Prasangka atau bersangka ialah pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh syak, berasa sangsi dan ragu-ragu.
Jadi bersangka ialah pendapat yang berdasarkan agakan, keraguan ataupun kesangsian,
Nampak atau tidak kita boleh memilih untuk bersangka baik jika kita mahu.Tetapi selalunya kita gagal untuk bersangka baik.Jadilah manusia yang sentiasa bersangka baik dengan apa yang berlaku disekeliling kita.Kita tidak akan rugi malah kita akan disenangi. Prasangka buruk boleh membuatkan ukhuwah dan silaturahir sesama kita renggang.
Ramai orang mudah berprasangka kepada orang lain.Pelbagai andaian yang dibuat dan kebanyakan prasangka timbul daripada hal yang remeh temeh.
Dalam agama juga melarang kita melakukan perkara yang menjejaskan dan merosakkan hubungan baik sesama manusia. ALLAH berfirman (surah Al-Hujuraat ayat 12) yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.Dan jangan lah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang"
ALLAH mengingatkan kita,
Sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang.Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan meluaskan lagi penyebaran maklumat yang boleh meracuni akal manusia.Kita perlu menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik-baik saja atau lebih baik berdiam diri.Dalam bergurau juga perlu dititik beratkan agar tiada pihak bersangka yang bukan-bukan tentang diri kita.
Jika kita tidak pasti dengan sesuatu hal jangan kita terlalu memikirkannya kerana memikirkan sesuatu yang kita tak pasti sering megundang prasangka buruk.Jadilah manusia yang positif dan sering berprasangka baik kerana sekiranya kita sentiasa berprasangka baik mampu membuatkan kita mengukir senyuman di hadapan semua orang.
Tak rugi kita bersangka baik sesama manusia daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa.Sematkan kedalam hati agar ALLAH menguatkan keimanan.In Sha ALLAH~
Walaupun kadang kala aku juga sukar untuk berprasangka baik terhadap orang lain..hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..