Hye peeps!
Belum terlambat tuk ucap "SELAMAT TAHUN BARU 2014".
Semoga tahun ni semuanya okay-okay saja.
Buat masa sekarang aku menghargai kehidupan yang aku jalani sekarang.Walaupun kesana kemari tiada "teman" yang menjadi bodyguard tapi Alhamdulillah aku mampu menjaga diri sendiri tanpa pertolongan ADAM.Tapi kene ingat taw, kita tak boleh menolak apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH.Andainya sampai masa dan jodoh aku pasti ada.Memandangkan umur pun dah makin meningkat, aku banyak stay kat rumah aje. Nak keluar pun sekarang banyak risiko..bak kata pepatah "malang tidak berbau". Walaupun semua tu adalah kehendak dari-Nya..cuma kene lebih berhati-hati.
Diam tak diam 4 tahun aku keje kat LKK (Lee Kum Kee).Suka duka,masam manis,pahit kelat semuanya ada.Rezeki aku masih disini..sampai bila? aku pun tak tak pasti.Mesti bertahan untuk mencari "sesuap nasi"..walaupun sara hidup kat malaysia sekrang makin meningkat dan menjadi-jadi.Tak payah tengok jauh MINYAK..~
kalau dulu cik viva aku isi RM50 -55 full tank sekarang ada lagi 1-2 bar nak full kalau guna nilai yang sama..nampak tak perbezaannya? dekat RM5-10 taw. T.T (nanges!)
Tu isu minyak, belum lagi isu lain..Kalau orang yang bergaji besar tu ye la aku percaya tak terlalu membebankan mereka..macammana pulak mereka-mereka yang dari golongan biasa? Sedangkan aku sendiri pun rasa terbeban.
Tutup cerita,
nak tulis pun rasa berat dada dan kepala ni fikir.
so kita sambung lain kali
thanks sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan jejak anda disini..