30 April 2012

Rumput Dan Kasih Sayang

Rumput dan Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi...Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya,apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,maka barulah kita mulakan sekali lagi.Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.
SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!! (ada ke.?..huhu)

Renung-renungkanlah.....

26 April 2012

Forgive Everyone For Everything

Bab Satu,
Takde apa yang nak di story morry kan..but..sejak kebelakangan ni penyakit MLS telah melanda beb..Semuanya MLS..pastu dapat lak orang2 yang banyak alasan..haha..memang tak ku layan la..
Garangnya..bukan la tapi penat..kalu betul serius nak kan sesuatu daripada sesuatu (Eh..macam ne tu.?) kene la usaha kan.? bukan setakat dok atas sejadah dan memanjatkan doa meminta itu dan ini tapi tak reti usaha..ingat semua benda datang bergolek.? memang hampehkelapa.com la wey..pastu nak benda semua depan mata..haru! Pastu merapu-rapu..padahal aku tanye nak/tak nak je..


Bab kedua,
Pompuan ni memang senang dan cepat suka atau sayang kan sesuatu..SUKA,SAYANG,KASIH dan CINTA masing2 mempunyai maksud yang berbeza.SUKA dan SAYANG ni senang sangat hadir dalam hati tapi KASIH dan CINTA sangat sukar untuk ditemui.Sekali KASIH dan CINTA selamanya abadi dalam hati..kadangkala sampai bertahun-tahun lamanya untuk mencari penganti.(macam aku je..hukhuk)

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja


Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda
Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa

Bab Ketiga,
Hehehe..ni kisah 4 tahun dulu..so sekarang hati ni macam dingin dan beku..bukan macam keyh..tapi memang!..apatah lagi pe'el LELAKI/MANUSIA/POMPUAN yang banyak sgt kerenahnya..tu baru banyak kerenah..belum yang banyak ALASAN, tak payah la susah-susah nak jawap panjang2..jawap je NAK/TAKNAK dan YA/TIDAK..yang lain-lain tu belakang kira.So aku malas nak layan kalu yang bukan2 ye makcik!

Kesimpulan : Semua cerita kat atas ni ada kene mengena dengan ALASAN..hukhuk

P/S : Sekarang niat aku cuma satu "CINTA KU HANYA UNTUK YANG HALAL = BAKAL SUAMI"..insyaALLAH

20 April 2012

Ambillah waktu untuk..

Salam Jumaat..~ yeahhh!
Bangun dari tidur rasa macam ada semangat baru selepas beberapa hari menyepi dan muhasabah diri.Sebenarnya aku mencari jawapan...walaupun masih dalam keadaan samar2 but still pending sampai sekarang.Jadi aku bukakan akal dan minda..think positif! atas dasar persahabatan aku akan teruskan..dalam masa yang sama dalam hati berdoa kalau DIA yang dipertemukan ini bukan untuk aku perjauhkan dan hindarkan la diri aku dari dirinya dan janganlah ENGKAU menerbitkan kasih dan sayang dalam hati yang terlalu mendalam..cukupla sekadar sayang seorang kawan.

Pejam celik pejam celik..dah nak hujung bulan april la..pastu masuk bulan mei pulak..pastu bulan jun..pastu bulan julai..ramadhan!..aiyak berapa banyak pastu.?..sekejabnya masa berlalu..terpaksa redha kalau tahun nie masih tiada apa2 perubahan..insyaALLAH..bila kita SABAR..pasti TUHAN akan hadiahkan kita sesuatu..

Cantik di Hati~
- Ambillah waktu untuk berfikir..itu adalah sumber kekuatan
- Ambillah waktu untuk bermain..itu adalah rahsia daripada masa muda yang abadi
- Ambillah waktu untuk berdoa..itu adalah sumber ketenangan
- Ambillah waktu untuk belajar..itu adalah sumber kebijaksanaan
- Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai..itu adalah hak istimewa yang diberikan oleh ALLAH
- Ambillah waktu untuk bersahabat..itu adalah jalan menuju kebahagiaan
- Ambillah waktu untuk tertawa..itu adalah muzik yang menggetarkan hati
- Ambillah waktu untuk memberi..itu adalah membuat hidup terasa bererti
- Ambillah waktu untuk bekerja..itu adalah nilai keberhasilan
- Ambillah waktu untuk beramal..itu adalah kunsi menuju ke syurga..InsyaALLAH.


19 April 2012

Gadis Isnin

Hidup ibarat di dalam sangkar
Mata terlepas batin ku terseksa
Rindu membara dan kian membakar
Dipinggir hati yang sengsara
Masihkah dapat aku hiaskan
Cintamu itu di taman hatiku
Kepada tuhan ku terus berdoa
Agar kembali ketenangan
Walaupun kusedari hebatnya dugaan
Namun hatiku menaruh harapan
Seringkali ku terasa inginnya ku ulangi
saat yang indah bersama dirimu
Kasih yang bersarang dihati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung semula ikatan yang telah putus dulu
Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu...

(Al-fatehah buat arwah mak,Arwah abah,Arwah abang dan juga Arwah pakcik..alfatehah~)


Ciri-ciri yang ada kene mengena dengan aku:

18 April 2012

Andai Ini Takdir-Nya

Hye..pepagi dah update bloq..bukan apa..tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni hati dan perasaan aku rasa lain..kenapa ye? RINDU?..hurmm..hari2 rindu..rindu kat arwah mak..arwah abah terchenta..
Haissshhhh..sebenarnya KESUNYIAN melanda diri..dah masanya aku perlukan perhatian...tapi sesungguhnya TUHAN tu lebih tahu apa yang terbaik untuk diri aku.Walaupun hati ni kadang kala terlalu rasa jauh hati dan selalu mengeluarkan soalan diluar keimanan bermain diminda..kenapa aku tak boleh dapat ape yang orang lain dapat? apa yang orang lain dapat tapi aku tak dapat..haha? KEGEMBIRAAN dan KEBAHAGIAN KASIH SAYANG sebuah keluarga.Nak merasa pelukan seorang mak..nak merasa sokongan seorang ayah...dan suka duka bersama adik beradik.Boleh ke aku dapat semua tu.? tamak sehh~ sedangkan ini yang selalu aku minta setiap kali lepas solat dan juga kurniakan aku seseorang yang boleh terima aku seadaanya.

Kurus : Debab..bila ko nak kurus macam aku ni.?
Debab : kenapa? ko malu nak kawan ngn aku ke?
Kurus: Sekurang-kurangnya bila kau kurus tak la la jauh beza sangat dengan aku.
Debab : kalu macam tu aku tak nak kurus la..takut nanti bila aku kurus aku hanya kawan dengan orang2 yang kurus aje.
Kurus : cuba ko tengok kurus dengan debab mane sesuai.? jadi kau cepat2 la kurus.
Debab : aku tetap dengan keputusan aku..aku tak nak kurus..kalau kau nak kawan dengan aku kau kenalah terima aku seadaanya dan aku berkawan tak memilih kurus atau debab.
kurus : kalau mcm tu kau jangan menyesal
Debab : aku tidak pernah akan menyesal cuma apa yang aku kesalkan..dalam persahabatan @ perhubungan mengapa perlu kita membina jurang dan memilih? bukan DEBAB atau KURUS yang menentukan kebahagiaan seseorang.

Diam tak diam dah setahun kawan ngn MR.D..tapi macam aku je yang excited.Entah la..mungkin sebab sebelum ni terlalu penat menunggu (3/4 tahun tu..hukhuk) jadi bila situasi tu terlalu slow dan tiada warna2 keceriaan membuatkan aku terasa hati sendiri..aku yang banyak cari dia..aku yang selalu memulakan sesuatu bicara..aku yang selalu wish morning n nite dan aku jugak yang selalu menebalkan diri aku mempelawa untuk BERDATING dengan MR.D...tiba2 si hati bertanya dengan si minda..dalam keadaan masa dan usia yang macam ni perlu ke lagi membazir waktu mensia-siakan peluang yang datang?.Keputusan bukan ditangan aku..walaupun TUHAN terbitkan rasa kasih dan sayang dalam hati ni tapi seseorang tu tidak memandang dan memilih kita tetap kasih dan sayang tu akan terbiar tanpa disambut.Atau hakikatnya MR.K masih dalam hati aku walaupun dia dah berbahagia bersama insan yang dikasihi..dah ada anak pun..hehe.Dalam hati memang penuh dengan MR.K tapi dalam masa yang sama aku cuba membuka pintu hati yang lain untuk MR.D atau orang lain (ada ke orang lain?), jodoh adalah ditangan TUHAN, aku hanya meminta waktu yang ditetapkan akan tiba..sebagai umatnya aku perlu bersedia sekiranya itu yang aku mahukan.
Laman FB semakin jarang untuk di update..Sms dari si MR.D juga dah kurang..ye la dah kalau aku senyap jangan di tunggu la MR.D yang nak hantar sms dulu..:(
Last aku jumpe MR.D masa dia ajak aku g kenduri rumah kawan dia.Lepas tu dah tak de..ada juga aku ajak jumpe tapi tu la..mcm banyak sangat alasan je..Aiyak!..cakap je la NAK/TAKNAK or YA/TAK tu je aku nak dengarnya pun..Pastu mula terpikir entah2 dia ajak g kenduri tu bersebab..haha.Lupakan je la..aku je yang excited! Bukan tak perasan pun dari dulu lagi kan? dah kata nak kawan2 kot..jadi apa masalahnya? Keputusan sudah diambil,nak ngn tak nak kenelah terima yang aku akan kembali menyepi..lalui hari2 aku tanpa memikirkan MR.D kalau dah itu yang dia mahu..chaiyok2~

P/S diri sendiri : Aku je yang merindu sedangkan diri aku sikitpun tak dirindu..hukhuk

17 April 2012

Kawan Atau Kekasih a.k.a Teman Istimewa.?

Di sini aku akan senaraikan perbezaan buat kamu semua antara kamu menjadi pasangan kekasih atau hanya berkawan sahaja. Berkawan disini bermaksud dalam lain jantina.

1. Menjadi pasangan kekasih harus setia pada yang satu. Menjadi kawan pula tidak kisah berapa banyak kawan berjantina lain yang kita ada, tiada sesiapa yang akan berkata apa-apa.

2. Menjadi pasangan kekasih harus saling memahami antara satu sama lain. Menjadi kawan pula tidak faham hati dan perasaan orang lain pun masih boleh terus berkawan dengan elok.

3. Menjadi pasangan kekasih perlu ada masa untuk kekasih. Menjadi kawan pula, saling tidak menegur selama sebulan pun tidak ada masalah.

4. Menjadi pasangan kekasih tidak boleh marah-marah kepada kekasih. Menjadi kawan pula, kalau kena marah pun nanti boleh elok sendiri.

5. Menjadi kekasih harus ada duit. Menjadi kawan, tak ada duit pun boleh berkawan dan mungkin tidak ada rasa nak beli sesuatu untuk kawan seperti kekasih.

6. Menjadi kekasih memerlukan pengorbanan dari segi jiwa dan perasaan yang kadang-kadang sering terguris. Menjadi kawan kita tidak akan memberikan perasaan kepadanya melainkan hanya perasaan kasih kepada rakan.

7. Menjadi kekasih “MESTI” sentiasa berhubung, jadi kita akan selalu dengar ayat, “dah makan?”, “dah tido?”, “i love u”, “sayanggggg”. Menjadi kawan mungkin ayat yang dikeluarkan tidak sama untuk hari berikutnya.

8. Menjadi kekasih perlu ada perasaan antara satu sama lain. Menjadi kawan tidak memerlukan perasaaan cinta antara satu sama lain.

9. Menjadi kekasih harus tabah dengan kerenah kekasih kita. Menjadi kawan, tidak perlu risau akan itu, kalau dah meluat dengan perangai dia, cari kawan baru.

10. Menjadi kekasih mesti boring pujuk-memujuk. Menjadi kawan, tak payah pujuk pun esok dia okay la tu.


Jadi, kalau kamu tak mahu rasa seperti yang aku tuliskan seperti di atas, baik korang stay single. Tetapi ada pasangan kekasih pun okay sebenarnya, tetapi yang paling penting adalah saling memahami antara satu sama lain.Jangan "MENTIDAKKAN" apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH..Fikir-fikirkan dan selamat beramal..hikhik

Mungkinkah?

Seperti ada yang tak kena
Di saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak terasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah
Kita akan bersama
Ooooo...mungkinkah.?

Ada jawapan tak dari lagu kat atas.? mesti la tak ada sebab masa yang ditetapkan belum sampai..SESEORANG yang diutus oleh-NYA belum tiba.Jadi bersabar dan terus bersabar dalam mencari kebahagiaan diri sendiri.Tahu ape yang sekrang tengah aku rasa.? Rindu sangat kat arwah mak dan abah sampai rasa nak telefon dan mengadu suka duka yang aku lalui..Memang..memang tak semua orang tak dapat rasa apa yang aku rasa melainkan orang tu melalui sendiri apa yang aku lalui.Bukan ingin meratapan kesedihan..yang pergi tetap pergi tapi yang menambahan kesedihan aku ialah aku asyik berjumpa dengan orang yang salah.Tapi aku pun sepatunya lebih bersyukur...rasanya lebih ramai yang malang kat luar sana dan terpesong dari landasan asal.TUHAN baru uji aku sikit..TUHAN tak kan uji seseorang tu diluar kemampuan dirinya.
SABAR+DOA+TAWAKAL=BERSERAH..insyaALLAH!

16 April 2012

Kenapa tetibe rasa jauh hati.?


Hurmmm..tak tahu sebenarnya nak update apa..tapi hati ni tetiba rasa sayu dan jauh hati bila terpandangkan sesuatu benda tadi..terus rasa nak nangis,cemburu,sedih..macm2 la..kenapa??
aku pun tak tahu kenapa.Haiihh~ aku jer yang over kot!

Dikamar ku menyepi
Hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya
Hidup dalam penantian
Ditabir tirai malam
Ada insan kesepian, keseorangan...

Dan setiap detik yang ku lalui
Seluruh malam ku membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana

Mengapa harus kita ditemukan
Di saat jiwaku keresahan
Apakah aku satu persinggahan
Mengubat rindu...


Hehehe..dengan lagu ni aku luahkan semuanya..susahkan.? aku bukan desprate tapi situasi aku yang membuatkan aku perlukan pelindung dan penjaga untuk menjaga aku.Salah ke bila aku tanamkan niat mcm tu dalam hati aku.? Dan kalau boleh tak nak la buang masa lagi..tapi ye la..berapa lama pun kita cuba mengenali & memahami seseorang,kalau dah memng ditakdirkan dia bukan untuk kita tetap kita takkan kenal & faham akan dirinya.Sometimes aku penat dan letih nak melayan kerenah yang entah apa-apa entah.Apa yang di nakkan pun aku tak tahu.Atau hati aku yang memng beku dan dingin? Atau ciri-ciri yang diinginkan takde pada diri aku.sekarang ni (Sambil menaip) hati aku tengah gunda gulana..sayu je siot..(tahan nangis).Macm mana aku nak cakap ye.? Nak bg korang rasa apa yang aku rasa? Atau aku kene tengok balik blog aku yang lepas-lepas "TUHAN SEGAJA TEMUKAN KITA DENGAN ORANG SALAH". Kalau malas nak mencari cinta ikut je kata orang tua..tapi orang tua aku pun dah takde..mcm mana? haa' jawapla!..hukhuk
Asal la kisah aku ni tak mcm cite2 yang dalam novel tu eak? berlanggar bahu tup2 hidup bahagia.Tu novel la sayang..hanya dunia fantasi penulis..walaupun ada yang di ambil dari kisah sebenar.
Bukan apa..bila aku dan cuba buka salah satu pintu hati aku ni tapi dibiarkan terbuka tanpa diketuk takut nanti aku akan tutup kembali dan kunci..kunci plak campak jauh2..tak suka bila perasaan ni dibelenggu dengan persoalan yang tiada jawapan.TENSION dan tertekan~
Asyik benda yang sama je..berapa lama nak macam ni.?? hurmmm...serah pada yang SATU..amin~


13 April 2012

Tapi Bagaimana Nak Ku Katakan Padanya.?

Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembunyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta


Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik/handsome
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik



Hingga cinta jadi kematu
Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini



P/S : Tak suka pada sesuatu yang tak pasti..yakinlah satu hari nanti pasti ada yang akan menghargai kamu..=)

12 April 2012

CSL G10 vs SAMSUNG GALAXY Y PRO (GT-B5510)

CSL G10
Ni handphone aku yang dulu..full touchscreen..memang best cuma brand tu yang tak best..dan mejoritinya orang pandang sebelah mata je handphone aku tu..hekeleh~
(sebelah mata pun ada alarm azan taw..so bila aku terlupa tu kenkadang benda tu yang tolong ingatkan aku..alhamdulillah~)
Lagi satu masa aku beli tu ada tak aku mintak duit korang.? takde kan.? haha..kerek sehh..!~
so..ada aku kesah..haha.
Actually aku ada notebook jugak..tapi atas dasar terpaksa aku kene letgo demi adik kesayangan aku yang tengah belajar tu..Simpanan bukan ada sangat pun..sebab dari lepas sekolah sampai sekarang ni kat LKK je salary boleh tahan.Dulu kalau aku cakap pun korang mesti tak percaya.."tak percaya tapi ini terjadi"..uitt tetiba nak nyanyi plak..hukhuk.Gaji aku dulu bawah 1k je taw dalam Rm800..belum tolak EPF n SOCSO..sebab aku bukan ada apa-apa sijil or diploma bagai..SPM je tu pun 3kredit je yang lain-lain tu setakat C/D jer...tak kisahlah bukan rezeki aku nak belajar pandai walaupun masa tu aku dah cuba sedaya upaya.so nak tak nak aku belajar dari bawah..ambik pengalaman sampai la aku boleh demand gaji tinggi sikit..(tinggi ke.?)
Pasal laptop/notebook tu kalau ada rezeki lagi nanti beli la lain..huhu *sedih yang teramat sgt*

So tahun ni ada rezeki lebih .sikit..dan sebelum tak nampak kemana rezeki tu..(macam tak ikhlas je bunyinya..IKHLAS tu kan rahsia TUHAN) aku grab handphone samsung ni. Lagipun brand samsung sekarang kan tengah glamour..walaupun sebenarnya tak berapa penting untuk tukar gadget baru.Macam biasa sebelum beli tu aku "cuci mata" dulu dalam internet,handphone mana yang bagus dan niat kat hati nak cari yang boleh text button..tapi tak banyak pilihan la tup2 aku "TERJATUH HATI" dengan samsung galaxy y pro ni a.k.a GT-5510. Banyak jugak kedai aku cari model ni tapi aku balik kene marah dengan owner kedai tu dia cakap "aiyak..miss mana ada galaxy y pro..galaxy y adalah" compius jugak masa tu..jadi kene la tukar pilihan ambik galaxy y je..Time aku beli tu kebetulan ada Fair PC & smartphone dekat SACCMALL & PKNS.Sebenarnya masa tu aku cuti g buat passport kononnya.Dah alang-alang cuti tu apa lagi ukur jalan la..hahaha SACCMALL-PKNS.Memula tanya dekat depan SACCMALL tu aku dah pegang dan nak grab Galaxy y..So dah kata fair kan..aku pun tawar menawar la tapi takde la melampau sangat, (aku pun meniaga jugak taw) niat kat hati bonus kalau dapat lagi murah..alih2 boleh apek tu sound aku "miss..sini bukan pasar malam taw!" siap keluarkan samsung galaxy nite n tunjuk depan aku..perggghh..mulut longkang der! terus aku letak balik handphone tu..tarik kawan aku terus blah!(berani kan.?) peduli apa aku..hampehkelapa.com..dia ingat aku takde duit ke.? (memang dia tak taw la jalan ceritanya) Terus aku g PKNS tuju satu kedai ni dia offer samsung galaxy y ni murah..tengah pegang2 terpandang galaxy y pro ni plak..YES!!!..yang aku cari dan nak..terus tak cakap banyak keluar duit n bayar..haha.
Kalau ikutkan semua yang aku nak dapat..camera..notebook..hadphone..tapi salah satu tu aku terpaksa letgo dan yang menjadi mangsa adalah notebook..huhu


Samsung Galaxy Y Pro GT-B5510


Memang best guna handphone ni..boleh touchscreen n text button.Tapi yang tak bestnya..aku tak berapa pandai nak guna handphone canggih manggih ni,baru nak bertatih..di pendekkan cerita..semalam aku topup untuk maxis ni rm30 dan celcom rm10.Bila dah lepak2 kat rumah tu aku ada masuk whatsapp sat untuk edit profile.Pastu terus layan game angry bird.Tetiba terdetik kat hati nak check balance..nak taw tinggal berapa.???? rm10.02 je...Arrggghh..mase tu tensen sangat.
Takkan main game pun kene tolak kowt.?? Kalu whatsapp tu aku taw sekali send rm0.50 sebab aku dah cuba,try dan test..ChatOn konon..awat tak habaq kene tolak kredit.!! Untuk memuaskan hati aku..aku try lagi main game angry bird tu..pastu check balance balik..takde plak kene tolak..Haa' hatte menda ape yang membuatkan kredit aku kene tolak ni.? masih belum dapat jawapan..tunggu la aku terror guna~ :(
jaga-jaga..ada yang merhati(memerhati)..kehkehkeh (ambik ayat kiah propa sat)

05 April 2012

Colour Mania

Haishhh..bunyinya tu macam senang tapi sebenarnya susah gak nak SUAI dan PADAN..nak pulak travel jauh..so kene cari yang simple tapi menarik.No.idea la untuk tahun nie..blank dan blurr~
Masih tak dapat nak pickup dalam pale nie ape yang ada kat sana..huhu.
tup..tap..tup..tap..taw-taw dah bulan 5..tapi nie tak standby ape2 pun lagi..aiyak..!
Idea..idea..idea..datang la engkau..hahaha..aku cuma terpikir nak pakai macam dalam cerita "ANA LULU" tu je..jadi "GADIS MARIKH"..tapi banyak tu nak kene bawa bagai..berat bagasi aku..belum nak bawa stock makanan lagi..haaa` makanan pun satu hal kat sana..so selama 4 hari 3 malam takkan nak bedal maggie je..hurmmm...masak!
Harap-harap nanti semuanya dipermudahkan..makanan pun aku bawak mana yang penting je..nasib la aku nie memang biasa "BERLAPAR"..kadang-kadang sampai lupa nak makan..haha..baguskan.?..makan pun asyik tak habis..so siapa yang kuar makan ngan aku kenelah tolong habiskan..hehe..syarat nak kawan ngan aku taw..hehe.EH..ye ke.?..memain je..tengok masa dan makanan la.. :)
Patah balik pada tajuk diatas..ikutkan hati nak jugak pakai dress panjang..tapi kene cari yang bersesuaian ngan badan aku yang rendah dan montel ni..MASALAH lagi.!!..haha.
So..aku tunggu adik aku balik sini minta tolong dia jadi "PENASIHAT" baju apa yang aku nak pakai nanti..ada gak dua tiga pilihan :

Comel Kan?

Gojes!!


Mana Satu.?????????? Jadi keputusannya?..tungguuuuuuu~