Hye!!
kali ini aku nak copy paste and share dengan u'oll ape itu tonsil.Selalu orang dengar aku kena tonsil dan selalu jugak orang bertanya apa itu tonsil..so siapa yang masih tak tahu apa itu tonsil mari sama-sama menimba ilmu.
Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut :
1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.Oleh itu,apabila terdapat jangkitan di dalam tekak sebagai salah satu sistem limfatik tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara gejala-gejala radang tonsil ialah :1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan air liur
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
Apakah simptom Tonsillitis?Sejarah menentukan jenis tonsillitis samada ianya akut, berulang atau kronik.
Akut TonsillitisSimptom-simptom akut tonsillitis termasuk demam, sakit tekak, nafas berbau, susah untuk menelan, sakit untuk menelan, berdengkur, bernafas melalui mulut, letih dan lemah badan. Simptom ini selalunya hilang selepas 3-4 hari. Akan tetapi ia boleh bertahan selama 2 minggu sekalipun diberi rawatan yang cukup.2.
Tonsilitis BerulangKeadaan ini berlaku apabila pesakit mengalami serangan tonsillitis sebanyak 7 kali dalam setahun, 5 jangkitan dalam masa 2 tahun berturut-turut ataupun 3 jangkitan setiap tahun dalam masa 3 tahun berturut-turut.
Kronik TonsillitisSimptom-simptom kronik tonsillitis termasuklah sakit tekak yang berpanjangan, mulut berbau, tonsillitis dan sakit kalenjar servikal berterusan.
Perawatan Radang TonsillitisPada kebiasaanya memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur.Ada doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya pun tidak pasti.Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin.
Cara aku pulak,
bila dah rasa tekak perit nak telan air liur,apa lagi cepat-cepat cari aiskrim (perisa vanilla) dan aiskrim tu la yang akan menjadi santapan sarapan pagi,makan tengah hari dan makan malam..hehe
Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengecutkan tonsil aku dah membolehkan aku menjamah makanan.