06 November 2012

Jalan-Jalan Cari Makan

HyE..
Entry kali ni pasal makanan..tengok badan la kan..naik bulat dan dibuatnya... :)
asyik makan je kerjanya...hehe
Sebab tu jugaklah aku dapat gelaran MOON (singkatan dari MONTEL)
Kali ni nak share sikit ngan korang..Rabu (31/10/2012) minggu yang sudah my beloved sister belanje makan kat RESTORAN MAKANAN CHINA MUSLIM MOHD CHAN ABDULLAH cawangan Klang Sentral.Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI.
Memang puas hati dah sedap sangat..memandangkan aku ni suka jalan-jalan cari makan so dapat la membandingkan makanan kat restoran ni dengan restoran-restoran lain. Masa dalam perjalanan nak ke sana hujan renyai-renyai dan semakin lebat bila kami tengah tunggu makanan..perut pun dah menyanyi-nyanyi lagu dangdut..haha
Dan disebabkan my beloved sister yang belanja jadi menu bulat-bulat diserahkan kepadanya untuk memilih..antaranya :

Tom Yam Campur RM15.00 (Small)

Butter Prawn RM25.00 (Standart)
Baby Kailan with Oyster Sauce RM13.00 (Small)


Untuk air tak sempat nak snap..dah lapar sangat..hahaha 
baca doa terus je makan..tak pandang kiri kanan..kuikui. Sebenarnya macam ada lagi satu menu tapi lupa nak snap jugak dan tak ingat aku makan ape.?
(tanda-tanda penuan..EH..apa kene mengena dengan ayat diatas.?)
Aku minum sirap bandung dan my beloved sister minum air teh bunga
Total untuk kami berdua makan dalam RM68 (termasuk air minuman & nasi putih)
Okay kan.? tak terlalu mahal kan.?..bagi aku kalau mahal sikit pun tak apa tapi berbaloi
banyak dan sedap!.
Untuk pengetahuan korang walaupun aku pilih small sebenarnya menu tu boleh makan untuk 3 orang.Ha..kira ok la kan.?
Apa lagi jom cuba try test~
 
Cawangan Klang Sentral Meru
23-25, Jalan KS 10/KU5,
Taman Klang Sentral,
Bukit Raja Meru,
41050 Klang,Selangor.

Tel  : 03 - 3341 9585
H/P : 012 -300 5629

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..