16 Disember 2014

Tamar Cocoa Pengganti Milo

Assalamualaikum,
Okay ni aku nak promote satu product..actually kakak aku yang bagi aku rasa..then sedap sangat..apa lagi aku pun terus order suruh dia belikan,
memandangkan nak beli MILO mahal yang teramat sangat ditambah pulak isu boikot product nestle, so..bertukarrrrrr! haha.
Yang bestnya tak perlu tambah gula atau susu pun..just bancuh dengan air panas..dah boleh minum.
Tadaaa.. memperkenalkan TAMAR COCOA..mari cuba dan baca khasiatnya..


Khasiat Kurma :-
  • Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
  • Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradanga dan menurunkan tekanan darah
  • Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium
  • Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi 

Khasiat Koko :-
  • Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat
  • Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids
  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
  • Koko melambatkan proses penuaan

Antara kelebihan setelah mengambil Tamar Cocoa :-
  • Anti stress
  • Anti oksidan
  • Anti penuaan
  • Anti keradangan
  • Penjagaan kulit
  • Masalah anemia
  • Kesihatan jantung
  • Meransang minda
  • Menguatkan tulang
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengelak pembekuan darah
  • Mengawal kerosakan sel & tisu
  • Proses tumbesaran kanak-kanak

13 Disember 2014

Berkelah Di Air Terjun Serendah


Assalamualaikum,
Ni nak gosip mak jemah sikit..hehe
Masa cuti Hari Kelahiran Sultan Selangor 11/12/2014 aku dengan my sis family pergi bermandi manda dekat Air terjun Serendah...siap bawa khemah dan nak ber BBQ kononnya..hehe
Air terjun serendah ni bagi aku okay la untuk yang ada anak-anak kecil. Airnya tidak terlalu dalam dan tidak deras.Kawasan tempat air terjun ni pun tak ramai sangat orang so..privacy dan selesa sikit..tak perlu nak berebut-rebut tempat untuk mandi..hehe
So jom layan >>>>>
Gazebo



Surau

Kami sampai sana agak lewat sedikit dalam 1.30ptg sebab abang ipar ada perkara perlu diselesaikan.
Cuaca juga agak mendung..risau dalam hati hujan pasti turun membasahi bumi.Tapi kami buat hati kering je..haha nak mandi manda punya pasal.Memula sampai terus port tepi sungai, bila dah start macam renyai kami pindah bawah gazebo yang disediakan.Mandi punya mandi tak lama lepas tu air dah semakin keruh dan air terjun pun semakin deras..jadi kami naik dan bersiap-siap untuk tukar baju and berangkat pulang.

09 Disember 2014

Cookies Homemade Ala Famous Amos

Hollaaa!!!!
Assalamualaikum,
Last weekend main masak-masak lagi..memandangkan My BFF ada bagi oven lama dia so ape lagi aku pun cuba try test la oven tersebut. Apa benda yang aku buat? Jeng..jeng..jeng..aku try buat cookies ala Famous Amos uolls :)
Then kat sini aku share kan resepinya >>>>>>

Bahan A
1/4 Cawan gula halus/Castor
1/2 Cawan gula perang
1/2 Cawan mentega
1 Biji Telur gred A/B
Sedikit Garam
1 Sd Susu Segar
1 Sdk Esen Vanilla
Bahan B
2 Cawan tepung gandum *diayak
1 Sdb Serbuk Koko *diayak
1 Sdb tepung jagung *diayak
1/2 Sdk soda bikarbonat *diayak
1 Cawan rata biji bunga matahari
1 Cawan rata choc chip
Nota : Juga boleh tambah oat/hazelnut or sebagainya mengikut selera masing-masing

Cara-Caranya :
- Satukan bahan A kedalam mangkuk besar.Pukul sehingga sebati menggunakan whisk
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan yang telah diajak tadi. Kacau sebati boleh gunakan spatula sahaja.
- Apabila semuanya sudah sebati boleh masukkan biji matahari dan choc chip.
- Setelah semuanya sebati boleh masukkan dulu kedalam peti sejuk dalam 30minit bagi mengelakkan cookies terlalu kembang/leper.
- Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat-bulat ke dalam loyang.
- Panaskan suhu 160'c (api bawah sahaja) dan masak selama 10minit

Untuk percubaan pertama ni cookies tak berapa nak comel-comel la..lagipun baru 1st time cuma oven ni.Itu pun dah kurangkan suhu dari 180'C ke 160'C bagi cookies jangan hangit...hahaha dan gambar dibawah adalah hasil percubaan pertama buat cookies.So raya nanti boleh main masak-masak..yeaaahhh!!
Apa-apa pun selamat mencuba!

picture from google