03 Ogos 2012

Carrot Cake Kukus

Hye,
Misi kali ini testing membuat carrot cake. Alhamdulillah menjadi..cuma tak berapa nak gebu je..hehe.At least habis jugak kene tibai dengan bebudak office,
So..apa lagi.? kek ni memang sedap taw..aku pun berapa kali ulang keluar masuk dapur makan..sampaikan sahur pun aku makan kek ni..haha
aku sertakan sekali resepinya tapi ni aku dah ubah suai sikit la..layannnnn~

Bahan-bahan:
3 1/2 - 4 cawan tepung
2 - 2 1/2 cawan minyak (nak sedap guna minyak jagung)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
lobak (diparut)
4 biji telur (sye guna 3 biji je)
1 sdk penaik

Cara-caranya :
- Ayak tepung dan sebuk penaik (ketepikan)
- pukul telur sebiji demi sebiji hingga kembang kemudian masukkan gula.Pukul sebati.
- Masukkan susu cair,susu pekat dan tepung sedikit demi sedikit secara selang seli.
-Akhir sekali masukkan lobak (masukkan ikut suka nak banyak mana) dan minyak. Gaul sebati
 (tak payah guna mixer pun tak pe)
- masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam


Aku nak buat lagi raya nanti..hehe,
Sedap beb..chaiyok!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..