Assalamualaikum,
|
Co-Pilot Fariq Abdul Hamid Dan Kapten Zaharie Ahmad Shah |
Sedar atau tidak sudah masuk hari ke-14 kehilangan MH370.Sehingga kini jawapan daripada kehilangannya masih belum terungkai.Malaysia dan dunia telah dikejutkan dengan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MAS MH370 Boeing 777-200ER. Kehilangan secara tiba-tiba tanpa sebarang jejak atau signal yang ditinggalkan menyebabkan kes ini menjadi kes
kehilangan pesawat kapal terbang antara yang paling unik dan pelik dalam sejarah.
Penerbangan ini diketuai oleh
KAPTEN ZAHARIE AHMAD SHAH dan dibantu oleh
CO-PILOT FARIQ ADBUL HAMID.Agaknya ramai yang tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti tetapi dimaklumkan bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan. Pihak atasan tu siapa? jeng...jeng...jeng..#tiada jawapan.(Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 10pagi Sabtu 8 Mac).
Terbaru,
Kehilangan MH370 dikaitkan pula dengan Kapten Zaharie, kerana beliau penyokong tegar pemimpin PKR. Akan tetapi logikkan perkara ini dikaitkan dengan beliau yang dikatakan marah dan kecewa terhadap mahkamah menjatuhkan hukumanan penjara 5 tahun terhadap pemimpin PKR tersebut dan meyebabkan beliau membuat keputusan untuk "merampas" MH370. Walaupun Kapten Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti pembangkang, perkara ini sangat MUSTAHIL berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah. Sedangkan kita semua tahu Kapten Zahari sudah berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) lebih 30 tahun. Jadi persoalannya..mengapa beliau perlu berbuat demikian sekarang? Untuk pengetahuan semua, Kapten Zaharie mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan. Seorang juruterbang MAS yang cukup disegani dikalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) berdasarkan kemahirannya, kepakaran dan serta pengalaman yang dimiliki selama ini.Kapten Zaharie juga memiliki sebuah simulator penerbangan yang kompleks di rumahnya untuk digunakan semasa beliau tidak berada di udara.
Ini adalah pandangan Kapten Nurudin tentang Kapten Zaharie sewaktu temubual TV3 :
Kapten Zaharie ialah
seseorang yang berdedikasi, ada pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai
penerbangan. Dia suka kongsikan pengetahuan dengan semua orang. Dia berada
disitu (sebagai pilot) kerana minat. Simulasi penerbangan yang ada dalam
rumahnya adalah bukti dia minat ke arah itu (buat kerja penerbangan kerana minat
dan kesungguhan itu sebab dia boleh menghasilkan kerja yang baik).
Persoalannya, (soalan lagi)
Adakah disebabkan kepakarannya ini membuatkan "sesetengah" pihak memilihnya sebagai "kambing hitam" untuk dijadikan alasan beliau sengaja melencongkan pesawat,menutup transponder dan menerbangkan MH370 ke satu lokasi yang tidak diketahui.Berhentilah menuduh Kapten Zaharie, kerana kita sendiri tidak tahu akan nasibnya dan penumpang lain sama ada mereka masih hidup atau sebaliknya.(Walaupun ada desas desus mengatakan bahawa pesawah MH370 selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan).
Sebagai saudara seislam,
Marilah sama-sama mendoakan mereka. Lebih baik berdiam diri daripada merepek bak kata #matluthfi90.
"Seandainya ALLAH lebih menyayangi kalian..pergilah dengan aman dan bertanda.
Seandainya kehilangan kalian "dianiaya" oleh "mereka-mereka",
Yakinlah ALLAH lebih berkuasa daripada "mereka" dan hanya ALLAH yang mampu membalas "perbuatan mereka" kelak. Semoga ALLAH melindungi kalian..Amiin"