22 November 2012

Mendung Tak Bererti Hujan - Ella Ft Deddy Dores

HyE..macam dah lama tak update..hehe
Busy + penat + lesu = kemalasan sebab minggu ni kena stay back sampai kul 8pm
(production running shift)
Dok membelek-belek En.google terjumpa pulak lagu ni..
terus rasa macam jatuh cinta pandang pertama..hukhukhuk
uittt...apa motif batuk =,="? haha,
Lagu ni seakan memberi semangat untuk meneruskan hidup setelah putus cinta..hehe
Apa lagi jom layannnnnn~
 
Deddy Dores :
Masa lalu hitam di dalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku juga keyakinan
tergoyah oleh keadaan
 
Miskin jiwa dan ragaku
Bagai hidup di padang yang tandus
Begitu beratnya beban
Yang ada di jalan hidupku
ohhh..

Ella :
Bila kupercaya
Bahawa hari-hari selalu berganti
Akan selamanya awan-awan hitam
Menghantui hidupmu

Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu suatu cobaan
Masih ada waktu dan kesempatan tuk meraih cita

Doddy Dores :
Aku ingin mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi

Ella :
Aku ingin kau tahu isi hatiku
Ku cinta padamu kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu
 
 

14 November 2012

Doa Akhir Tahun Hijrah Dan Doa Awal Tahun Hijrah

Hari ini adalah hari akhir tahun Hijrah 1433 dan di sini ada cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah 1434.Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah.

Di baca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah.
Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
 “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun”

Doa Akhir Tahun Hijrah

Hendaklah dibaca 3x selepas waktu Asar sebelum masuk waktu Maghrib



Makna Doa Akhir Tahun Hijrah :
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.Ya Allah,apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya.Maka tidak sempat kami bertaubat darinya. Dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya.Dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau berkuasa untuk menghukum kami,tetapi Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau,maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala keatasnya.Maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan,Semoga Engkau menerima taubat kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurniaan Engkau Wahai Tuhan Yang Maha Mulia.Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian.Segala pujian bagi Allah,Tuhan sekalian alam."

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini,  maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Ini adalah cara membaca doa awal tahun hijrah.
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu
Muharram. Barang sesiapa yang membaca doa ini,
Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Doa Awal Tahun Hijrah

Hendaklah dibaca 3x selepas solat Maghrib pada malam 1 Muharram



Makna Doa Awal tahun Hijrah :
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.Ya Allah, Engkaulah yang kekal,Yang Qadim lagi Azali. Dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah mendatangi kami. Kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya dari syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepadaMu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Mu.
Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan dengan kekuasa dan kurniaanMu.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad,ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Mudah-Mudahan Amalan kita semua diterima oleh-NYA.Aamiin~

My Dear ADAM

My Dear ADAM,
you don't have to drive BMW or MERCEDES-BENZ or SKYLINE to be gorgeous.
Be a imam in prayer's.
That's how i define gorgeous.
You dont have nice voice and hush me with lovely song to woo me.
Recite the kalamullah,
al-quranul kareem.
That's how i would melt.
you don't have to be rich for me to love you so much.
 
Dan
 
Orang yang paling BAHAGIA adalah orang yang tidak selalu
memiliki sesuatu yang terbaik dalam hidupnya,
Tetapi hanya selalu BERUSAHA untuk BERSYUKUR dan
menjadikan setiap APAPUN yang hadir dalam hidupnya menjadi yang TERBAIK.
 
 
 

11 November 2012

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang - Asmidar


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang


Sendiri Lebih Baik - Duapin Band


Awalnya yang ku harapkan
Semua menjadi indah
Saat bersamamu
Saat didekatmu
Serasa dunia milik kita berdua

Sekarang yang kurasakan
Semua telah berbeda
Kau nodai cinta
Hingga ku terluka
Kau buat hidupku terasa hampa
Seenaknya dirimu melukai perasaanku

Kamu maunya dimengerti
Tapi kamu tak pernah mau mengerti
Begini salah, begitu salah
Dimata mu semua jadi serba salah

Sekarang yang kurasakan
Semua telah berbeda
Kau nodai cinta
Hingga ku terluka
Kau buat hidupku terasa hampa
Seenaknya dirimu melukai perasaanku

Kamu maunya dimengerti
Tapi kamu tak pernah mau mengerti
begini salah, begitu salah
Dimata mu semua jadi serba salah

Sakit terasa sakit
Pahit ku telan pahit
Sendiri bagiku lebih baik
 



09 November 2012

Salad Ayam

HyE..malam tadi memandangkan hujan turun dengan lebatnya..perut aku memberi isyarat berlagu-lagu minta di isi.So..bila buka peti ais bahan-bahan kat bawah ni je yang ada..hehe
Apa lagi aku pun main masak-masak la..jom cuba try test..ngeee~
 
Bahan A
1 keping dada ayam atau chicken fillet
1 biji telur
Serbuk roti
minyak
mayonis
lada hitam

Bahan B
tomato (potong dadu)
timun (potong dadu)
salad
daun bawang (hiris tidak terlalu nipis)

Cara - caranya
1. Ayam dicelupkan dalam telur dan golekkan dalam serbuk roti
2. Goreng dengan api sederhana sehingga masak tapi jangan terlalu garing.
3, Hiriskan nipis dan kecil atau potong dadu
4. Gaulkan sayur dengan mayonis dan lada hitam.
5. Hidangkan dengan roti atau dijadikan inti roti atau sandwich atau foldover
 
 

08 November 2012

Amalan Terbaik Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

 disini suatu hari nanti
Setiap yang hidup pasti akan mati,
MATI adalah rahsia ALLAH selain JODOH dan REZEKI. Ia hadir tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka MATI tidak akan menunggu atau ditunda walau hanya untuk sesaat.
Apabila ibu atau bapa kamu sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kamu berikan kepada mereka tanda kamu kasih dan sayang kepada mereka?dan sebagai tanda penghargaan kamu sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?

Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi S.A.W mengenai :

"apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?"

Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud :

“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2. Ilmu yang di manfaatkan dan
3. Anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kedua ibu bapanya.

Berdasarkan hadis di atas juga terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.
2. Mohon keampunan untuk mereka.
3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.
4. Eratkanlah sillaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
5. Muliakanlah teman-teman mereka.
6. Doakan kepada mereka setiap kali selepas solat

Selain itu juga selalu sedekahkan mereka :
- al-Fatihah
- surah al-Ikhlas
- surah al-Falaq
- surah an-nas
- surah Yasin
- surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka.
Sebaik-baik yang membacanya adalah kamu sendiri sebagai seorang anak..InsayaALLAH~

Teruskan berdoa dan bermunajat kepada ALLAH S.W.T..Seusai selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam adalah waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kamu yang telah meninggal dunia supaya mereka tenang disana dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..AL-FATEHAH~

06 November 2012

Jalan-Jalan Cari Makan

HyE..
Entry kali ni pasal makanan..tengok badan la kan..naik bulat dan dibuatnya... :)
asyik makan je kerjanya...hehe
Sebab tu jugaklah aku dapat gelaran MOON (singkatan dari MONTEL)
Kali ni nak share sikit ngan korang..Rabu (31/10/2012) minggu yang sudah my beloved sister belanje makan kat RESTORAN MAKANAN CHINA MUSLIM MOHD CHAN ABDULLAH cawangan Klang Sentral.Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI.
Memang puas hati dah sedap sangat..memandangkan aku ni suka jalan-jalan cari makan so dapat la membandingkan makanan kat restoran ni dengan restoran-restoran lain. Masa dalam perjalanan nak ke sana hujan renyai-renyai dan semakin lebat bila kami tengah tunggu makanan..perut pun dah menyanyi-nyanyi lagu dangdut..haha
Dan disebabkan my beloved sister yang belanja jadi menu bulat-bulat diserahkan kepadanya untuk memilih..antaranya :

Tom Yam Campur RM15.00 (Small)

Butter Prawn RM25.00 (Standart)
Baby Kailan with Oyster Sauce RM13.00 (Small)


Untuk air tak sempat nak snap..dah lapar sangat..hahaha 
baca doa terus je makan..tak pandang kiri kanan..kuikui. Sebenarnya macam ada lagi satu menu tapi lupa nak snap jugak dan tak ingat aku makan ape.?
(tanda-tanda penuan..EH..apa kene mengena dengan ayat diatas.?)
Aku minum sirap bandung dan my beloved sister minum air teh bunga
Total untuk kami berdua makan dalam RM68 (termasuk air minuman & nasi putih)
Okay kan.? tak terlalu mahal kan.?..bagi aku kalau mahal sikit pun tak apa tapi berbaloi
banyak dan sedap!.
Untuk pengetahuan korang walaupun aku pilih small sebenarnya menu tu boleh makan untuk 3 orang.Ha..kira ok la kan.?
Apa lagi jom cuba try test~
 
Cawangan Klang Sentral Meru
23-25, Jalan KS 10/KU5,
Taman Klang Sentral,
Bukit Raja Meru,
41050 Klang,Selangor.

Tel  : 03 - 3341 9585
H/P : 012 -300 5629

04 November 2012

Luahkan Rasa Melalui Lagu


Sebegini hatiku rasa
Mengapa harus begini
Kau disana aku disini
Ku tak bisa lihat semua

Cara cinta ini

Maka katakan padaku
Apakah kita harus bersama
Tuk meneruskan perjalanan

Asmara engkau dan aku
Bagai sudah tidak jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus

Asmara engkau dan aku

Dibuai gelora dan tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus
Arus ini..arus ini..
Melawan cintamu
Melawan cintamu

Pesanan : kadang kala lebih baik mendiamkan diri dari disakiti dan dilukai..please take noted~