28 Mei 2014

Kek Pisang Kukus Dan Mudah

Assalamualaikum..
Lagi beberapa hari nak memasuki bulan jun..
Ya..ramadhan bakal tiba..entah kenapa dan mengapa..hati sangat sensitif sejak kebelakangan ini. Dan semalam rasa down yang teramat sangat! Teresak-esak dalam BLA then baru balik rumah.
Nak hiburkan hati aku main masak-masak..buat kek pisang..:)
Terubat sikit rasa "down" yang menyelubungi hati.
So malas nak tulis banyak..Aku share resepinya kat bawah hokeyyyh!
Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 cawan (5 ulas) pisang berangan
3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus
Sedikit essen vanilla
Sedikit soda bikarbonate
Secubit garam
Cara-caranya :
Blend pisang bersama minyak (ketepikan)
Blendkan telur bersama gula sehingga kembang.
Kemudian tuang kedalam bekas dan masukkan pisang yang telah di blend bersama minyak tadi kemudian kacau sehingga sebati.
Then masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau lagi,
jangan lupa masukkan essen vanilla untuk mewangikan kek.
Tuang kedalam loyang dan kukus selama 45minit.

Picture from Google

Done!

23 Mei 2014

Bubur sum-sum Pandan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah this weeks dapat puasa direct from isnin sampai khamis.Actually last weeks pun dah start puasa. So dapat bayar habis dah untuk tahun lepas punya..yeaahhh! yang tak berapa nak best bila puasa tekak ni macam-macam nak makan..so google resepi tetiba teringat bubur sum-sum. Kira mengidam jugak la nak makan benda ni..tahan punya tahan semalam gak aku cuba try test..and berjaya! Bunyi macam misi besar padahal nak masak benda ni kacang je..dan ini lah hasilnya..

Picture from google

Selepas dibedah siasat

Then aku share kat sini resepinya..

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
6 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
Daun Pandan (blend & tapis)
sedikit garam

Bahan Untuk Sirap Gula
1/2 cawan gula merah
4 sudu gula pasir
*Yang ni aku guna mana yang ada kat rumah je..huhu

Cara-Caranya :
Satukan kesemua bahan dan sentiasa kacau sehingga likat.
Kemuadian boleh tuang kedalam bekas dan biarkan sehingga sejuk
Boleh dihidang bersama sirap gula.

Selamat Mencuba!!! :)




21 Mei 2014

Samsung Galaxy Tab 2 Plus Tak Boleh On

Assalamualaikum..

Nak di jadikan cerita semalam main candy crush sampai my tab aku weak. Actually bukan semalam je..sebelum-sebelum ni pun pernah kena jugak my tab weak. My tab dah bagi isyarat minta diisi tapi aku yang buat tak dengar..sebab tekun sangat melayan candy crush..alih-alih tengah main screen off...#padan muka kan! So..baru la sibuk nak charges..bila charges keluar lambang bateri tapi separuh pastu blank then ulang benda yang sama dan berlarutan dalam 1/2 jam jugak la.. so aku siap cuba try test tutup pasang tutup pasang suis..include tukar lokasi mengcharges hokeyyy tapi still sama..arrrggghhhh #geram
Dalam kepala otak ni fikir yang bukan-bukan dah, baru lagi takkan la dah buat hal (walaupun 2nd tpi kira barula jugak walaupun aku yang 2nd owner pakai tak sampai setahun)..jangan macam-macam..poket tengah nipis ni..yang ada pun untuk standby Holiday,Raya dan roadtax insuran..huuuu (kecing...kecing..kecing..*bunyi mesin cashier)
So ape lagi...aku ambik hp BB..misi meng"google" info atau tips mana tahu boleh membantu.
Then aku aku terbaca petua/tips dari blog ni dan Alhamdulillah..boleh on dan bila charges lambang bateri my tab seperti sedia kala. (Selamat duit aku..haha). So nak share jugak dengan uoll's yang pernah mengalami benda yang sama dengan aku. ^_^

Cara-cara :
Tekan button on dan volume serentak kat tepi tu selama 30 saat
In Sha Allah menyala seperti biasa.

Additional petua :
Untuk jaga charger tahan lama.
Bila dah sambung charger, jangan guna dulu gadget tu.kiranya bagila dia rehat dan fully charges. Then OFF suis baru cabut dari gadget.If Terus cabut from gadjet..gadget kota akan mengalami renjatan/kejutan dan menyebabkan ianya tidak tahan lama.

Selamat Mencuba!!!
Credit to Petua






19 Mei 2014

Mengurangkan Berat Badan Dengan Cuka Epal/Cuka Kurma

Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak ni glamer pulak tentang diet/kurus dengan cuka apple ni.Jadi aku pun ape lagi..google dan research. Memang ramai rupanya yang dah mengamalkan minum cuka apple ni..(aku yang ketinggalan..haha) And my Housemate pun tengah berdiet bersama cuka apple ni. So..mungkin lepas ni aku pun nak cuba..hehe by the way aku bukan nak kurus sangat tapi nak kurangkan obesisti aku ni je. (bukan sama ke maksudnya *tepuk dahi).

Pengetahuan Am
Cuka epal telah digunakan secara tradisional oleh masyarakat Mesir dalam usaha merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Mereka telah mempercayai sejak sekian lama bahawa cuka epal bertindak sebagai tonik yg melancarkan peredaran darah dalam badan.


Antara khasiat & manfaat Cuka Epal untuk kesihatan
* Menggalakkan fungsi metabolisma berjalan dengan lancar - (lawas, pantas membakar kalori, menukar lemak menjadi tenaga, berpeluh, buang toksin).
* Menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) - kolesterol jahat ini akan menyumbat saluran darah jika tersimpan berlebihan & tidak digunakan.
* Mengimbang kadar air di dalam sel & tubuh - (terlebih air = boroi, muka sembab, pipi tembam, mudah kebas kaki & tangan).
* Mengurangkan masalah pembendungan air di dalam tubuh - (kadar air seimbang = langsing + cantik + sihat).
* Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
* Mengeluarkan sodium berlebihan dalam badan melalui perpeluhan & perkumuhan.
* Melancarkan peredaran darah - (jadi, lebih banyak oksigen & nutrien disalurkan ke sel-sel badan & otak).
* Mengelakkan berlakunya kekejangan otot & sakit sendi.
* Membantu meningkatkan konsentrasi & daya ingatan.
* Mengawal suhu badan - (lepas keluar peluh, anda akan rasa lebih segar & badan terasa ringan).
* Meng'alkali'kan tubuh - (badan bersid = lemah, letih, mengantuk, menguap, lenguh-lenguh & sengal-sengal badan. (badan beralkali = cergas, sihat, extra bertenaga).
* Mengawetmuda & menaikkan seri kulit - (kenapa? kerana tubuh bebas toksin = darah jadi bersih, usus bersih, oksigen mudah sampai ke otak & sel-sel tubuh jadi segar.. awet muda lah!).
* Boleh mencegah masalah cirit-birit kerana mempunyai bahan anti-diarrhea.
* Boleh membunuh parasit & bakteria dalam perut (usus kecil & usus besar).
* Melegakan masalah saluran pernafasan - (membantu meringankan masalah yg dihadapi oleh pesakit asthma / lelah).
* Membantu merawat masalah resdung - (melegakan simptom-simptom resdung seperti gatal-gatal pada kawasan mata, hidung & telinga).Bagaimana cara pengambilan Cuka Epal ?

Bagaimana cara pengambilan Cuka Epal?
Cuka epal boleh dimasukkan ke dalam sebarang minuman jus buah-buahan atau dicampur dengan madu.
Cara 1:
1 gelas jus + 1 sudu besar cuka epal, kacau & minum seperti biasa.

Cara 2:
1 gelas air suam + 1 sudu besar cuka epal + madu , kacau & minum seperti biasa.

Untuk mereka yang nak kurus dan langsing..boleh la mencuba dari sekarang..bulan puasa pun dah tak lama lagi..apa lagi? nanti raya boleh melaram.. :)

selamat mencuba..!!!

15 Mei 2014

Laksa Penang Ala Old Town Cafe

Assalamualaikum..

Entah macam mana hati aku memberontak nak sangat makan laksa macam laksa style Old town or Pak li.Then ape lagi misi meng'google' terjumpa la satu resepi ni. Tak sabar nak tunggu 5.30ptg..huhu
balik je rumah aku terus cari barang-barang yang diperlukan. Tapi masa cari barang kay Mydin tak ada pulak barang yang aku nak.So pergi singgah kat kedai runcit bawah flat tu..Alhamdulillah ada. Jangan disangka kedai cikai takde barang taw! hahaha
Sampai je rumah aku terus jalan kan misi..jeng..jeng...jeng..tadaaaaaa!



Bahan-bahannya :
1 bungkus laksa
1 tin sardine (Besar)
1 tin sardine (kecil)
Daun Kesum
Pess asam pedas
Bunga Kantan*
Bawang putih*
Bawang merah*
5 biji cili padi*
cili giling/boh*
Sedikit garam & gula

Bahan tambahan:
Timun
Bawang
Cili Padi

Bahan bertanda * perlu di blend

Cara-Caranya :
Hancurkan sardin dalam periuk
masukkan bahan yang sudah di blend
Masukkan pess asam pedas,daun kesum,garam dan gula
Gaulkan kesemuanya sehingg sebati
Panaskan di atas api yang sederhana.

Izinkan Selamanya Namamu Dihati - E.Y.E

Hye..hye..hye..assalamualaikum,
Actually malam tadi mata memang dah mengantuk..sambil layan Suria.FM tup-tup keluar lagu ni..tangkap lentok beb..hehe,
pepagi masuk office terus cari lagu ni..tiada mengena dengan yang hidup mahupun yang meninggal dunia ^_^. Jom layaaaannnnnnnnzzzzz~


Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sudah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati
Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian...

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman