri aku?
Aku tak nak membuang masa dengan orang yang salah..aku rela menunggu untuk bertemu dengan orang yang betul. Apa yang mampu aku katakana.."aku sentiasa mendoakan kebahagian kalian".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..