22 Januari 2014

Angan-Angan - Raja Emma

Angan-angan
Bila mencari pasangan
Yang bakal jadi pilihan
Si hartawan

Angan-angan
Jejaka pilihan hati
Punyai personaliti
Segak tinggi

Cari-cari
Tunggu-tunggu
Masih belum bertemu
Hari-hari
Yang berlalu
Meningkat usiamu

Pilih pasangan
Memang tak mudah
Asyik berangan
Tak jadi nyata

Angan-angan
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan

Angan-angan
Hanya indah dikhayalan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan

19 Januari 2014

Apa itu Radang Tonsil Atau Tonsilitis?

Hye!!
kali ini aku nak copy paste and share dengan u'oll ape itu tonsil.Selalu orang dengar aku kena tonsil dan selalu jugak orang bertanya apa itu tonsil..so siapa yang masih tak tahu apa itu tonsil mari sama-sama menimba ilmu.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut :

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.



Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.Oleh itu,apabila terdapat jangkitan di dalam tekak sebagai salah satu sistem limfatik tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala-gejala radang tonsil ialah :
1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan air liur
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Apakah simptom Tonsillitis?
Sejarah menentukan jenis tonsillitis samada ianya akut, berulang atau kronik.

Akut Tonsillitis
Simptom-simptom akut tonsillitis termasuk demam, sakit tekak, nafas berbau, susah untuk menelan, sakit untuk menelan, berdengkur, bernafas melalui mulut, letih dan lemah badan. Simptom ini selalunya hilang selepas 3-4 hari. Akan tetapi ia boleh bertahan selama 2 minggu sekalipun diberi rawatan yang cukup.2.

Tonsilitis Berulang
Keadaan ini berlaku apabila pesakit mengalami serangan tonsillitis sebanyak 7 kali dalam setahun, 5 jangkitan dalam masa 2 tahun berturut-turut ataupun 3 jangkitan setiap tahun dalam masa 3 tahun berturut-turut.

Kronik Tonsillitis
Simptom-simptom kronik tonsillitis termasuklah sakit tekak yang berpanjangan, mulut berbau, tonsillitis dan sakit kalenjar servikal berterusan.

Perawatan Radang Tonsillitis
Pada kebiasaanya memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur.Ada doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya pun tidak pasti.Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin.

Cara aku pulak,
bila dah rasa tekak perit nak telan air liur,apa lagi cepat-cepat cari aiskrim (perisa vanilla) dan aiskrim tu la yang akan menjadi santapan sarapan pagi,makan tengah hari dan makan malam..hehe
Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengecutkan tonsil aku dah membolehkan aku menjamah makanan.

10 Januari 2014

Yakinlah Jodoh Terbaik Pasti Ada


Seseorang itu hadir dalam hidup kamu,
kerana sebuah alasan,
datangnya dia menawarkan kebahagiaan dan juga kekecewaan..

Kadangkala,
ada yang datang hanya menyapa saja,
tetapi ada pula yang sudah jauh melangkah..

Mereka datang silih berganti meninggalkan kenangan yang
terkadang pahit untuk dilalui..

Namun,
percayalah,
akan ada seseorang yang datang dan menetap sepanjang masa hidupmu..
ALLAH sengaja membiarkan kamu
bertemu dengan orang yang salah,
sebelum DIA menemukan kamu dengan orang yang betul,
Supaya kamu sentiasa mensyukuri kurniaan-NYA dan dapat belajar dari kesilapan lalu kamu..

Jangan pernah menganggap sakit
hati kamu sebagai cara untuk menjauhi keindahan hidup yang diberikan..
Tapi jadikanlah sakit hati kamu itu sebagai pelajaran yang sangat berharga dalam hidup kamu..

Yakinlah ALLAH telah menetapkan Jodoh yang terbaik untuk kamu..
Kamu hanya perlu persiapkan diri dan bersedia kerana ianya hadir tanpa diduga,
Hanya DIA yang tahu BILA,DIMANA dan SIAPA~





08 Januari 2014

Doa Menghilangkan Rasa Marah




A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhib gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”


P/s Ingatlah apabila kita sedang marah ,syaitan sedang menguasai diri kita

07 Januari 2014

Cabaran 2014

Hye peeps!
Belum terlambat tuk ucap "SELAMAT TAHUN BARU 2014".
Semoga tahun ni semuanya okay-okay saja.
Buat masa sekarang aku menghargai kehidupan yang aku jalani sekarang.Walaupun kesana kemari tiada "teman" yang menjadi bodyguard tapi Alhamdulillah aku mampu menjaga diri sendiri tanpa pertolongan ADAM.Tapi kene ingat taw, kita tak boleh menolak apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH.Andainya sampai masa dan jodoh aku pasti ada.Memandangkan umur pun dah makin meningkat, aku banyak stay kat rumah aje. Nak keluar pun sekarang banyak risiko..bak kata pepatah "malang tidak berbau". Walaupun semua tu adalah kehendak dari-Nya..cuma kene lebih berhati-hati.
Diam tak diam 4 tahun aku keje kat LKK (Lee Kum Kee).Suka duka,masam manis,pahit kelat semuanya ada.Rezeki aku masih disini..sampai bila? aku pun tak tak pasti.Mesti bertahan untuk mencari "sesuap nasi"..walaupun sara hidup kat malaysia sekrang makin meningkat dan menjadi-jadi.Tak payah tengok jauh MINYAK..~
kalau dulu cik viva aku isi RM50 -55 full tank sekarang ada lagi 1-2 bar nak full kalau guna nilai yang sama..nampak tak perbezaannya? dekat RM5-10 taw. T.T (nanges!)
Tu isu minyak, belum lagi isu lain..Kalau orang yang bergaji besar tu ye la aku percaya tak terlalu membebankan mereka..macammana pulak mereka-mereka yang dari golongan biasa? Sedangkan aku sendiri pun rasa terbeban.
Tutup cerita,
nak tulis pun rasa berat dada dan kepala ni fikir.

so kita sambung lain kali
thanks sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni..:)


06 Januari 2014

Masih Mencintainya-Papinka Band

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya
wooo wooo huuu