16 Disember 2014

Tamar Cocoa Pengganti Milo

Assalamualaikum,
Okay ni aku nak promote satu product..actually kakak aku yang bagi aku rasa..then sedap sangat..apa lagi aku pun terus order suruh dia belikan,
memandangkan nak beli MILO mahal yang teramat sangat ditambah pulak isu boikot product nestle, so..bertukarrrrrr! haha.
Yang bestnya tak perlu tambah gula atau susu pun..just bancuh dengan air panas..dah boleh minum.
Tadaaa.. memperkenalkan TAMAR COCOA..mari cuba dan baca khasiatnya..


Khasiat Kurma :-
  • Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
  • Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradanga dan menurunkan tekanan darah
  • Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium
  • Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi 

Khasiat Koko :-
  • Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat
  • Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids
  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
  • Koko melambatkan proses penuaan

Antara kelebihan setelah mengambil Tamar Cocoa :-
  • Anti stress
  • Anti oksidan
  • Anti penuaan
  • Anti keradangan
  • Penjagaan kulit
  • Masalah anemia
  • Kesihatan jantung
  • Meransang minda
  • Menguatkan tulang
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengelak pembekuan darah
  • Mengawal kerosakan sel & tisu
  • Proses tumbesaran kanak-kanak

13 Disember 2014

Berkelah Di Air Terjun Serendah


Assalamualaikum,
Ni nak gosip mak jemah sikit..hehe
Masa cuti Hari Kelahiran Sultan Selangor 11/12/2014 aku dengan my sis family pergi bermandi manda dekat Air terjun Serendah...siap bawa khemah dan nak ber BBQ kononnya..hehe
Air terjun serendah ni bagi aku okay la untuk yang ada anak-anak kecil. Airnya tidak terlalu dalam dan tidak deras.Kawasan tempat air terjun ni pun tak ramai sangat orang so..privacy dan selesa sikit..tak perlu nak berebut-rebut tempat untuk mandi..hehe
So jom layan >>>>>
Gazebo



Surau

Kami sampai sana agak lewat sedikit dalam 1.30ptg sebab abang ipar ada perkara perlu diselesaikan.
Cuaca juga agak mendung..risau dalam hati hujan pasti turun membasahi bumi.Tapi kami buat hati kering je..haha nak mandi manda punya pasal.Memula sampai terus port tepi sungai, bila dah start macam renyai kami pindah bawah gazebo yang disediakan.Mandi punya mandi tak lama lepas tu air dah semakin keruh dan air terjun pun semakin deras..jadi kami naik dan bersiap-siap untuk tukar baju and berangkat pulang.

09 Disember 2014

Cookies Homemade Ala Famous Amos

Hollaaa!!!!
Assalamualaikum,
Last weekend main masak-masak lagi..memandangkan My BFF ada bagi oven lama dia so ape lagi aku pun cuba try test la oven tersebut. Apa benda yang aku buat? Jeng..jeng..jeng..aku try buat cookies ala Famous Amos uolls :)
Then kat sini aku share kan resepinya >>>>>>

Bahan A
1/4 Cawan gula halus/Castor
1/2 Cawan gula perang
1/2 Cawan mentega
1 Biji Telur gred A/B
Sedikit Garam
1 Sd Susu Segar
1 Sdk Esen Vanilla
Bahan B
2 Cawan tepung gandum *diayak
1 Sdb Serbuk Koko *diayak
1 Sdb tepung jagung *diayak
1/2 Sdk soda bikarbonat *diayak
1 Cawan rata biji bunga matahari
1 Cawan rata choc chip
Nota : Juga boleh tambah oat/hazelnut or sebagainya mengikut selera masing-masing

Cara-Caranya :
- Satukan bahan A kedalam mangkuk besar.Pukul sehingga sebati menggunakan whisk
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan yang telah diajak tadi. Kacau sebati boleh gunakan spatula sahaja.
- Apabila semuanya sudah sebati boleh masukkan biji matahari dan choc chip.
- Setelah semuanya sebati boleh masukkan dulu kedalam peti sejuk dalam 30minit bagi mengelakkan cookies terlalu kembang/leper.
- Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat-bulat ke dalam loyang.
- Panaskan suhu 160'c (api bawah sahaja) dan masak selama 10minit

Untuk percubaan pertama ni cookies tak berapa nak comel-comel la..lagipun baru 1st time cuma oven ni.Itu pun dah kurangkan suhu dari 180'C ke 160'C bagi cookies jangan hangit...hahaha dan gambar dibawah adalah hasil percubaan pertama buat cookies.So raya nanti boleh main masak-masak..yeaaahhh!!
Apa-apa pun selamat mencuba!

picture from google



27 November 2014

Puding Roti Bakar

jeng,,jeng..jeng,
Assalamualaikum semua..(macam ramai je kan..haha)
Ni cerita hujung minggu..kalau dah lepak rumah my sister confirm ada je benda nak dibuatnya,
Then minggu ni cuba, try and error buat pudding roti bakar. Resepi macam biasa la..Tanya kat pakcik google je... jom layanzzzz :)

Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (sapu pada roti)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla







18 November 2014

Kek Marble Homemade

lalalala assalamualaikum,
Lama betul kan tak update blog ni..bukan apa..dah semakin sibuk hujung-hujung tahun ni..itu ini nak closing..haih,
Bila la agaknya dapat jadi madam besar.. :)
Okay la jangan melalut banyak-banyak..mari share resepi,
Actually dah lama cuba buat kek marble ni masa tidur rumah kakak then jiran sebelah rumah dia bagi kek marble ni.Dipendekkan cerita anak-anak sedara aku berebut sampai menangis..huhu
So..nak bagi puaskan hati nah! seloyang achik korang buat..haha

Bahan-Bahan :
1 1/2 Cawan majerin
1 1/2 Cawan gula * boleh kurangkan
2 Cawan tepung * diayak
5 biji telur gred B
1 sdk baking powder * takperlu guna jika guna tepung naik sendiri
1 sdk essen vanilla
Pewarna
Cara-Cara :
Pukulkan gula + majerin sehingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Setelah kembang masukkan tepung sedikit demi sedikit pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan. jangan lupa masukkan essen vanilla ya.
Bahagikan kepada beberapa warna yang anda suka. (Saya bahagikan kepada 2 - original & choco)
Selang selikan kedua-dua warna tadi sehingga habis.
Panaskan oven pada suhu 180'-200' dan masak selama 50minit.
Ting!!!! masak :)


Picture from Google

SELAMAT MENCUBA!!!!

14 Oktober 2014

Trip To Langkawi 3D2N - Part 5 (Ending)


Day 3 - Free And Easy

DAY 3 - WEDNESDAY (25 JUNE 2014)
08.00am - 09.30am  Breakfast + Free and Easy
10.00am-10.30am Check Out
12.50pm - 01.00pm Depart from Langkawi Airport >> KLIA 2 Airport
02.30pm KLIA2 Airport >> KL Sentral >> KTM Shah Alam/Klang

Untuk hari 3 ni tak ada apa-apa aktiviti pun..
just jalan-jalan sekitar chenang and check out awal sebab nak pergi lagi ke IDAMAN SURI untuk kiriman yang last..huhu
Pergi sana bukannya untuk relax tapi untuk mencari misi barangan yang dikirim..
Lain kali nak pergi senyap-senyap je...hahaha

Untuk total bershopping kat sana memang ada listkan tapi sebab dah lama sangat tak mengupdate blog sudahnya  list entah kemana. So aku listkan je mana yang ingat ye..:)
Maybe ada yang miss out and berlainan harga.

Description Day  Price   Per/pax 
 RM   RM 
1
Flight
a)
AK6310 (1355 - 1455)
2
  154.00
      77.00
b)
AK6309 (1250 - 1400)
2
  154.00
      77.00
c)
Check-In Luggage
      30.00
    184.00
2
 Hotel 
a)
Amzar Motel Pantai Cenang
2
    90.00
      45.00
(Deposit : RM50.00 - Return back)
3
Transport 
a)
KTM Klang >> KL Sentral >> KLIA2
2
    24.60
      12.30
b)
KLIA2 >> KL Sentral >> KTM Klang
2
    24.60
      12.30
c)
Kancil (M)
2
    80.00
      40.00
 (Deposit : RM50.00 - Return back)
4
Additional
a)
Cable car 
      15.00
b)
Island Hopping
      30.00
c)
Minyak Kereta
      36.00
d)
Makan (Sarapan+Lunch+Dinner)
      80.00
*
Luggage
      65.00
Choclate
Ritter Sport (buy 1 free 1 = total 6pcs)
3pcs
      14.00
Tango 
2jar
    11.50
      23.00
Tango Almond Bar
3pcs
      10.00
Papero (merah) + Hijau
2Box
      38.00
Daim
1pac
    11.90
      12.00
Nutella Go
3pcs
      6.50
      19.50
*
Sudu Garfu
2pac
      3.30
        6.60
*
Cawan (Idaman Suri 1set = 2pcs)
1set
    12.00
      12.00
*
T-Shirt Langkawi
1pcs
    20.00
      20.00
*
Gamat
1btl
      3.50
        3.50
*
Fridge Magnet
      22.00
TOTAL + SHOPPING     700.20
GRAND TOTAL TOLAK FLIGHT     516.20

Ambik!!!! actually budget ni share berdua ngan adik aku..tapi aku total kan semua je..and tambah untuk magic pan tu RM55.20 (Idaman Suri paling murah) so total semua bershopping di LANGKAWI hanya RM571.40 (plus/minus). Tolak tiket flight sebab dan beli hujung tahun..hehe.
So ini je yang dapat aku kongsikan bersama.Maaf la ye lambat update..tab tak boleh nak upload gambar..then kene send by email to my computer baru dapat update dan upload.

Hasil Shopping



 Bye!!Bye!!

Trip To Langkawi 3D2N - Part 4

To be continued..
Activiti petang hari kedua,
CABLE CAR & ORIENTAL VILLAGE

DAY 2 - TUESDAY (24 JUNE 2014)
07.30am - 08.00am Breakfast
09.00am Island Hopping 
(Beras Basah,Dayang Bunting & Singa Besar)
02.00pm Back to Amzar Motel
02.30pm Fresh Up & Lunch
03.00pm-05.30pm Oriental Village + Cable Car 
05.45pm-07.00pm  Shopping Coklat / Pinggan Mangkuk / Sudu Garfu
(Coco Valley/Teow Soon Huat/Cenang Mall/Langkawi Saga)
07.30pm Back to Amzar Motel
08.00pm-10.00pm Dinner + Free And Easy
Cuaca pada waktu petang sangat panas..nak buka mata pun tak boleh..haih,
tapi gagahkan jugak sebab nak merasa pengalaman naik kereta kabel,ctiviti yang paling glamer kat LANGKAWI. So biar gambar yang berbicara..

Ticket Fare Rates :
SKY CABSKY CAB HAPPY HOURS
(5PM~7PM daily)
Public RateFor Malaysian
With MYKAD
AdultRM 30.00RM 15.00
Child (2 -12 yrs old)RM 20.00RM 10.00
Student
*Secondary -University
*Primary
RM 20 & 15RM 15 & 10

Duration :
The journey to the top of the mountain and vice versa will usually take about 15 minutes
(excluding queuing time).

 Cable Car Operation Schedules :
DayTime
Monday - Thursday10:00AM - 07:00PM
Wednesday12:00PM - 07:00PM
Friday - Sunday, Public & School Holiday09:30AM - 07:00PM

Pintu masuk Oriental Village
Dalam Cable Car

Next station

Selfie depan pintu masuk Cable car


Bersambung lagi......^_^
#lambat update sebab kesibukan yang melampau..huhu




09 September 2014

CANTIK, SIHAT DAN LANGSING DENGAN INAYAH BEAUTY BOOSTER

Just nak share (Copy, Paste & Edit sikit)
Info penuh boleh BACA DISINI.

APA ITU INAYAH BEAUTY BOOSTER?


Supplement lengkap No. 1 Asia yang bertindak 3 dalam 1 iaitu :
CANTIK, SIHAT DAN LANGSING dengan INAYAH BEAUTY BOOSTER :)

1. ANDA BAKAL CANTIK SEBAB INAYAH BEAUTY BOOSTER MENGUNAKAN RAMUAN PURE SHARK COLLAGEN. Dengan adanya collagen yang hebat ini. Anda akan berubah menjadi JELITA SEKELIP MATA!!

KELEBIHAN PURE SHARK COLLAGEN :
1. Menggurangkan senggugut dan keputihan
2. Kadar penyerapan lebih tinggi dari collagen lain
3. Melegakan sakit sendi
4. Melawan Proses Penuaan
5. Menghilangkan ruamm, jerawat, jeragat dan kedutan
6. Meningkatkan tenaga
7. Menguatkan sistem imunisasi badan
8. Mengalakkan penumbuhan rambut
9. Menguatkan kuku
10. Pengurangan garis halus dan kedutan

2. ANDA BAKAL LANGSING SEBAB INAYAH BEAUTY BOOSTER GUNAKAN RAMUAN SOY LECITHIN supplement pertama yang mengabungkan shark collagen dan soy lecithin bagi mendapatkan bentuk badan idaman. Soy lecithin berfungsi sebagai PEMECAH LEMAK, PENGHAPUS SELULIT, NO MORE SEMBELIT.

KELEBIHAN SOY LECITHIN :
1. Meningkatkan daya ingatan
2. Memecahkan lemak
3. Membantu masalah imsonia
4. Mencegah eczema
5. Mencegah pengumpulan lemak dalam hati
6. Membantu mempercepatkan metabolisma untuk membakar lemak
7. Membantu dalam proses penghadaman
8. Membantu mengurangkan bengkak susu
9. Melangsingkan badan
10. Mengekalkan bentuk badan ideal

3. ANDA BAKAL SIHAT CERGAS BERTENAGA SEBAB INAYAH BEAUTY BOOSTER MENGUNAKAN MILK THISTLE.TONIK HATI NO.1 DUNIA. Di datangkan khas dari EROPAH untuk membuang toksin di dalam badan dan HATI. Badan akan lebih sihat, jantung sihat. Tak ada lagi sakit jantung, badan letih lesu !! Di syorkan 100% kepada penghisap rokok,yg minum alkohol, suka minum atau makan fast food, pernah guna chemical product.
KELEBIHAN MILK THISTLE

1. Tonik hati NO.1 di dunia
2. Membantu membina sel sel hati yang sihat
3. Melegakan sembelit
4. Menyingkirkan toksin dari hati
5. Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat
6. Pengambilan secara beterusaan selama beberapa bulan dapat meningkatkan penghasilan glutathione secara semula jadi
7. Menurunkan paras kolesterol
8. Mencegah tumor payudara
9. Menghilangkan rasa gatal, kemerahan, radang dan eczema
10. Sebagai antioksidan 10x lebih kuat dari vitamin E

4. ANDA BAKAL CERAH GLOWING SEBAB INAYAH BEAUTY BOOSTER MENGUNAKAN L – GLUTHAHIONE 10x ganda lebih berkesan daripada gluthathione biasa. Anda akan cerah kembali seperti kulit semasa anda baby dulu. Kulit halus mulus bakal jadi kenyataan dengan INAYAH BEAUTY BOOSTER.

KELEBIHAN L GLUTHATHIONE
1. Menukarkan kulit gelap kepada kulit cerah gebu
2. Warna kulit menjadi sekata, lembap dan tidak berminyak
3. Lebih berkuasa dan kebal dalam penyerapan ke dalam badan berbanding glutathione
4. Meningkatkan penyembuhan luka
5. Menjadikan kulit lembut, licin. segar dan berseri
6. Memutihkan kulit

CARA PEMAKANAN:
1 botol mengandungi 30 biji. Sehari hanya perlu makan 1 biji sahaja. Waktu yang paling terbaik ialah waktu selepas bangun dari tidur.
Pesanan Penting : Untuk yg ada gastric dan darah tinggi boleh makan selepas breakfast
Special : INAYAH BEAUTY BOOSTER tiada pantang larang, tiada cirit birit, minum air 2L sahaja


APA KELEBIHAN INAYAH BEAUTY BOOSTER??





16 Julai 2014

Trip To Langkawi 3D2N - Part 3

To be continued..


activiti pagi untuk hari kedua,
ISLAND HOPPING - EAGLE FEED & PANTAI BERAS BASAH

Helang
Helang lagi..hehe
Sampai!! pantai beras basah
Snap picture dulu
makan meggi cup je..huhu
Penat!! rehat sebentar~






















Trip To Langkawi 3D2N - Part 2

to be continued...

activiti pagi untuk hari kedua,
ISLAND HOPPING - TASIK DAYANG BUNTING

Pepagi dah bangun..siap-siap and terus pergi keluar jejalan kat tepi pantai chenang. Tengok pada keadaan awan macam nak hujan. Semalam masa check in dah booking untuk Island hopping dengan AMZAR Motel. RM30 untuk satu kepala. Sebelum minyak naik harganya cuma RM25 je taw..huhu
So kene berkumpul depan office AMZAR motel tepat kul 9pagi. Tengah bersantai ambil angin pagi..tetiba angin kuat and hujan turun dengan lebatnya..lari lintang pukang beb and terus tumpang berteduh dalam Office AMZAR Motel tu..Tunggu punya tunggu Alhamdulillah kembali cerah dan cuaca redup je masa berisland hopping tu. So jom layan picture!
Pantai Chenang

Jeti Tanjung Rhu

Tunggu Boat

Tasik Dayang Bunting
Wajib ambil gambar

senyum tak perlu kata apa~

History

Selfie!

SubhanALLAH Cantik sangat!

Dah lenjun

Dia je mandi, teman tak pandai berenang

Nak Balik dah
Sementara menunggu boat pickup