disini suatu hari nanti |
Setiap
yang hidup pasti akan mati,
MATI adalah rahsia ALLAH selain JODOH dan REZEKI. Ia hadir tanpa
mengira umur apabila saatnya sampai maka MATI tidak akan menunggu atau ditunda walau hanya untuk sesaat.
Apabila ibu atau bapa kamu sudah meninggal
dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah
dan bantuan terbaik yang dapat kamu berikan kepada mereka tanda kamu kasih dan sayang kepada
mereka?dan sebagai tanda penghargaan kamu sebagai seorang anak
yang soleh atau solehah?
Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Luqman Hakim bahawa seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi S.A.W mengenai :
"apakah jasa yang
boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal
dunia.?"
Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud :
“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala
amalannya kecuali tiga perkara iaitu :
1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2. Ilmu yang di manfaatkan dan
3. Anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kedua ibu bapanya.
Berdasarkan hadis di atas juga terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :
1. Sembahyangkan untuk mereka.
2. Mohon keampunan untuk mereka.
3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.
4. Eratkanlah sillaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
5. Muliakanlah teman-teman mereka.
6. Doakan kepada mereka setiap kali selepas solat
Selain itu juga selalu sedekahkan mereka :
- al-Fatihah
- surah al-Ikhlas
- surah al-Falaq
- surah an-nas
- surah Yasin
- surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka.
Sebaik-baik yang membacanya adalah kamu sendiri sebagai seorang anak..InsayaALLAH~
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada ALLAH S.W.T..Seusai selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam adalah waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kamu yang telah meninggal dunia supaya mereka tenang disana dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..AL-FATEHAH~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..