31 Oktober 2012

Si Comot

Assalamualaikum,
Tetiba nak cerita pasal Si Comot ni.Walaupun di saat ceritanya ditulis Si Comot telah tiada.
Sedih sangat Si Comot sempat menikmati keselesaan selama beberapa hari menetap diteratak buruk aku kat kampung.
Seminggu lepas aku kembali ke Klang..aku dapat SMS dari kakak aku kat kampung.Si Comot dah tak ada katanya.Tiada tanda dia sakit atau ape ,
sebab pada waktu paginya Si Comot lincah bermain.
Sempat jugak aku snap gambar dia lepas daripada aku bawak dia balik
dan sampai je rumah terus aku mandikan dia.
Sebenarnya dah dua kali aku jumpa Si Comot ni merayau-rayau kat Pasar Basah Sabak Bernam.
Kali pertama aku jumpa tak dapat nak bawak balik sebab masa tu rumah pusaka arwah abah kat kampung masih kosong. Jadi aku lupa aje niat nak bawak dia balik tapi sempat bagi dia makan.
Dan aku ada berniat semoga TUHAN panjangkan usia anak kucing ni dan dipertemukan lagi. Keadaam masa aku jumpa kali pertama dan kedua masih sama COMOT! dan dia mengalami masalah mata yang agak kronik.Ada sedikit kurap kat telinganya.
Bila aku dipertemukan kembali untuk kali kedua ni tanpa berfikir panjang aku terus culik dan sumbat dia masuk dalam kereta. Mengiau-ngiau dia dalam kereta tu..habis di jelajahnya satu kereta. Kotor.? kotor kan boleh basuh..apa yang aku tahu masa tu aku nak selamatkan anak kucing ni aje.
Tapi tak sangka umurnya tak panjang..Semoga dia mendoakan untuk aku disana..amin
 Kenangan-kenangan besamanya :

Hari pertama : Lepas dimandikan

                                                       Hari Kedua : Masih sakit mata

   Tidur je keje dia lepas makan


Dia suka bermain dan suka tidur atas badan aku..rindu dengan gelagatnya yang manja dan lincah.

30 Oktober 2012

Kek Batik Mudah Dan Senang


Salam Aidiladha!
Di pendekkan cerita Aidiladha yang lepas aku bawak balik kek batik.
Bila anak-anak sedara aku makan..sedap katanya..
So..aku pun apa lagi pergi beli barang dan buat..senang je taw~
Tapi ni masak versi aku la..versi campak mencampak..huhu
versi orang tak taw la mungkin ada tambahan lain.
 
Bahan-bahannya :
Susu Pekat - 1 Tin
Butter / mentega - 250g / 1 cawan
Milo - 1 Peket yang kecil (Dalam RM 5)
Biskut Marrie - 1 Peket (Pecah-pecahkan tapi jangan terlalu kecil)
 
Cara-caranya :
Cairkan butter
Masukkan susu dan kacau sebati.
Kemudian masukkan milo dan kacau lagi.Pastikan tiada milo yang berketul
Akhir sekali, masukkan biskut marrie tadi dan gaul sebati. Sentiasa kacau dan jangan sampai hangus.
Masa mengaul nak matikan api pun boleh.
Bila dah sebati masukkan kedalam loyang atau bekas dan tekan-tekankan sedikit agar padat.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais.
 
 
Taraaaa..ni lah hasilnya.
Aku tak suka bahan tambahan yang lain sebab akan membuatkan aku rasa muak.
Setiap kali nak buat kek batik ni 4 bahan utama ni saja yang aku guna..
tapi terpulang kepada individu ,
ada yang menggunakan telur sebagai bahan tambahan.
Apa lagi.?
Selamat mencuba..chaiyok!!

29 Oktober 2012

Bila Tak Ada Komunikasi

HyE..assalamualaikum~
Macam mana dengan cuti HARI RAYA AIDILADHA anda semua.? Best.?
Masa balik kampung tu memang best tapi bila nak balik selepas bercuti tu yang tak best..sebab.?
sebab jalan raya sesak sangat!Eh..tu bukan jamed tapi orang ramai sesaje je parking kereta-kereta diorang kat tengan jalan..haha..
amek kaw..nak patah kaki aku dibuatnya..
tersangkut dalam kesesakan jalan raya berjam-jam~
Bayangkan la..aku keluar je dari kampung pukul 4.45 petang lepas solat asar. Lepas je sekinchan  kenderaan dah mula bergerak perlahan..masuk je Tanjung Karang..ngrrrr..boleh tido dulu..huhu
Sudahnya aku sampai kat umah sewa pukul 10.30 malam..*pening kepala~


Tutup topik raya..nak buka topik tentang perhubungan (perhubungan lagi..hehe)
Ni hanya apa yang aku rasa taw..bukan suruh korang rasa bila lepas baca taw..huahuahua
Sesuatu perhubungan itu akan menjadi hambar..renggang..suram..dll bila kamu kurang berkomunikasi antara satu sama lain.Komunikasi bukan sekadar melalui perbualan tetapi juga melalui bahasa tubuh iaitu sikap atau perlakuan dan juga memek muka.
Tanpa disedari ia mungkin mengundang masalah besar kemudian hari..salah satunya tidak memberi respon atau tindak balas kepada cerita atau perbualan yang disampaikan oleh pasangan termasuk SMS yang dikirimkan. Paling tidak pun jadilah PENDENGAR yang setia sekiranya buntu untuk memberi tindak balas.
Suka Mengelak daripada membincangkan hala tuju perhubungan kamu dengan si dia.
Juga kurang melakukan aktiviti bersama,
tapi ingat bukan aku sarankan korang buat perkara-perkara yang terlarang dan berdosa taw~
ambil la sedikit ruang untuk meluangkan masa bersama..
yang jauh kita dekat-dekatkan,
yang dekat kita rapat-rapatkan
Mana yang jauh tu kan boleh berSMS,skype,Facebook,twit-twit dan macam-macam lagi la,
sekarang kan semuanya dihujung jari..
Andai benar kasih dan sayang..jangan jadikan semua itu sebagai alasan yang boleh menyuramkan perhubungan kamu bersama insan tersayang.
Hakikatnya, betapa uniknya hati ciptaan ALLAH..Walau berkali disakiti dan dilukai, masih mampu untuk terus dicintai dan mencintai.Masih ada ruang untuk memaafkan dan memberi peluang kali kedua..tapi nak memaafkan biarlah berpada-pada jangan sampai hak sendiri diketepikan dan dikhiananti.


P/S untuk diri sendiri : Andai anda menghulur dan memberi tapi tidak disambut dan dihargai..tetapkan kedudukan dan berdiam diri seketika untuk memcari kembali kekuatan yang hilang..chaiyok!

23 Oktober 2012

Waktu Mustajab Berdoa dan Tanda-tanda Doa dimakbulkan

Kali ni aku nak share sikit dengan korang tentang waktu yang mustajab untuk berdoa
(skema ayat aku kan.?) Setelah berdoa kita berikhtiar dan yakin agar doa kita dimakbulkan...Insyaallah~
Berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa.Namun terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W sendiri antaranya ialah :

  • Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
  • Tiap-tiap selepas solat fardhu lima waktu
  • Antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
  • Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
  •  Ketika bangun tidur.
  • Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid
  • Antara takbir solat hari raya
  • Dalam khutbah Jumaat, Khutbah hari raya dan Khutbah nikah
  •  Ketika menziarahi Makam Rasulullah S.A.W di Masjid Nabawi
  •  Ketikan melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting
  •  Ketika membaca Qunut bagi solat subuh dan lain-lain
  • Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
  • Ketika ditimpan kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah
  •  Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah
  • Ketika hujan turun
  •  Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
  • Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur
  •  Ketika khatam al-quran 30 juzuk
  •  Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terkakhir.

Jangan pernah putus asa dan selalu la kita mengadu kepada nya.Sentiasa berfikiran positif terhadap ALLAH..InsyaAllah kita akan mendapat kebaikan.Mungkin juga tanda-tandanya seperti berikut (wallahu'alam) :
  • terasa sesuatu yang menakutkan
  • menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat)
  • terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa
Doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa orang-orang yang dalam keadaan berikut :
  • orang yang terdesak
  • orang yang kena zalim
  • anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapanya
  • doa seorang muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan sillaturahim.
Semoga kita semua mendapat hidayah dari-Nya.

22 Oktober 2012

Lebih Banyak Mencari Daripada DiCari

HyE..
diam tak diam tinggal lagi 2 bulan lebih kita akan memasuki tahun 2013.Rasa-rasanya dapat capai tak apa yang korang nak capai.? Aku.? Alhamdulillah walaupun matlamat sebenar masih belum tercapai tapi aku besyukur dengan apa yang aku ada sekarang..isyaALLAH hari yang ditunggu akan tiba jua.
Actually,
Dari semalam hati sangat sensitif..memang la ada yang kata tak baik untuk kesihatan fizikal dan mental tapi kalau tak menganggu orang lain takpe kan..huhu
Tetiba rasa penat yang teramat sangat..pastu dengan selumber ya ya acc FB di tutup buat sementara waktu..Bosan!! asal aku update status..ada je yang membaca status aku tu dengan NADA yang salah pastu buat cerita yang bukan-bukan..hurmmm..entahla..dah kata FB laman sosial yang sekadar untuk bersuka ria tapi selalu diambil serius tak kira muda atau tua..sudahnya gitula..tamat riwayat cerita yang remeh temeh~
Okla..sebenarnya aku ni bukan la pemarah benor (loghat perak) pun..ikut timming jugak la.Tapi aku tak suka orang sambil lewa atau MERILEXKAN apa yang aku cakap/mintak/nak..nak pulak aku ni tak suka cakap banyak kali..sebab nanti aku pun jadi tension..so alert la kan bila aku cakap tu. Waima tak penting bagi kau pun penting bagi aku kot..huhu
hujung minggu ni HARI RAYA AIDILADHA..aku balik kampung ni dapat la merehatkan minda.Tapi sedih la jugak kan..Si Dia macam tak berapa nak ambik tahu pun pasal aku dan latar belakang aku a.k.a tak berminat! kalau tak berminat cakap awal-awal..aku tak sakit si Dia tak terluka.
Eh..tapi selama ni pun macam aku je yang lebih banyak mencari daripada dicarikan.?kan?
Hahahaha..kadang kala sedih..sebab insan-insan yang pernah mengecewakan dan mengkhianati kita dah pun bergembira dan berbahagia disamping insan tersayang.(ye ke.?)
Tapi aku.? masih mencari dan terus mencari.
IsyaALLAH..seseorang akan menghargai aku dan terima aku seadaanya..amin ^^

 

18 Oktober 2012

Wanita - KRU


Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu



Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita


P/S : Bermaknakah aku dalah hidupnya?..jeng..jeng..jeng (tiada jawapan)

17 Oktober 2012

Semakin Rindu Semakin Sayang - Dayangku Intan

Ku pendamkan hasrat hati untuk menyintaimu
Kerna aku takut 'tuk terus-terang
Bimbang aku bimbang jika kau tak sudi
Oh... Tentu aku malu
Bagaimana nanti ku harus harungi

Kenyataan... Kenyataan
Harap kasih... Harap kasih
Tapi sayang tiada balasan
Kecewa sedih

Setiap hari aku tatap wajahmu
Lidah ku kelu dan membeku
Tetapi sinaran sepasang matamu
Buat aku semakin rindu
Semakin sayang... Kepadamu

Kenyataan... Kenyataan
Harap kasih... Harap kasih
Tapi sayang tiada balasan
Kecewa sedih

16 Oktober 2012

Lelaki Agresif Atau Pasif


HIDUP ini bagaikan dua permukaan syiling yang berbeza dan perbandingan itulah yang melengkapi kehidupan kita. Begitu juga dengan kisah percintaan yang ditempuhi setiap orang berpijak di muka bumi ini. Kisah percintaan yang dilalui setiap orang berbeza dan secara semula jadi ia bergantung pada sikap pasangan masing-masing. Ada lelaki agresif meluahkan perasaan dialami manakala tidak kurang sebaliknya. Ada lelaki pasif dan sukar meluahkan ungkapan cinta terhadap insane tersayang lalu menyebabkan tidak semua wanita mampu menerima kenyataan itu.

Perlakuan jejaka sukar menyatakan isi hatinya kadang-kadang membuatkan keadaan bertambah sukar, hingga ada ketika wanita meragui perasaan sebenar pasangan terhadapnya. Alasan lelaki, mereka lebih selesa menunjukkan cinta dalam bentuk aksi atau tindakan. Perkara ini berlaku kerana mereka didorong faktor hormon kelelakian.

Perkara itu juga tidak terbatas kepada wanita, golongan yang terkenal dengan sikap ingin sentiasa dimanjakan tetapi tidak semuanya berhati lembut. Ada juga wanita sukar menerima kenyataan cinta yang disampaikan lelaki yang belum cukup dikenalinya atau mahu mendengar ungkapan itu dilafazkan pada waktu sesuai.Perhubungan akan lebih indah jika dimulakan dengan persahabatan. Ketika itu, setiap individu akan lebih mengenali hati budi rakan serta perangai mereka yang sebenar.

Cuba kenali hati budi pasangan masing-masing. Jangan mudah terpedaya dengan luahan hati lebih-lebih lagi jika hubungan terjalin itu terlalu segar dan fahaman mengenai diri masing-masing masih samar. Bagi wanita, anda juga perlu bijak menilai sejauh mana kesungguhan lelaki. Usah hidup di atas janji manis ditaburkan pasangan.Lelaki perlu berfikiran matang sebelum berani tampil meluahkan perkataan sayang terhadap kekasih. Ini kerana tidak semua wanita suka kata-kata hikmah yang dilafazkan melulu.Jadi jangan terlalu percaya pada kata-kata manis.Lebih baik bertindak daripada bercakap banyak wahai lelaki..hehehe

Elakkan hati kamu daripada terluka

15 Oktober 2012

Calon suami/isteri Mengikut Acuan Al Quran Dan Sunnah




Lelaki

1)Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2)Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

3)Tegas Mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

4)Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5)Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6)Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7)Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8)Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

9)Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10)Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika mempunyai calon yang demikian sifatnya.


Perempuan

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik.Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
 Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

12 Oktober 2012

Cinta Teragung - Hazama Af9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku
 

11 Oktober 2012

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air


WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak :
Taurus (21 April-20Mei),Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

 
 
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak :
Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin.Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.Seorang yang artistik dan sukar dijangka tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
 
 

WANITA ANGIN

Wanita api dilahirkan di bawah zodiak :
Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja 

 

WANITA AIR
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak :
Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

04 Oktober 2012

Doorgift Brown Paper Homemade

 Sejak kebelakangan ni aku rasa macam banyak sangat free & easy..hehe
Jadi daripada tak ada wat ape kat rumah..tangan mula la gatal nak buat itu dan ini.
So..salah satu projek yang aku nak buat ialah "brown paper homemade" untuk doorgift (sebarang majlis). Semua yang kat bawah ni adalah pilihan dan yang ada dalam minda buat setakat ni..hehe..jom cuba try test..:)

Barang-barang yang di perlukan :
 
Brown Paper

Nak letak image Cartoon ni..so sweet~
Glue

Dolly Paper

Reben (size kecil)

 
Reben (size sederhana)
 
 
Bunga Reben
 
Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!
 

Ingatlah Allah - Sakha ft Heidi Yunus

Diwaktu kaya ingatlah pada Allah
Diwaktu miskin ingatlah pada Allah
Diwaktu sihat ingatlah pada Allah
Diwaktu sakit ingatlah pada Allah

Kerjakan perintah-Nya jauhi larangan-Nya
Itulah orang yang ingat Allah

Banyak yang kaya lupa pada Allah
Banyak yang miskin jauh dari Allah
Banyak yang sihat lari dari Allah
Banyak yang sakit meninggalkan Allah


Itulah orang yang sombong kepada Tuhannya
Tidak kenal kepada Allah

Ingatlah wahai manusia
Semuakan kembali pada Allah
Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu ditangan Allah

Diwaktu sihat ingatlah pada Allah
Diwaktu sakit ingatlah pada Allah

Kerjakan perintah-Nya jauhi larangan-Nya
Itulah orang yang ingat Allah

Ingatlah wahai manusia
Semuakan kembali pada Allah
Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu ditangan Allah

Ingatlah wahai manusia
Semuakan kembali pada Allah
Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu ditangan Allah

Banyak yang kaya lupa pada Allah
Banyak yang miskin jauh dari Allah
Banyak yan sihat lari dari Allah
Banyak yang sakit meninggalkan Allah

Itulah orang yang sombong kepada Tuhannya
Tidak kenal kepada Allah
Kerjakan perintah-Nya jauhi larangan-Nya
Itulah orang yang ingat Allah