Mowning! dan assalamualaikum~
Wah..tengok tu tajuk entry bukan main lagi..
Tahun baru dan semangat baru,
Seperti biasa aku mahu menjaga hati aku sendiri daripada disakiti dan dilukai macam lagu kat bawah ni..Tuhan masih belum pertemukan aku dengan TEMAN didunia yang diamanahkan untuk menjaga dan mendidik aku (paling tepat dapat nyanyikan lagu ni untuk aku..haha),
In Sha Allah aku redha dengan apa yang telah ditetapkan untuk aku.Mungkin masih ada tanggungjawap yang perlu aku selesaikan bukan disebabkan aku memilih atau menjual mahal..tiada istilah tu dalam diri aku..kalau garang dan brutal tu ada kan..mana boleh dipisahkan..haha.
Kadang kala aku perlu bersikap begitu untuk mempertahankan diri dan hati aku dari dilukai lagi oleh sang Adam.Aku selalu memberi peluang dan memujuk diri sendiri agar terus mencuba dan mencuba.Walaupun akhirnya akan mengecewakan tapi aku tetap bersyukur dapat mengenali dan berada dalam kehidupan orang lain walaupun hanya seketika. Tapi sesuatu perkara itu takkan berjaya jika hanya dari sebelah pihak,perlu memberi dan menerima..bukan hanya memberi tapi tidak menerima. Jangan layan aku macam aku tak ada hati dan perasaan.Kalau aku cuba untuk mengenali kamu,keluarga kamu dan kawan-kawan kamu..kenapa kamu tak pernah ingin mencuba untuk mengenali aku,keluarga aku,kawan-kawan aku.? kenapa.? Ingat! jangan terima seseorang hanya disebabkan dia tiada pilihan lain dan kamu yang menjadi pilihan bukan seperti yang diidamkan..sakit nanti apetah lagi dia yang tidak tahu menerima apa adanya kamu.
semua orang punya kisah silam tersendiri tak perlulah diungkit-ungkit kembali.
Tutup dan biarkan berkubur dan belajar bina kebahgiaan daripada kekecewaan.
Apa pun yang berlaku aku tetap orang yang sama..cuma perlahan-lahan akan berhenti dan mendiamkan diri untuk mengejar sesuatu yang sangat sukar untuk aku miliki.Menumpang kasih dan sayang dari keluarga2 angkat tu sudah pasti tapi ingat sekalipun erat dan mesranya kamu..kamu tetap orang luar yang tiada pertalian darah dengan mereka..batas-batas tertentu perlu dijaga....
Semoga sepanjang 2013 ni aku menjadi seorang SAHABAT, KAWAN, ADIK, KAKAK dan TEMAN yang lebih baik daripada sebelumnya..Amin~
Engkaulah
cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau
berada
Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa
sebegitu
Engkau meringankan hati ini,
engkau menenangkan jiwa
sepi
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian
lamanya
Terkunci kerna selalu terluka
Ku
ingin menjadi penutupnya
Kau tahu kau disakiti,
hatimu sedang kau
melindungi
Percayakan pada cinta ini,
relakan ia berterbang
tinggi
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian
lamanya
Terkunci kerna selalu terluka
Ku
ingin menjadi penutupnya,
babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita..ooo
Pesanan Buat Kamu :
Walau dimana kamu berada aku akan sentiasa mendoakan kebahagian dan kegembiraan kamu sekeluarga.Hargai sementara ada..bila sudah hilang jangan pula kamu kecewa~