18 November 2014

Kek Marble Homemade

lalalala assalamualaikum,
Lama betul kan tak update blog ni..bukan apa..dah semakin sibuk hujung-hujung tahun ni..itu ini nak closing..haih,
Bila la agaknya dapat jadi madam besar.. :)
Okay la jangan melalut banyak-banyak..mari share resepi,
Actually dah lama cuba buat kek marble ni masa tidur rumah kakak then jiran sebelah rumah dia bagi kek marble ni.Dipendekkan cerita anak-anak sedara aku berebut sampai menangis..huhu
So..nak bagi puaskan hati nah! seloyang achik korang buat..haha

Bahan-Bahan :
1 1/2 Cawan majerin
1 1/2 Cawan gula * boleh kurangkan
2 Cawan tepung * diayak
5 biji telur gred B
1 sdk baking powder * takperlu guna jika guna tepung naik sendiri
1 sdk essen vanilla
Pewarna
Cara-Cara :
Pukulkan gula + majerin sehingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Setelah kembang masukkan tepung sedikit demi sedikit pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan. jangan lupa masukkan essen vanilla ya.
Bahagikan kepada beberapa warna yang anda suka. (Saya bahagikan kepada 2 - original & choco)
Selang selikan kedua-dua warna tadi sehingga habis.
Panaskan oven pada suhu 180'-200' dan masak selama 50minit.
Ting!!!! masak :)


Picture from Google

SELAMAT MENCUBA!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..