Fuh...cuti-cuti malaysia je aku ni kn? tak pe la..aku akan round the world selagi boleh..haha
So..semalam aku dah plan ngn adik aku nak pegi bukit melawati + kelip-kelip kg.kuantan kat kuala selangor..Jadi ni la hasilnya..
|
Aku ngn Adik Aku
Aku ni kalau pergi mana-mana dengan adik aku ni je..ye la..orang tua dah tak ada..yatim piatu~ adik beradik plak buat hal masing-masing..al-maklum la dah berkeluarga semuanya.Jadi tinggal la kami dua batang kara ni.Yang bestnya kalau dengan dia ni orang akan cakap dia kakak aku adik..haha..saya suka!.Eh..sambung balik cite kat atas ni..masa nak naik bukit melawati ni kami sampai awal..dalam pukul 2.30ptg..terus je beli tiket,aku ambik yang package bukit Melawati + Taman ikan air tawar baru RM5 je..hehe |
|
Nasib baik sempat snap |
|
Tren yang bawa naik atas
Kalau hari biasa kenderaan luar dibenarkan masuk tapi kalau sabtu,ahad dan cuti umum kene naik tren ni..Dah naik macam tak nak turun..nak pusing lagi satu round..hahaha |
|
Sambil tunggu tren datang pick up..dating dulu..haha |
Balik dari Bukit Melawati aku terus drive menuju ke kelip-kelip kg.kuantan.Kitorang sampai awal(asyik awal je)..dalam kul 6.30ptg so aku masuk dulu untuk snap sekeping dua yang menarik hati.Kaunter tiket buka pukul 7.45mlm,masa sampai tadi aku rasa aku ngn adik aku je..makin nak malam makin ramai plak..mahu tak ramai aku tengok sampai 5 buah bas park kat luar tu.Japan..korea..mat salih..pelajar U..semua ada..macam2 bau jadinya..hukhuk.Satu boat RM40..so kalu u all datang berdua je...agak rugi la..sebb kat sana tiket ikut boat..bukan kira kepala. Macam aku punya kes..agak bernasib baik sebab ada la kakak ni ngn anaknya pun datang berdua je so..kami naik je sekali..tak la rugi la kan..huhu
|
Suasana petang di kelip-kelip kg.kuantan
|
Senja nan merah |
Bila senja melabuhkan tirai je..semua dah beratur tunggu turn nak naik sampan.kelip-kelip tak suka pada cahaya dan bunyi bising.Jadi tak dibenarkan ambil gambar atau membuat bising.Bila tengok dari dekat macam pokok krismas! cantik sgt~ tapi tak puas tengok sebb ramai lagi yang tengah tunggu nak naik sampan..so..abang tu bawa kami satu pusingan je yang tak sampai 10 minit..huhu..lain kali nak repeat lagi pergi sana..(tapi entah bila..haha)
So.. next destination ialah Vietnam..Ho Chi Minh City..tungguuuu~ |
COOL
BalasPadam