18 April 2012

Andai Ini Takdir-Nya

Hye..pepagi dah update bloq..bukan apa..tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni hati dan perasaan aku rasa lain..kenapa ye? RINDU?..hurmm..hari2 rindu..rindu kat arwah mak..arwah abah terchenta..
Haissshhhh..sebenarnya KESUNYIAN melanda diri..dah masanya aku perlukan perhatian...tapi sesungguhnya TUHAN tu lebih tahu apa yang terbaik untuk diri aku.Walaupun hati ni kadang kala terlalu rasa jauh hati dan selalu mengeluarkan soalan diluar keimanan bermain diminda..kenapa aku tak boleh dapat ape yang orang lain dapat? apa yang orang lain dapat tapi aku tak dapat..haha? KEGEMBIRAAN dan KEBAHAGIAN KASIH SAYANG sebuah keluarga.Nak merasa pelukan seorang mak..nak merasa sokongan seorang ayah...dan suka duka bersama adik beradik.Boleh ke aku dapat semua tu.? tamak sehh~ sedangkan ini yang selalu aku minta setiap kali lepas solat dan juga kurniakan aku seseorang yang boleh terima aku seadaanya.

Kurus : Debab..bila ko nak kurus macam aku ni.?
Debab : kenapa? ko malu nak kawan ngn aku ke?
Kurus: Sekurang-kurangnya bila kau kurus tak la la jauh beza sangat dengan aku.
Debab : kalu macam tu aku tak nak kurus la..takut nanti bila aku kurus aku hanya kawan dengan orang2 yang kurus aje.
Kurus : cuba ko tengok kurus dengan debab mane sesuai.? jadi kau cepat2 la kurus.
Debab : aku tetap dengan keputusan aku..aku tak nak kurus..kalau kau nak kawan dengan aku kau kenalah terima aku seadaanya dan aku berkawan tak memilih kurus atau debab.
kurus : kalau mcm tu kau jangan menyesal
Debab : aku tidak pernah akan menyesal cuma apa yang aku kesalkan..dalam persahabatan @ perhubungan mengapa perlu kita membina jurang dan memilih? bukan DEBAB atau KURUS yang menentukan kebahagiaan seseorang.

Diam tak diam dah setahun kawan ngn MR.D..tapi macam aku je yang excited.Entah la..mungkin sebab sebelum ni terlalu penat menunggu (3/4 tahun tu..hukhuk) jadi bila situasi tu terlalu slow dan tiada warna2 keceriaan membuatkan aku terasa hati sendiri..aku yang banyak cari dia..aku yang selalu memulakan sesuatu bicara..aku yang selalu wish morning n nite dan aku jugak yang selalu menebalkan diri aku mempelawa untuk BERDATING dengan MR.D...tiba2 si hati bertanya dengan si minda..dalam keadaan masa dan usia yang macam ni perlu ke lagi membazir waktu mensia-siakan peluang yang datang?.Keputusan bukan ditangan aku..walaupun TUHAN terbitkan rasa kasih dan sayang dalam hati ni tapi seseorang tu tidak memandang dan memilih kita tetap kasih dan sayang tu akan terbiar tanpa disambut.Atau hakikatnya MR.K masih dalam hati aku walaupun dia dah berbahagia bersama insan yang dikasihi..dah ada anak pun..hehe.Dalam hati memang penuh dengan MR.K tapi dalam masa yang sama aku cuba membuka pintu hati yang lain untuk MR.D atau orang lain (ada ke orang lain?), jodoh adalah ditangan TUHAN, aku hanya meminta waktu yang ditetapkan akan tiba..sebagai umatnya aku perlu bersedia sekiranya itu yang aku mahukan.
Laman FB semakin jarang untuk di update..Sms dari si MR.D juga dah kurang..ye la dah kalau aku senyap jangan di tunggu la MR.D yang nak hantar sms dulu..:(
Last aku jumpe MR.D masa dia ajak aku g kenduri rumah kawan dia.Lepas tu dah tak de..ada juga aku ajak jumpe tapi tu la..mcm banyak sangat alasan je..Aiyak!..cakap je la NAK/TAKNAK or YA/TAK tu je aku nak dengarnya pun..Pastu mula terpikir entah2 dia ajak g kenduri tu bersebab..haha.Lupakan je la..aku je yang excited! Bukan tak perasan pun dari dulu lagi kan? dah kata nak kawan2 kot..jadi apa masalahnya? Keputusan sudah diambil,nak ngn tak nak kenelah terima yang aku akan kembali menyepi..lalui hari2 aku tanpa memikirkan MR.D kalau dah itu yang dia mahu..chaiyok2~

P/S diri sendiri : Aku je yang merindu sedangkan diri aku sikitpun tak dirindu..hukhuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..