09 September 2015

Anak Bulus Bertambah

Assalamualaikum,

September menjelma..
Now lebih mencabar sebab aku dah ada 5 ekor anak + 1 ekor mak bulus!! OMG..
sebenarnya yang 3 ekor tu tak dirancang...sebab mom and kitten jumpa kat gudang tempat aku kerja.
Kalau ikutkan management nak buang..tapi aku cakap tak apa la..aku bawak balik..
nanti aku open adopt untuk sesiapa yang nak. Masa ni mom kitten dah lari..sebab takut kena sergah.
Aku ada post kat dalam FB tapi malangnya tak ada yang nak adopt mereka. yang bertanya tu ada tapi nak seekor je..hurmmm, masa 2 hari kitten dalam jagaan aku tu..sanggup skip lunch pergi balik rumah untuk susukan kitten takut nanti mereka lapar.
After 2 day mom kitten datang balik ke gudang untuk cari anak-anaknya, mungkin susu pun dah bengkak kan..tapi dah masuk dalam perangkap yang pihak management pasang la.
mom kitten memang sangat garang. tak berani aku nak pegang.. asal orang dekat je dia bunyi..huhu so biar dulu dia dalam perangkap.
Pikir punya pikir dah alang-alang mom kitten ada, aku buat keputusan untuk bela saja mereka. Asalkan mereka ada tempat berteduh, makan dan minum.
Malam tu jugak we all pergi cari sangkar murah-murah dekat mudah.com
Mungkin ALLAH dah tentukan yang jodoh tuan mereka adalah aku kan,
Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan kami..ada hamba allah ni nak jual murah dan kebetulan ada nak buat penghantaran ke Shah Alam.Jadi sekali order, bayar and bawak balik..hehehe
Now mereka ada bersama kami..bila penat dan stress kat tempat kerja..balik buka pintu je terus lupa bila tengok gelagat mereka yang comel.
Tentang keperluan mereka..aku TAWAKAL je..
rezeki kemudian hari semuanya datang dari ALLAH,
POSITIF!!
Dan sampai ke hari ini mom kitten masih garang..tak pernah pegang dia lagi. duduk je dalam sangkar..tp asal balik keje je culik kitten bawa keluar and biarkan main dekat ruang tamu..hehehe

Si ollie yang tengah merenyam nak kawin..ngggrrrr

Jidin & Ollie


Comel kan?..sekor lagi buat hal sendiri


Apa salah kami kakak..huhuhu

19 Ogos 2015

Si Jidin Stray Cat Dan Si Ollie

Assalamualaikum,

Macam dah berabuk blog ni..lama tak update.
Last update about "MOVE ON". Memandang aku ni dah biasa friendly, happy go lucky and agresif jadi aku membuat keputusan untuk re-joint LKK. Suasana bekerja di tempat baru sangat janggal dan lain dari LKK.Aku jadi tak reti nak bawa diri dengan suasana kat sana. After fikir masak-masak itulah keputusanya..RE-JOINT!


Tapi sebenarnya aku bukan nak story pasal benda ni..aku cuma nak share something yang cute..hehe
One day adik aku kutip stray cat kat Mydin area rumah aku tu. Masa tu aku balik lewat then dia whatsapp aku kata ada bawak balik anak kucing..so aku cakap dengan adik aku "kalau poo sila basuh"..haha. 1st step we all kurung dia dalam bilik air sebab tak standby pasir lagi.Keesokkan harinya baru beli and train dia poo. Sambil pesan kat dia "jangan poo and pee merata tau..nanti kami tak nak jaga". Alhamdulillah dia memang kucing yang sangat baik dan cerdik. Bila bab nak bagi nama...stress pikir!
akhirnya..
Adik : nak bagi nama ape ye?
Aku : Entah!
Adik : apa kata kita bagi nama JIDIN?
Aku : JIDIN? emmmmm..macam okay je sebab jumpa pun kat mydin kan..hahaha
So..bila we all panggil je nama JIDIN dia toleh and sometimes telinga je gerak-gerak..(dia tau nama dia JIDIN)

Masa umur JIDIN sebulan
Niat di hati nak bela JIDIN untuk sementara waktu..then bila balik ke kampung nak tinggal.Tapi adik aku ni beria kata kita bela je la..Jidin pun tak buat perangai and dengar cakap..hahaha
Sebenarnya aku okay je..at least hilang stress bila balik keje, rehat-rehat sambil tengok gelagat dia yang lincah tu kan boleh tersenyum

Comel je JIDIN tidur ^-^
Kalau adik tak kutip JIDIN tak tahu apa jadi dekat dia
Tak senonoh JIDIN tidur..hahaha
Saya Ollie kawan JIDIN
Tapi sekarang aku dah carikan JIDIN kawan..kesian dia sensorang bosan. Lagipun masa balik kampung hari tu dia ramai kawan..main kejar-kejar sampai tak cukup tanah. Si OLLIE ni pulak aku adopt dari mak angkat aku..sebab dia banyak sangat kucing.Masa memula bawa balik OLLIE, JIDIN sangat excited okay..habis semua skill dikeluarkan untuk mengorat OLLIE ni..haha.
Tapi masa tu OLLIE jual mahal..tak layan pun si Jidin ni..asal dekat je dia bunyi..Tapi JIDIN tak pernah putus asa akhirnya sesi perkenalan hanya memakan masa 2 hari..good job JIDIN!!
-
-
-
-
-
-
-
-

Dengar radio sama-sama
Bekerjasama menyepah
Baru balik dari VET cucuk vaksin and kurap
Sekarang tido pun dengan diorang..ngeee~
JIDIN dan OLLIE suka kejut aku pepagi mintak susu and makan..terkebil-kebil aku nak bangun..dah macam ada anak kecik.Pandai pulak tu selagi aku tak bangun habis muka aku di jilat, cium,panjat..haih..macam-macamlah.
Doa mak mok ( aku and adik aku) buat korang,
Semoga JIDIN dan OLLIE dapat membesar dengan sihat dan dipanjangkan usia..amiin!


12 Mei 2015

Move On

Assalamualaikum..

Apa yang anda tahu maksud tersirat dan tersurat daripada "move on"?
Dipendekkan cerita aku cuma nak share..selama 6 tahun berkerja di sini akhirnya aku membuat keputusan untuk berhijrah ke syarikat yang lain.
Aku terima dengan hati terbuka dan mengambil peluang ini sebagai sesuatu yang positif.
Sekiranya aku terus stay kat sini adakah akan ada lebih kebaikan or tiada perubahan.
So agak susah jugak la nak buat keputusan.
Bertanya dengan ramai kawan-kawan, ahli keluarga..
google tentang syarikat yang baru dah akhirnya..keputusan telah dibuat iaitu MOVE ON.
tak perlu risau tentang rezeki kerana yang penting kita berusaha dan belajar sesuatu yang baru.
Sedih memang la sedih..6 tahun berkhidmat tup2 nak berhenti..hehe
So harap-harap keputusan yang aku buat ni tak mengecewakan.
wish luck and all the best !!!





29 April 2015

Khasiat Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst

KESAN SEGERA PENGAMBILAN VCO Catalyst:



Melegakan Pernafasan
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

Pembuangan Air Besar Dan Kecil
- menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis

Meningkatkan Kadar Metabolisma Pada Seluruh Sel Tubuh
-minyak kelapa dara diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan akan terasa lebih bertenaga

Memusnah Organisma Perosak
-seperti virus,bakteria, kulat dan ptotozoa(cacing) yang terdapat dlm usus kecil dan besar,jadi penghadaman mencapai tahap maksima

Mengurangkan Keadaan Mudah Lapar
-bila penghadaman mencapai tahap maksima, tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. oleh itu berat badan terkawal tidak perlu makan banyak dan kerap

Mengurangkan Kandungan Lemak Badan
-berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang

Mengurangkan Risiko Serangan Sakit Jantung Dan Darah Tinggi
-mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung

Mempercepatkan Penggantian Sel-Sel Mati Dengan Yang Baru
-mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit


KECANTIKAN LUARAN
- membantu megurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
- menghasilkan tenaga segera
jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
- mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dematitis
- melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

KESIHATAN DALAMAN
- meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin2 dan asid amino
- melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
- mengurangkan stress pada pankreas dan sistem2 enzim dlm tubuh
- meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium utk tulang dan gigi yg kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis
- mencegah risiko sakit jantung
- mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi

MENINGKATKAN DAYA TUBUH BADAN
- membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim
- berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
- melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
- meredakan gejala2 yg dihubungkan dgn pembesaran prostate
- mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
- membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yg lebih rendah berbanding lemak2 yg lain

MEMBUNUH VIRUS, BAKTERIA & KULAT
- membunuh virus yg menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis c, cacar air & herpes
- membunuh bakteria yg menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis & gonorrhea
- membunuh kulat yg menyebabkan candida, jock itch, kadas & infeksi yg lain
- membunuh cacing pita, lice, giarda & parasit

HUBUNGAN SUAMI ISTERI:-
•memperbaiki kandungan asid dlm rahim & bertindak sbg agen pelincir alami (natural)
•membunuh kulat, bakteria, & virus atau sakit kulit pd kemaluan.
•amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.


VCO Catalyst disahkan HALAL oleh JAKIM (Malaysia) dan dikategorikan di bawah kategori makanan tambahan bukan ubat-ubatan(KKM). Numb KKM bagi Catalyst Collagen : KKM Ref : 163/S/25 Jld 125. Buatan Malaysia & Keluaran Bumiputera
1 Botol - 60biji
RM39.90 + Postage (Semenanjung)
RM43.90 + Postage (Sabah/Sarawak)

Berminat boleh whatsapp/msg :
Arfah - 017 609 7917

08 April 2015

Slipped Disc pada Tulang Belakang

Pengenalan

Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disc.Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/lemah.

Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab-sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal,trauma,nutrient dan genetik.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent).Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama atau apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).

Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
- Perubahan kepada disc
- Kecederaan otot
- Postur tidak betul
- Patah tulang belakang (jarang)
- Kelemahan otot stabiliti

Gejala-gejala Slipped disc :
> sakit belakang
> sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
> Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)

Objektif Rawatan Fisioterapi :
> Untuk mengurangkan sakit
> Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
> Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
> Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
> Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit



Klasifikasi sakit
Sakit belakang akut - Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
> Sakit belakang kronik - Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
> Sakit belakang berulang (recurrent) - Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan

Komplikasi
> Limitasi dalam aktiviti harian disebabkan sakit.

Pencegahan
> Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :

1) Semasa baring
> Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
> Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut

2) Semasa berjalan
> Memakai kasut bertumit rendah yang selesa

3) Semasa duduk
> Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
> Gunakan bantal kecil atau tuala (gulung) untuk menyokong bahagian belakang

4) Semasa berdiri
> Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
> Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
> Lakukan senaman secara tetap
> Menjaga berat badan
> Amalkan kecergasan keseluruhan

Rehabilitasi
1) Pengurusan sakit
> Ice pack – untuk sakit belakang yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.
> Hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.


2) Program senaman sakit belakang


Pelvic Tilt


Posisi : baring di atas permukaan yang rata

Cara melakukan : keraskan otot abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat


Ulangi kaedah ini minima 5 kali


Hip Rolling

Posisi : baring di atas permukaan yang rata,kedua- dua lutut dibengkokkan

Cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan.

Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Lower Abdominal Exercise
Posisi : baring di atas permukaan yang rata,kedua-dua lutut dibengkokkan

Cara melakukan :

1) Gerakkan lutut kanan ke dada,tahan 5 saat kemudian relaks.
Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
2) Angkat kaki ke atas dengan kedua- dua lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah
Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Cat and Camel
Posisi : merangkak

Cara melakukan : Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas,tahan untuk 3 saat.Kemudian bongkokkan tulang belakang dan tahan 3 saat. 
Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Hip Extension
Posisi : Merangkak

Cara melakukan : Secara selang seli, bawa lutut ke depan dan kemudian ke belakang hingga kaki lurus dan selari dengan lantai..  
Ulangi kaedah ini minima 5 kali

3) Lumbar Stabilization Exercises
Posisi : Baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Keraskan otot abdominal dan pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci dari lantai, (lutut kanan dalam keadaan lurus), tahan 3 saat dan turunkan kaki.

Ulangi kaedah ini minima 5 kali.

Share from here : Click Sini

20 Januari 2015

Romancinta - Mojo Ft Caliph Buskers

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta