23 Disember 2013

2013 Bakal Melabuhkan Tirai

Wahhh!!
diam tak diam dah sampai penghujung tahun beb,
tahun depan 4 febuari 2014 dah 29 tahun..wink!wink!wink!
Mudah-mudahan ada rezeki buat aku tahun depan. My beloved sis pun dah start kerja.Walaupun kerja biasa-biasa dan bukannya kerja di dalam bidang yang dia belajar..janji halal dan dapat menimba pengalaman buat sementara waktu.Belajar tinggi-tinggi pun kadangkala belum tentu senang dapat kerja mengikut citarasa yang kita mahu.Kena la mula dari bawah dulu..0 basic :)
Okay tutup cerita kita buka cerita lain pulak,
Apa planning uolls tahun depan?
aku? macam-macam ada tapi tak tahu la mana satu dulu yang tercapai.
Salah satunya aku nak bercuti ke Hatyai Thailand awal bulan April nanti.
Harap-harap bila sampai masanya semuanya berjalan lancar.
Excited sangat sebab bercuti kali ni adventure sikit and ala-ala backpackeralan dengan menaiki KTM yang mengambil masa tolak tambah 13jam.Haaa..amekaw! hehe
Sekarang pun dah start survey-survey blog yang pernah bercuti disana dan bercinta dengan En.google mencari sampai juling tempat-tempat yang menarik kat sana.
Bab kahwin?
In Sha Allah masanya akan sampai juga.Siapa tak nak kahwin cuma rezeki aku lambat sikit. Jangan risau..perancangan ALLAH tu lebih baik dari kita.Sabar dan yakin okay~!! (ayat memujuk untuk hati sendiri juga) Yang lain-lain tu tunggu dan lihat a.k.a suka hati aku la..hehe


Dan sebelum terlupa,
Mari follow blog ni : Activities & Creativity Blog






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan jejak anda disini..